Assalamualaikum…
Alhamdulillah..semangat menulis datang semula lepas hilang berminggu-minggu. Dulu update tiap hari. Kemudian berubah kepada seminggu sekali dan kadang-kadang menjadi sebulan sekali seiring dengan tahap kemalasan dan kesibukan diri sendiri. Haha. Walaupun dah jarang berupdate tapi masih ada yang sudi membaca dan diharapkan korang dapat manfaat di atas apa yang saya tulis ok!
Apa yang saya nak share hari ni adalah berkaitan dengan Windows Phone 7. Untuk lebih spesifik ia adalah berkaitan dengan feature custom ringtone. Sebelum Mango Update dilepaskan oleh pihak Microsoft, mereka tak membenarkan kita menggunakan ringtone yang lagu yang kita suka. Maksudnya boleh pakai ringtone yang diberi dalam fon sahaja dan yang pasti semuanya membosankan. Serius bosan. Dah la tak sedap lepas tu bunyi dia slow. Tak macam Android yang membenarkan penggunanya untuk menetapkan lagu kegemaran mereka sebagai ringtone.
Pada saya ini adalah kesilapan yang besar oleh Microsoft. Tapi tak tahulah kalau ada rasional disebalik tindakan diorang tu kan? Allah maha mengetahui. Padahal custom ringtone ni dah jadi feature standard dekat setiap fon walaupun fon tu adalah fon biasa.
Mungkin atas desakan pengguna agaknya, Microsoft telah memasukkan feature ini ke dalam update Mango mereka tapi dengan beberapa limitasi. Antaranya:
1) klip muzik kurang dari 40 saat dan kurang daripada 1Mb
2) format fail mp3 dan WMA sahaja
3) Tak dilindungi oleh hakcipta
Agak leceh jugak la sebenarnya sebab nak kena edit klip guna software, set sana sini bagai sebelum dapat digunakan sebagai ringtone.
Kepada pengguna Windows Phone 7 (tak kira model) korang boleh rujuk ilustrasi kat bawah untuk lebih memahami konsep custom ringtone dalam WP7 dan tutorial untuk menggunakan lagu kegemaran sebagai ringtone korang.
Sempoi tak lukisan dia? Haha..dan saya amat menyukainya. Simple, neat and informative.
Harap-harap ilustrasi yang disediakan oleh Microsot ni dapat membantu korang. Saya pun baru nak mencuba hari ni. Klik link kat bawah kalau korang perlukan software untuk edit lagu untuk tujuan ini.
Audacity Sound Editor | Download
Selamat mencuba!
[Update] Tutorial Video
Kredit: Windowsteamblog
- Windows Phone 7 Mango Sedia Untuk Dirembat! (9)
- Facebook Atau Facecrook? (46)
- [Tips] Penyelesaian Google Chrome Yang Selalu Crash (41)
- Buat Custom Ringtone Dengan Lebih Mudah Untuk #WP7 (4)
- Minyak Naik Lagi: Siapa Nak Peduli? (49)
Pingback: Buat Custom Ringtone Dengan Lebih Mudah Untuk #WP7 | myfitri