Sebulan Bersama UMobile

Share if you love this!

u-mobile-new-broadband-plan

Alhamdulillah.  Semalam genap sebulan penghijrahan saya daripada menggunakan perkhidmatan Maxis kepada UMobile.  Macam kat post sebelum ni saya dah bagitau tujuan utama nak beralih angin adalah untuk menggunakan pelan data yang boleh dikatakan termurah jika nak dibandingkan dengan syarikat telekomunikasi yang lain.  Kalau nak tau lebih detail pasal pelan Unlimited Mobile Internet tu boleh rujuk kat sini.

Untuk pengetahuan saya masih mengekalkan nombor Maxis yang saya gunakan sebelum ini.

So, post kali ni adalah pandangan ringkas pasal perkhidmatan UMobile dan juga pelan Unlimited Mobile Internet yang ditawarkan.  Jangan expect ianya lengkap sebab baru je sebulan saya menggunakannya.  Cuma apa yang akan saya kongsikan nanti adalah pandangan peribadi setakat yang saya guna dan ‘user experience’ mungkin tak sama untuk setiap individu.  Tapi kalau korang tengah atau pun pernah guna UMobile, anda sangatlah dialu-alukan untuk share pengalaman masing-masing kat bahagian komen okay.

Jom teruskan membaca.

Keluasan Liputan

Capture

Seperti yang kita sedia maklum UMobile ni boleh dikatakan antara syarikat telekomunikasi yang baru jika nak dibandingkan dengan pesaingnya yang dah bertahun-tahun bertapak di Malaysia dan disebabkan usianya yang muda tu memang logik la kalau coverage dia tak besar.  Tapi pihak UMobile dah buat satu tindakan yang agak bijak dengan menjalinkan usahasama bersama syarikat Celcom (yang ada kawasan liputan terbesar kat Malaysia ni) sebagai partner mereka untuk menyediakan perkhidmatan ‘Domestic Roaming (DR)’ kepada pelanggan UMobile.

Dengan kata lain korang masih boleh nak call atau pun sms orang lain walaupun takde line UMobile kat kawasan tu sebab akan dicover oleh line Celcom tadi.  Kalau nak tau samada DR tu aktif atau tidak boleh tengok dekat skrin henset masing-masing.  Kalau keluar nama Celcom maknanya DR sedang dalam keadaan aktif.

Saya tinggal di kawasan Johor Bahru dan setakat ni memang takde masalah.  Line ade je manjang cuma kerap bertukar daripada UMobile3G kepada UMobile2G bergantung kepada kawasan.  Harap-harap lepas ni UMobile dapat luaskan lagi kawasan liputan terutamanya untuk liputan 3G.  Untuk kat luar bandar pulak boleh tahan la tapi hanya sekadar 2G.

Kestabilan

Kestabilan yang saya maksudkan ni bukan samada ada line atau pun tidak tapi sambungan selalu bertukar antara 3G dan 2G walaupun saya berada di tempat yang sama.  Tak tau la kenapa.  Cuma bila dia suka tukar-tukar ni kadang-kadang saya ada mengalami ‘drop call’ secara tiba-tiba.

Pelan Unlimited Mobile Internet

unlimited_mobile_internet_top_banner

Dalam pelan ni saya dibekalkan dengan kuota sebanyak 500MB sebulan, 100 minit panggilan percuma dan 30 sms percuma.  Tapi kalau terlebih pakai hanya kelajuan internet yang akan dikawal oleh Umobile kepada 64kbps dan pelan tu tak akan dipotong.  Untuk panggilan dan sms tu pulak kena bayar ikut kadar standard la bila benda free tadi dah habis digunakan.

Pada saya memang cukup la untuk penggunaan sebulan tu.  Buat main internet (bukak website) , baca berita, update Twitter dan Facebook dan lain-lain aktiviti yang difikirkan perlu.  Tapi samada cukup atau tak tu bergantung kepada cara korang pakai.  Kalau tak nak cepat habis kuota sila jangan nak melayan YouTube banyak sangat kat henset.    Tengok kat laptop jela okay.

Dari segi kelajuan (sekadar persepsi sendiri bila guna), memang sangat laju bila berada dalam kawasan 3G dan sangat lembab bak kekure bila dalam kawasan liputan 2G.  Kadang-kadang sampai nak bukak website google pun tak boleh.  So bila keadaan kerap tukar line yang saya cakap tadi tu berlaku memang agak menguji kesabaran jugak la.  Kalau korang ada buat speedtest nanti boleh la share eh kat bawah.

Sokongan Khidmat Pelanggan

Tak pernah call lagi pusat khidmat pelanggan memandangkan semuanya ok je setakat ni.

Cuma suka dengan sms alert yang selalu dihantar oleh UMobile yang mengingatkan saya untuk reload sebelum tarikh luput pelan internet tadi sampai.  Sebab kalau reload awal, servis internet tadi akan diperbaharui secara automatik tanpa perlu melanggan semula secara manual.

Selain itu sms juga akan dihantar sekiranya kuota internet, sms dan panggilan percuma telah digunakan sampai habis.  Bagus kan?  So takde la asyik nak buat muka terkejut je manjang bila tiba-tiba habis nanti.

Okay itu sahaja untuk setakat ni dan artikel ni akan diupdate sekiranya perlu.  Kalau korang ada pendapat yang nak dikongsikan sila jangan segan-segan untuk berbuat demikian kat kotak komen ye.

Sape pakai UMobile angkat tangan! hehe…

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com

Latest posts by fitri johari (see all)

111 thoughts on “Sebulan Bersama UMobile

  1. ct

    Umobile OK..tp..baru tgk YouTube.. DLM 10 video, guna wassap..n Facebook..kuota dh d limit kan..Jd slow internet..rasa geram jg

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: