Assalamualaikum.
Seperti yang sedia maklum antara kelemahan OS smartfon Windows Phone 7 (WP7) adalah kurangnnya kemesraan OS tersebut terhadap pengguna antaranya untuk menggunakan fungsi custom ringtone (ringtone korang sendiri samada lagu dan sebagainya). Kalau nak diikutkan fungsi ini telah disertakan sekali dalam Mango update yang telah dilepaskan beberapa bulan sebelum ini. Kalau kat OS lain macam Android benda ni kira benda basic je kot.
Tapi pengguna tidak diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menggunakan ringtone yang diorang ada kerana Windows meletakkan dua syarat pulak iaitu ringtone yang nak digunakan mestilah kurang daripada 40 saat dan kurang daripada saiz 1mb serta tidak dilindungi oleh hakcipta. Cerewet kan? Sebab kenapa diorang letak halangan macam ni tidak diketahui (kalau tahu sila kongsikan).
Jadi terpaksa menyunting semula lagu yang kita ada sebelum dapat dimuatkan dalam smartfon masing-masing untuk dijadikan ringtone. Ada beberapa software yang boleh digunakan untuk proses editing ini dan yang saya suka adalah Audacity. Tapi kalau korang nak cara yang lebih mudah tanpa perlu install software lain dalam komputer, korang boleh cuba edit ringtone di laman web MakeOwnRingtone.Com
Pada saya edit kat sini jauh lebih mudah daripada dalam software audacity. Pengguna hanya perlu upload. Kemudian pilih mana part yang korang nak (pastikan kurang 40 saat) dengan menggunakan slider tu. Touch up sket dengan menambah fade effect dan siap untuk didownload semula ke dalam pc masing-masing. Antaramukanya yang straight forward akan memudahkan korang untuk menggunakannya.
Selamat mencuba ![]()
Rujuk entri ini untuk cara-cara menggunakan custom ringtone untuk WP7.


bagus gak ni. sesuai kalau aku nak buat suara latar untuk video klip..
titan´s last [entry] ..Novel Fiksyen 302 yang kacak
Terbaik la tips nih..mmg boleh dicuba nih..tp belom ada smartphone pulak..bookmark dulu.. ;)
OneMalaysia´s last [entry] ..How To Set Up A Home Study Area and Succeed With Online Education
boleh cuba ni.. biasa direct dari phone
squardpips´s last [entry] ..U.S. Jobless Claims Rise More Than Forecast
woww…
ader tools sendiri larr..
menarikk menarikk..
boleh cuba nie..