Alhamdulillah..menari-nari lagi jari jemari ku hari ni lepas dilanda kesibukan yang tak pernah nak berakhir. Rasa macam ditarik je nikmat masa bila duduk Shah Alam ni. InsyaAllah hari ni nak cerita pasal program Ramadhan bersama kumpulan UNIQ (formerly known as UNIC). Hampir seminggu program berlalu cuma hari ni baru sempat nak post pasal program ni.
Program ini diberi nama Kem UNIQnya ramadhan 2010 dan merupakan program pertama anjuran Famili UNIQ a.k.a FU (formerly known as sahabatUNIC) selepas penubuhannya pada bulan Mei yang lepas. Objektif utama ialah untuk mengumpulkan ahli FU sempena dengan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini disamping mengeratkan silaturrahim antara FU dan juga akhi kumpulan UNIQ. Program dua hari yang bermula pada hari Jumaat lepas dan berkahir keesokan harinya telah diserbu oleh 42 orang ahli FU dan juga tak ketinggalan munsyid jemputan kumpulan Rijal.
Lokasi yang dipilih ialah Masjid al-Ghufran, Pinggiran TTDI, Damansara. Masjidnya terletak atas bukit dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.hehe.. Dari sini boleh nampak IKEA dengan jelas. Masa nak pergi ke sana sampai sesat dibuatnya. Kat KL kalau tak familiar dengan jalan yang bersimpang-siur memang komfem sesat. Pesanan penaja, belilah GPS untuk kesejahteraan anda di masa depan.
Saya sampai di sana sebelum solat Jumaat. Sempatlah bersolat Jumaat di situ. Sengaja datang awal takut sesat. Nanti ada juga berbuka bawah flyover kang. Acara dimulakan dengan majlis berbuka puasa bersama dengan ahli qariah masjid. Lepas selesai je solat Maghrib, makan pusingan kedua pulak. Kalau tak kenyang jugak tak tahulah sebab tandanya tak baca doa.
waktu berbuka…meriah tak agak-agak?
Selesai solat tarawikh dan moreh sambil membantai sate, sesi ‘memecah air batu’ mengambil tempat. Masing-masing memperkenalkan diri bersama dengan trademark sendiri sebab kami tak pernah bersua sesama ahli sebelum ni. Majoriti yang join semuanya orang muda tapi tak ketinggalan juga mak ayah yang memberikan sokongan. Memang saya tak sangka. Terima kasih pak cik Isa dan mak cik Intan kerana sudi memeriahkan majlis kami!
Keesokannya, kami dah bangun seawal 4 pagi untuk berqiamullail. Lama dah tak bangun qiam dan kalau bangun sahur pun sempat tahajud jela. Habis qiam bersahur pulak di Cafe al-Ghufran. Kafe ni memang cantik dan rupanya setanding dengan cafe di hotel. Tak pernah jumpa lagi cafe masjid sebegini. Siap ada waiter lagi. Makan la puas-puas sampai azan subuh berkumandang.
Program di sambung semula pukul 9 pagi dan dimulakan dengan solat sunat dhuha secara berjemaah. Selesai je solat, tazkirah ramadhan mengenai surah ad-Dhuha yang disampaikan oleh abang Bazli UNIQ. Banyak manfaatnya solat dhuha ni sebab ia adalah magnet penarik rezeki. Bayangkanlah solat dua rakaat je pun dah boleh dapat macam-macam daripada Allah. Ingat. Rezeki tak hanya berkaitan dengan duit ataupun harta semata. Badan yang sehat, masa yang lapang, dipermudahkan urusan juga dipanggil rezeki.
Habis sesi tazkirah, kelas pengenalan mengenai ilmu taranum mengambil tempat. Abang Fakhrul menjadi moderatornya. Untuk pengetahuan semua, abang Fakhrul merupakan johan Akademi al-Quran musim ketiga dan sekarang bersama kumpulan UNIQ. Suara memang mantap dan sempat juga beliau ajar kami cara taranum bayati dengan rast kerana plan asalnya nak cerita asal usul ilmu taranum sahaja. Selesai sesi tu, dah sakit tekak dah. Bukan senang rupanya nak jadi qari. Suara sedap pun tak menjamin yang kita boleh menjadi qari yang baik.
Penganjur turut menyediakan slot khas untuk kumpulan Rijal. Kumpulan Rijal merupakan kumpulan nasyid yang sudah lama bertapak dalam industri nasyid dan seangkatan dengan Raihan, Rabbani dan Hijjaz. Tapi masa tu lebih dikenali dengan nama Ar-Rijal sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Sekarang mereka dah rebranding semula dengan anggota yang baru dan dikenali dengan nama Rijal. Kalau sesiapa yang rajin dengar IKIM FM, anda akan terperasan dengan alunan selawat sebelum masuk waktu solat. Selawat tersebut dinasyidkan oleh kumpulan Rijal.
Slot bersama Rijal adalah slot terakhir sebelum Kem UNIQnya Ramadhan 2010 melabuhkan tirainya. Pukul 12 semua bertolak semula ke destinasi masing-masing. Banyak ilmu yang diperoleh sepanjang pertemuan singkat ini. Moga dengan ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan disampaikan pada yang lain.
Sekalung penghargaan kepada Famili UNIQ yang sudi memeriahkan pertemuan ini. Tak lupa juga buat akhi UNIQ dan Rijal yang sudi meluangkan masa dengan FU walaupun dengan jadual persembahan yang padat. Jutaan terima kasih ditujukan untuk semua krew yang membantu dalam menjayakan program yang sangat sederhana ini. Pengorbanan yang dicurahkan hanya Allah sahaja yang mampu membalas. Moga ukhuwah kita kekal hingga ke akhirnya.
Nak lihat gambar lain sila klik sini!
Jumpa dalam program Kembara UNIQ nanti. Tunggu….

salam..bestnyer tgk progrm ni..mcm2 mende korg bt..agak jeles sbb xdpt join..hrp2 nxt prgm dptlh join prgm yg b’manfaat ni..
wslm..alhamdulillah..byk manfaat walaupun sangat sederhana…first program yang meyakinkan..best jumpe diorg sume walaupun first tyme..insyaAllah nnti join la..ade lg program lain dlm perancangan
fitri´s last [entry] ..UNIQnya Ramadhan 2010Best!
Aku tak sempat nak tulis lagi.. Tq sebab sama-sama jayakan program ni.. Jangan lupa claim yang kurang2 tu.. Hehe.. Siap sedia untuk Kembara UNIQ ke Selatan pulak.. Insya-Allah kita akan naik bas UNIC LINER.. (bas yang kita nampak kat UUM tu)
insyaAllah..paperwork pn xabes edie lg..dihambat test 2 pulak mggu dpn ni..pening pale aku…kesempitan masa…nnti ahad ni aku claim..hahaha
alhamdulillah..program pertama berjaya..moga ukhuwah FU berkekalan..
okayh..nnti ley diskas pasal bende tu…
fitri´s last [entry] ..UNIQnya Ramadhan 2010Best!
thanks a lot you guys..klau korang xde an,ssh gak nk gerak kn prog nie…korang2 mmg happening dan aku sdri appriciate apa yg korang buat spnjang prog nie..korang mmg wajar diberi pujian atas apa yg telah korang laksanakan nie..moga2 prog lepas nie korang boleh buat yg lagi manntopp drp nie..:)apa2 pun all the best 4 the next program!
syukran juga utk krew muslimat yg banyak memabantu sebelum dan sepanjang program berjalan…moga dgn aktiviti kita dpt kenal sesama ahli…insyaAllah yg lebih baik pada masa akan dtg…
fitri´s last [entry] ..UNIQnya Ramadhan 2010Best!
ramai betul yang pergi ye..
mesti meriah kan..hehe
Mr.Z´s last [entry] ..Promosi Hebat! Produk Kecantikan Paling Berkesan!
yup..memang meriah pun..huhu..xsangke ramai datang..moga dgn program ini ukhuwah sesama FU dapat dieratkan.. :)
fitri´s last [entry] ..UNIQnya Ramadhan 2010Best!
Pingback: Unikan Ramadhan Anda Bersama UNIC! | myfitri