Windows Phone 7 Mango Sedia Untuk Dirembat!

Assalamualaikum…

Windows-Phone-7-Mango

Sebelum mula nak ucapkan Alhamdulillah terlebih dahulu.  Syukur sangat bila Microsoft mengumumkan diorang dah mula release firmware major update dengan codename Mango bermula 27 September yang lepas kepada semua pengguna yang memilih OS Windows Phone 7 pada smartphone masing-masing dan saya juga dalah salah seorang daripada penggunanya.  Update ini dilepaskan secara berperingkat so kena sabar sikit sebelum semua boleh mendapatkannya.  Saya pun tak boleh nak update lagi buat masa ni.

Mango update boleh juga dikatakan sebagai langkah penjenamaan semula WP7 yang sebelum ni dilihat agak terkebelakang dari segi jenama, populariti dan jumlah pengguna berbanding dengan pesaing lain macam Blackberry, Android dan juga Apple.  Hampir 500 penambahbaikan dimuatkan dalam Mango bagi memperbaiki kelemahanpada WP7 sedia ada.

kantar-smartphone-july-2011

kredit WMPoweruser

Ketika ini Android masih lagi memiliki penguasaan pasaran yang paling besar (lebih 50%) diikuti dengan Apple iOS, Blackberry OS dan barulah WP7.  Memang pengguna WP7 ni tak ramai terutamanya kat Malaysia.  Kat negara kelahiran Microsoft iaitu US pun penguasaan pasaran hanya setakat 2.1%.   Mungkin tak ramai yang tertarik dengan rupa atau pun function die kot.  Tapi ada sesuatu yang saya suka pasal Wp7 dan membuatkan saya berubah hati secara tiba-tiba daripada membeli smartphone Android.  Last minute tukar plan.  Mungkin akan dikongsi pada entri akan datang.

Tapi dengan adanya Mango update yang dikatakan bersifat ‘people centric’ kemungkinan besar akan mempengaruhi pasaran semasa ditambah pula dengan langkah Nokia yang berkerjasama dengan Microsoft untuk membangunkan smartphone berasaskan WP7 pertama mereka dan mungkin akan dilancarkan tahun depan.

Macam mana nak update?

Senang je.  Korang install software Zune yang latest (versi 4.8) kemudian cucuk phone tu pada komputer.  Pergi Phone> Setting> Update.  Dia akan bagi alert kalau ada latest update.  Kalau takde tu maksudnya belum lagi la.  Boleh la try dari semasa ke semasa kot2 kalau ada.  Dijangka paling lewat pun dalam pertengahan bulan Oktober.  Tapi kalau dah tak sabar sangat nak tunggu update boleh try cara force update kat sini.  Jika berlaku apa-apa sila tanggung sendiri ye.hehehe

Masa saya refer kat forum lowyat, proses update ini mengambil masa sekitar 1-2 jam dan pastikan hard disk korang ada free space yang banyak untuk tujuan data backup.

Happy Mango Day to all WP7 users!  Dont forget to say Alhamdulillah..

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

9 thoughts on “Windows Phone 7 Mango Sedia Untuk Dirembat!

  1. Pingback: Cara Force Update ke Windows Phone 7.5 aka Mango | myfitri

  2. Pingback: Tutorial Guna Custom Ringtone Dalam Windows Phone 7 | myfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: