Hukum Rawatan Dan Ubatan Ketika Puasa: Batal Ke Tak Ek?

Share if you love this!

Alhamdulillah, syukur kepadaAllah dipanjangkan usia untuk meniti bulan Ramadhan.  Hari ni baru je masuk hari keempat dan masih ada 26 hari berbaki.  Tapi pulun tetap kena pulun juga tanpa mengira hari sebab Ramadhan hanya menjengah setahun sekali.

Sempena dengan bulan Ramadhan, nak share dengan readers semua satu forum post berkaitan dengan hukum penggunaan ubat-ubatan dan juga rawatan ketika sedang berpuasa yang saya jumpa dekat forum mat rider Malaysianbikers.  Ianya lebih kepada hukum batal atau tak puasa kita bila menggunakan ubat-ubatan atau pun rawatan yang tertentu.

Harap-harap perkongsian ini ada manfaatnya terutamanya kepada mereka yang sedang menjalani rawatan atau pun sedang mengambil ubat-ubatan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit masing-masing.  Kepada yang masih sihat, sila bersyukur dengan keadaan anda sekarang dan jadikan ia sebagai panduan di masa akan datang.  Mana la tau tetibe berlaku kat diri kita pulak nanti kan.  Jom usya sekarang!

Bagi pesakit yang menggunakan ubat dan alat perubatan ke atas anggota badan yang berongga seperti mulut, lubang hidung, telinga, dubur dan faraj, huraian masalah berkaitan adalah seperti berikut:

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah:
* Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);
* Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
* Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan ketika prosedur rawatan itu;
* Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;
* Pendermaan atau pemindahan darah;
* Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
* Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
* Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
* Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
* Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak membabitkan proses menelan;
* Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ lain untuk tujuan analisis makmal;
* Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
* Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
* Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan
* Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa membabitkan kawasan rongga yang dalam.

**************

Perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:
* Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;
* Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita.
* Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (uretroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan `urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);
* Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;
* Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan
* Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas.

Sumber: Buku Panduan Berpuasa Pesakit terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

p/s: Mungkin ada sebahagian daripada hukum di atas yang termasuk dalam perkara khilaf antara ulama.  Untuk lebih penjelasan boleh rujuk pada guru agama masing-masing.

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com

Latest posts by fitri johari (see all)

6 thoughts on “Hukum Rawatan Dan Ubatan Ketika Puasa: Batal Ke Tak Ek?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: