Apa Syarat Bertudung Dengan Sempurna?

Minggu cuti semester dah masuk minggu yang terakhir.  Minggu depan kuliah akan bermula kembali.  Memang melayan laptop puas-puas la minggu ni sambil menghabiskan cuti yang masih berbaki.  Samada ianya sekadar membuang masa atau tak tu bergantung la pada apa yang kita carik kan?  Kerana ilmu tu tak lagi hanya dalam buku tapi sudah dihujung jari.

Sambil usya-usya youtube saya terjumpa dengan satu video yang agak menarik (banyak jugak video lain dan akan dikongsi kemudian nanti dalam entri lain) pasal syarat pemakaian tudung yang disampaikan dalam kuliah oleh Ustaz Don.  Mana yang pernah tengok TV Hijrah korang akan perasan dengan figur ni.

Yup saya seorang lelaki dan memang takde pengalaman pakai tudung.  hehe..  Tapi rasa terpanggil untuk berkongsi memandangkan punya adik, saudara-mara dan juga ramai teman yang bergelar perempuan dan of course sangat disayangi!

Ok.  Umumnya semua orang tahu bahawa menutup aurat adalah kewajipan semua orang Islam tak kira lelaki atau pun perempuan.  Bezanya aurat lelaki yang perlu ditutup tak serumit macam aurat perempuan.   So memang wajarla bila aurat mereka lebih diberi penekanan dan lebih banyak penerangan berbanding yang lelaki.  It just a logic.  Tapi kenapa tudung?

Sebab tudung yang paling banyak fesyennya skang ni.  Hampir tiap tahun keluar trend baru, nama baru, corak yang baru dan juga cara pemakaian yang mungkin berbeza dengan tudung bawal zaman dulu-dulu.  Tapi soalnya skang ni adakah tudung yang dipakai dibenarkan dari segi syarak atau pun sekadar menutup rambut sekadarnya sahaja tapi syariatnya dipinggirkan?  Sebab tudung bukan sekadar disarung tapi ada syarat-syarat yang perlu diikut.  Nak tahu apa syarat-syaratnya jom tengok sekarang.

 

Kalau dah semua syarat dipatuhi nak pakai macam mana pun pakailah.  Nak lilit banyak manapun lilitlah.  Memang takde hal punya.  Lagipun Ustaz cakap Nabi tak pernah mention tudung dari negara mana yang sempurna.  Pendek kata semuanya sempurna bila syaratnya dipelihara.

Mana yang rasa salah jom betulkan..

Siapa yang tak tahu sebelum ni jom amalkan..

p/s: yang pakai tudung bawal dengan tudung labuh jugak jadi pujaan..ekeke Smile with tongue out

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

7 thoughts on “Apa Syarat Bertudung Dengan Sempurna?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: