Akhirnya berakhir sudah minggu study week semalam. Hari ni student UiTM seluruh Malaysia bakal menghadapi peperiksaan akhir semester dan akan berakhir pada pertengahan bulan November depan. Di sepanjang study week, ada yang balik kampung ada yang stay je di UiTM yang tercinta. Saya stay kat sini je sebab bila balik rumah komfem banyak dugaan untuk ulangkaji. hehe. Apa pun pasti semuanya sudah bersedia untuk mengahadapi ujian yang penuh cabaran ini.
Bersempena dengan final exam, nak kongsi sikit tips menghadapi exam. Tapi ni bukan amek daripada pakar motivasi tapi hanya apa yang saya sendiri lakukan sepanjang bergelar pelajar sekolah dan universiti. Setiap orang ada cara masing-masing. Cuma manalah tahu cara kita serupa ye tak?
Persediaan Fizikal / Intelektual
1. Mula belek-belek buku masa start studi week.
Jujur saya katakan, amat jarang saya mengulangkaji pelajaran melainkan bila nak test atau bila perlu siapkan tutorial / assignment. Kalau ditakdirkan takde bende alah tadi memang tak stadi la. Kebetulan sem ni banyak pulak assignment, so rajinlah sikit buka buku. Terima kasih assignment!
Kebiasaannya bila nak habis study week baru orang nak start study. Tapi saya terpaksa mulakan seawal mungkin sebab saya tak berapa nak pick up sangat dalam pelajaran ni. Ambil masa nak faham sesuatu dan benda yang pernah belajar pun sampai lupa terus dari kotak ingatan. Bila tengok nota balik macam tak pernah belajar je. Tapi sebenarnya dah lupa dan kerana itulah saya mulakan sejak awal. Sehari minimum lebih kurang 4 jam diperuntukkan untuk study. Mana yang otai dan cepat pick up tu, belajar dua hari sebelum exam pun takpe.
2. Tidur awal
Nak kata awal pun tak juga. Adela dalam pukul 11 atau 12 malam. Tujuannya untuk bangun awal keesokan harinya. Bangun awal boleh stadi awal sikit. Kalau esok exam malam tidur lambat memang ting-tong la pagi esok. Saya tak berapa suka memaksa diri untuk tak tidur semata-mata nak study tengah malam sebab bila dah menguap komfem belajar tak masuk. Lebih baik tidur. Masa diploma dulu, kalau tak sempat study pun akan tidur macam biasa jugak. Siapa-siapa yang nak cepat tidur, sila baca nota korang. Komfem cepat lena. hehe..
3. Buat soalan final
Lepas habis satu bab yang dah diulangkaji, saya akan buat soalan final. Ada la dalam 5 atau 6 set soalan final yang saya cuba buat walaupun belum tentu apa jawapan sebenarnya. Jawapan nanti kena compare dengan member la sebab memang takde skema jawapan. Apa pun sekurang-kurangnya kita familiar dengan bentuk soalan yang ditanya.
4. Teori dihafal dua hari sebelum exam.
Subjek engineering banyak calculation. Tapi ada juga soalan teori yang ditanya dalam exam. Dek kerana ingatan yang tak berapa nak bagus, jadi saya tak ambil risiko untuk hafal teori awal-awal. Sehari dua sebelum exam baru mula menghafal. Faham dan hafal teori adalah dua perkara yang berbeza. Hafal ni lebih kepada untuk mengingat perkataan-perkataan dan struktur ayat yang bakal ditulis atas kertas nanti.
Persediaan Mental / Rohani
1. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta
Jangan terkejut jika ada yang sampai terlepas waktu solat kerana ulangkaji. Terlalu leka sampai ‘terlupa’. Patutnya lagi dekat dengan exam lagi rajin kita menambah ibadat. Dalam aspek spiritual ni, ikut kemampuan dan pendekatan masing-masing untuk melaksanakannya. Korang lagi hebat benda-benda macam ni. Mungkin yang muslimin boleh kerap ke surau untuk solat berjemaah. Berdoalah kepadaNya selepas kita puas berusaha dan Allah sangat pemurah dalam memperkenankan doa hambanya.
Tapi harus diingat, kita bukan sembah Allah ketika susah, nak sesuatu atau bila nak pekse. Perangai seperti ini jangan dipraktikkan kerana kita bertuhan bukannya bermusim tetapi sepanjang hayat. Jika ada perangai macam tu dalam diri, korang boleh imagine la samada Allah nak tolong atau tidak. Kalau boleh biarlah istiqamah walaupun amalannya sedikit dan jadikan amalan tersebut amalan yang bukan bermusim.
2. Relakskan diri
Manusia bukan robot untuk belajar tanpa henti. Bila sejam dah study (selalunya suka hati), saya akan bukak internet. Baca news, blogwalking sambil mengomen atau update blog sendiri. Bila meluahkan ekspresi diri sendiri tentang sesuatu dalam blog dan share dengan orang lain dapatlah kurangkan sikit stres dalam kepala ni. Sharing is Caring beb!
Hanya enam tips sahaja yang saya buat. Tak banyak tak sikit tapi sedang-sedang saja. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mempersiapkan diri dalam mengahadapi exam. Pakar motivasi yang bagi tips pun hanya mampu memberi panduan sahaja dan terpulang kepada diri sendiri untuk melaksanakannya. Semua ada style sendiri. Kalau nak ikut alhamdulillah, tak nak ikut pun takde hal punya. Moga ianya bermanfaat.
Akhir sekali selamat berjuang diucapkan kepada semua yang akan menghadapi exam. Semoga usaha kita dipandang Allah dan diberikan kejayaan yang setimpal dengan kepayahan yang kita hadapi. Dalam kesempatan ini, diri ini ingin memohon maaf andainya ada kesalahan perbuatan atau kekasaran tutur kata. Jangan lupa doakan kita semua berjaya.
Kita berada di jalan Allah dan berbanggalah kerana kita sebenarnya sedang membantu agamanya!
Maat Taufiq Wannajah ^^
Jadual Exam:
28/10 EPE491
03/11 MAT455
07/11 MEC411
10/11 MEC421
p/s: ada sebulan lagi sebelum kontest ditutup. Jom join cepat!
- Jom Cuba Linux Mint 12 a.k.a Lisa! (10)
- Unlimited Mobile Internet: Pelan Alternatif Daripada U Mobile (15)
- Apa Syarat Bertudung Dengan Sempurna? (7)
- Masihkah Ada Lagi Rasa Selamat Ketika Ini? (8)
- Selamat Hari Raya Aidil Adha! (2)

Aku ni dulu student UiTM juga.. Study memang kena study. Tak study macam mana nak jawab soalan.. Gud luck la eh..
haha..kalo x stadi sem depan jumpe lg la lecturer yg same…thkz bro!
fitri´s last [entry] ..6 Tips Menghadapi Final Exam
Aku nak tambah.
1. Minum nescafe ‘extreme’ pada sebelum exam. Nescafe ada caffeine yang tinggi – kaffeine adalah sejenis dadah perangsang yang dibenarkan. Kesannya sama macam dadah perangsang otak (ini orang cakap) tapi untuk 4, 5 jam je.
Jadi bila minum nescafe ni, dia stimulate daya fikir. Tak salah kalau cuba..
ouwh yeke…sebab aku bile talan nes kopi komfem fenin pale lepas tu…
fitri´s last [entry] ..6 Tips Menghadapi Final Exam
aku sangat immune ngan kopi/nes dsb…
ngantuk jugak…
refreshing tym mnum je la kan…
tp as stimulant?
tah…immune gak kot?
hahaha…tyme minum mmg fresh..pas minum terlolap..
fitri´s last [entry] ..Merapi Berapi Mentawai Tsunami
Teringat time belajar U dulu…tapi time dekat eXem lah akak kuat tidur walau kawan buat KopI KAw…akak tetap lelap.
akakcomey´s last [entry] ..Tran-Borneo Day 6 Pulau Mabul
haha…sy nes kopi ke ape ke memang tak jalan la bile mata da ngantuk…
tdo jela…
fitri´s last [entry] ..6 Tips Menghadapi Final Exam
salam..angah..tips yg sngt2 best sbnrnya…hehehe..korg punya exam best laa setiap sem ssekali..tp kite..adoyai setahun sekali..mmg coventry nih nk bunuh student…nk kna pulun subjek utk setahun….mak aih..sabo je aa..kekeke..apa pun ..bittaufiQ wan najah ye!..slm kerinduan dr adik2 famili unic..
wah..lame tu..ley honey moon..haha
thkz..insyaAllah..cuba yg terbaik…kem slm sume
fitri´s last [entry] ..6 Tips Menghadapi Final Exam
amalkan madu, pegaga dan Koko Minda hehe..
Syafrizal´s last [entry] ..Growmap Anti Spambot Plugin selesaikan masalah Spam
pemakanan juga harus dijaga
fitri´s last [entry] ..6 Tips Menghadapi Final Exam
lemahnya aku subject calculation…. harap lepas lah sem nie… aku nak graduate sem nie… amin,
zik´s last [entry] ..Bayi berkungfu!!
samela kite bro…kalau result bagus bkn sebab genius..tp lebih kepada usaha sendiri..
gud luck for this final!
fitri´s last [entry] ..Genap Setahun Aku Berblogging
hehehe..angah..honey moon yer?aduhh x boleh nk honey moon suda pas nie..thun dpn exam,sem 5 pulak ada final year project ngn praktikal..aduhai..mmg mencabar ble nk masuk tahun2 terakhir jd student ipt.nie…lg2 ble subjek2 nya bukan dr Malaysia…..NI lah dudaan utk mncapai 1 impian sebenarnya…:P..tp,terkadang tuh kn angah hny mngulangkaji subjek yg btul2 diminati je..yg x bpe nk minat tuh..ntah aa mcm ssh je nk mnghadap buku…klu angah wat mcm mn ek?
no…struggling 4 xm…dah nak final year..mmg biase la bz..kalo saya kena tgok juga lah..sebab tak mampu nak merepeat nex sem..kena cuba gak utk stadi subjek yg x suka tu..huhu..no choice
fitri´s last [entry] ..REVIEW- PRK Galas dan Batu Sapi
opss salah taip *dugaan..hoho
Pingback: Sistem operasi Ubuntu | myfitri