Sambutan Tahun Baru 2012 @ Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Assalamualaikum..selamat tahun baru 2012

Alhamdulillah syukur sebanyak-banyaknya sebab masih bernafas dan berupaya melangkah ke tahun baru.  Takde azam tahun baru nak dikongsikan sebab azam tahun yang lepas-lepas pun masih belum sempurna lagi.  Tapi ade benda yang nak dikongsikan adalah pasal sambutan tahun baru yang saya hadiri semalam kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Program ni diberi nama Jom Santai Bersama GeMS a.k.a sambutan tahun baru 2012 tapi dengan pendekatan alternatif.

Sebelum-sebelum ni jarang gile nak pergi menyambut tahun baru sebab takde beza pun dari tahun ke tahun.  Datang tengok orang nyanyi sampai pukul 12 lepas tu countdown ramai-ramai, tengok bunga api lepas tu balik dengan kesesakan jalan raya yang menggila.  Itu la yang berlaku saban tahun.  Lagipun, tanggal 1 Januari hanyalah transisi dari tahun lama ke tahun baru.  Then, life goes as usual.  Lain la masuk tahun baru dapat duit ye tak..hehe.  So takde ape yang nak disambut bagai nak rak sangat.

Ok jom sambung cerita.

Semalam gerak ke sana lepas maghrib sebab takut tak dapat tempat kalau pegi masa maghrib dan juga untuk mengelakkan terlepas solat sebab gigih sangat mencari parking.  Tapi memang ramai sangat orang sampai kena parking jauh.  Mujur bawak motor so boleh la selit kat mana-mana yang patut.  Park atas divider tepi jalan pun jadilah.hahaha

374636_316567708376510_146443882055561_992290_263330915_n

Walaupun terlepas sembang maghrib yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf tapi masih sempat menunaikan solat Isyak kat atas dataran berumput tu.  Ini sudah kali kedua saya berpeluang solat beramai-ramai secara open air.  First time dulu kat Pulau Sibu masa reunion dengan member-member SMKAJB.  Habis solat pulak berdoa ramai-ramai.  Best beb!  Lain sikit feelnya ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

403078_316577391708875_146443882055561_992318_961953683_n

Selesai solat ade la macam mini konsert.  Persembahan oleh Syahir, Sham Kamikaze dengan Dakmie.  Semuanya lagu berunsurkan ketuhanan walaupun bukan kategori nasyid.  Penonton yang datang duduk bersila tengok konsert.  Takde yang terkinja-kinja sebagaimana biasa di konsert tahun baru yang lain.

Slot Ustaz Azhar

399231_316582745041673_146443882055561_992325_238895509_n

Slot seterusnya adalah slot soal jawab agama bersama Ustaz Azhar dan rasanya slot ini adalah tarikan utama untuk keseluruhan program.  Masa memula datang tu dataran baru quarter full.  Bila start slot ni je dataran penuh dengan lautan manusia.  Ada lebih kurang 13 soalan (tak bape ingat) yang ditanyakan kepada al-Fadhil ustaz dan Zizan Raja Lawak menjadi moderatornya.  Memang pecah perut la menahan gelak tengok sesi ni tapi pada masa yang sama banyak jugak ilmu yang dapat terutamanya dalam persoalan fiqh.  Payah nak describe suasananya macam mana.  Korang usyalah kat Youtube nanti.

Lepas tu Ustaz Azhar ada buat persembahan dengan Zizan siap main gitar!  Ustaz paling cool pernah saya tengok.  Walaupun takdela sampai nyanyi satu lagu tapi memang respect la dengan keterbukaan beliau.  Sempoi dan sporting habis.  Ade jugak persembahan kedua daripada Syahir dan juga Akhil Hayy sementara nak menunggu ke detik 12 malam 1 Januari 2012.

374755_316576771708937_146443882055561_992316_1528102018_n

Bila tibanya detik 12 malam tiada pancaran bunga api, tiada pekikan selamat tahun baru daripada pengacara tapi hanya alunan Asmaul Husna dan laungan takbir yang kedengaran sebelum diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Azhar sendiri sebagai simbol memohon keberkatan dan pertolongan daripada Allah untuk menempuh tahun yang baru yang semestinya lebih mencabar.

Ok habis dah..

Mungkin pada sesetengah orang sambutan begini adalah sesuatu yang memboringkan.  Takde bunga api, takde konsert artis  yang kononnya bertenaga sampai melompat ke sana sini tapi diganti dengan ceramah pulak lagi.  Tapi apa guna benda yang bertenaga tapi takde ape yang kita dapat bawak balik ke rumah sebagai manfaat bersama ye tak?  Apa guna berhibur sekalipun kalau dipenuhi dengan kemaksiatan kan?

Rasanya inilah alternatif yang anak muda dan juga majoriti masyarakat cari selama ini.  Kalau tak macam macam mana program ni boleh dihadiri ribuan orang (penganjur cakap kehadiran dalam anggaran 80 000) dan tidak pula mendapat hebahan di media arus perdana?  Kalau masuk tv rasanya lagi gempak kot yang datang.

Apapun tahniah kepada kerajaan Selangor yang bertindak sebagai penganjur untuk program ni.  Harap-harap akan ada banyak lagi program hiburan santai mendidik jiwa seperti ini lagi nanti.  Kalau boleh buat kat Shah Alam la ye.  Boleh den datang.hehe.  Cuma satu jela kelemahan yang perlu penganjur atasi untuk penganjuran akan datang iaitu pengasingan antara muslimin dan muslimat.  Bukan apa senang sket nak solat ramai-ramai bila dah diasingkan kedua-dua crowd tadi dari awal.  Sebab macam menjadi serba kepayahan pulak bila muslimat (yang rata-ratanya dah siap bertelekung) terpaksa berpindah dari tempat asal untuk memberi keutamaan kepada kaum muslimin untuk solat di depan.

But, its simply the best new year celebration I ever had.  Rugi la ye mana yang tak berkesempatan semalam.  Moga diberi kelapangan pada masa-masa akan datang insyaAllah.

Adios.  Selamat menduduki peperiksaan akhir semester semua!

P/s: Asalnya nak letak gambar yang disnap sendiri.  Sekali semuanya kabur plak dikalahkan dengan spotlight yang tersangatlah terang.  Korang layan jela gambar daripada JKKK Fan Club ni eh.

, , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

14 thoughts on “Sambutan Tahun Baru 2012 @ Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: