Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Amalan Syiah?

Share if you love this!

Assalamualaikum..Salam Maal Hijrah

Semalam mesti ramai yang membaca doa akhir tahun sebelum masuk waktu maghrib dan juga doa awal tahun sejurus selesainya solat fardu maghrib kan?  Haha..kalau korang salah seorang daripadanya kita memang sekapal.   Tapi adakah amalan yang menjadi kebiasaan masyarakat bererti ia adalah sesuatu yang dianjurkan oleh agama Islam?

Ok, let’s go back to our topic.

Semalam sempat ke masjid berdekatan.  Kot kot la kalau diorang ada buat majlis baca doa akhir tahun seperti mana kebiasaan yang berlaku kat kampung.  Ingat nak join la sekali memeriahkan acara.  Rupanya-rupanya takde pape pun.  Keadaan masjid sama je macam biasa melainkan rutin solat maghrib berjemaah sama macam hari-hari yang lain.  Begitu juga selepas solat itu berakhir.  Imam baca doa selepas solat seperti biasa tanpa ada diselitkan dengan bacaan doa awal tahun.

Hati rasa macam tak sedap bila tengok keadaan tu dan tiba-tiba terlintas dalam kepala mungkin amalan ni salah atau tak pernah wujud langsung dalam agama Islam.  Yela macam saya cakap tadi tak semestinya amalan kebiasaan dalam masyarakat kita adalah sesuatu benar di sisi Islam.  So balik je rumah terus bukak laptop untuk memulakan pencarian.  Search kat Google dan Youtube.  Mana la tau ada ceramah yang ada kaitan dengan benda yang saya nak carik.

Alhamdulillah, jumpa dengan kuliah di youtube ni yang disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan.   Tak pernah tengok ceramah beliau dan ini adalah yang pertama.  Takpe.  Bukan penceramah yang kita hajatkan tapi ilmu yang disampaikan tu yang kita pentingkan.  So sila usya sekarang:

 

Benar rupanya kata hati.  Amalan bacaan doa akhir tahun/awal tahun dan juga beberapa amalan lain di bulan muharam bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh agama kita bahkan menjadi bidaah yang salah lagi menyesatkan.  Rupanya ia menjadi amalan tetap bagi puak Syiah Rafidhah dan tidak ada sebarang nas yang menyokong amalan tersebut.

Yup, diakui banyak sebenarnya amalan seharian yang saya, awak dan kita semua lakukan adalah berdasarkan ikutan semata mata dan kadang-kadang tersasar jauh pulak daripada agama.  Yang disuruh tak buat tapi yang takde dalil pulak yang kita lebih-lebih kan.  Itu la resam orang awam macam kita yang cetek ilmu agamanya.  Dah la cetek ilmu pastu malas nak ke masjid atau surau dengar kuliah agama.  *Pergh.. memang makan dalam ayat ustaz dalam kuliah yang pernah saya dengar ni*.

Ikutkan banyak lagi sebenarnya amalan dalam masyarakat melayu yang kononnya dikaitkan dengan Islam sedangkan amalan tu takde langsung dalam nas. Sangat panjang untuk disenaraikan dan dek kerana kemalasan korang search jela sendiri kat Google atau Youtube ye. hehe..

tweet

So, saya nak memohon maaf atas tweet saya semalam.  Moga apa yang berlaku semalam tu dapat menjadi iktibar kepada kita semua.

Pengajarannya, meh la kita sama-sama mendalami ilmu agama sedalam-dalamnya tak kira la pegi surau ke, majlis ilmu ke, mengadap kuliah kat youtube ke atau apa saja supaya ibadah yang kita buat setiap hari menjadi amalan baik yang diterima Allah nanti.

Jangan tambahkan lagi longgokan dosa sedia ada kita yang semakin meninggi tu dengan amalan salah yang kita lakukan tanpa sengaja.

May Allah bless and forgive us =)

fitrijohari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.

Latest posts by fitrijohari (see all)

9 thoughts on “Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Amalan Syiah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: