[Review]: Kenapa Saya Suka Google Chrome?

Share if you love this!

image

Google Chrome merupakan salah satu daripada puluhan lagi web browser yang menghiasi ruang maya ini.  Kalau takde web browser macam mana lah manusia nak guna Facebook, guna internet atau berblogging kan.  Ketika ini populariti Chrome masih belum mampu untuk menyaingi Mozilla Firefox yang menjadi kegemaran dan dijadikan alternatif kepada Internet Explorer yang semakin mereput oleh sebahagian besar pengguna internet masa kini.

Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan korang semua sebab apa saya meminati Chrome berbanding yang lain.  Tapi ade jugak la benda yang tak berkenan di hati pasal browser Chrome ni dan akan dihighlight pada penghujung entri nanti.  Jom kita usya satu-satu.

Kelebihan Google Chrome

1) Page load paling pantas daripada yang lain

Speed memang tersangatlah penting dan Chrome mempunyai ciri ini terutamanya jika menggunakan berukband.  Tak tahulah korang ye sebab ni kire pengalaman sendiri la masa menggunakan web browser Chrome.  Memang lebih pantas daripada yang lain.  Cepat je die load satu-satu page tu walaupun internet agak slow macam siput.

2) Interface simple dan minimalist

Cuba tengok interface Chrome.  Memang simple kan?  Hanya button dan tab yang dirasakan perlu sahaja wujud pada tetingkapnya dan yang lain ditiadakan untuk mengelakkan keserabutan.  Sejuk mata memandang interfacenya yang minimalist tu.  Nak tukar dia punya theme pun boleh.

3) Omnibox 2 in 1

image

Omnibar ialah address bar tempat korang taip URL tu.  Mempunyai dwifungsi kat situ.  Boleh terus taip URL atau pun taip sahaja benda yang nak disearch pada bar yang sama.  Senang dan simple tanpa perlu tempat yang berbeza untuk search.  Pada masa yang sama search suggestion akan terus dipaparkan tanpa perlu ke website google terlebih dahulu.

4) Incognito Mode

image

Antara feature yang paling saya suka.  Bila mode ini digunakan, takde langsung data yang direkodkan dalam History dan cookies juga akan didelete bila kita tutup browser Chrome ni.  Sesuai untuk private surfing atau pun internet banking.

5) Ruang paparan lebih luas daripada yang lain

image

Disebabkan banyak benda yang tak berguna dan menyemak telah dibuang dalam Chrome, maka saiz paparan memang lagi luas daripada pesaingnya yang lain.

Kelemahan yang meruntun jiwa

Dalam kelebihan ade juga kelemahan yang kadang-kadang menyebabkan saya agak menyampah bila guna Chrome dan menyebabkan saya terpaksa beralih kepada browser yang lain iaitu Opera.  Entri akan datang kita cerita pasal Opera pulak ok!

1) Tak stabil dan selalu crash

Tak tahulah kenapa.  Bila pakai kat Windows 7 ni tak sampai lima minit dia dah crash.  Kalau restart balik Google Chrome juga akan menyebabkan masalah ‘application crash’ ni berlaku dengan lebih kerap.  Ada sekali tu tak sampai setengah minit guna dia dah buat hal.  Sangat hampeh sekali.

Mungkin tak stabil pada platform Windows tapi sangat impresif dalam platform Linux.  Tak pernah buat hal setakat ni.

2) Plugin yang ciput

Web browser yang masih lagi baru agaknya.  Banyak plugin (dalam Chrome dipanggil extension) yang takde dalam browser ini.  Kalau bab plugin memang Mozilla la menang. Berlambak ada dan sangat membantu untuk meningkatkan keefisienan (ada ke perkataan ni) melayari internet. Kudos to Mozilla!

3) Plugin crash

Kadang-kadang browser tak crash tapi plugin pulak yang crash.  Plugin yang selalu crash ialah Adobe Flash Player dan ianya digunakan masa korang nak tengok Youtube atau pun untuk memaparkan content berasaskan flash dalam browser korang. Bila plugin ni buat hal, memang tak boleh tengok Youtube la jawabnye.  Paparan sesetengah web (contohnya iklan Nuffnang) juga akan menjadi cacat sebab tak boleh play flash content.

Tapi masalah plugin crash ni jarang berlaku untuk Chrome versi Windows tapi sering berlaku dalam versi Ubuntu (dalam Ubuntu, Google Chrome dipanggil Chromium).

4) Tak compatible untuk sesetengah website

Contohnya website nak amik soalan past year kat portal UiTM.  Kalau bukak je website tu menggunakan Chrome hanya paparan putih melepak tanpa sebarang tulisan yang keluar.  Kena guna IE jugalah jawabnya.

Tu je yang dapat saya kongsikan untuk entri ini.  Kalau ada pape nak tambah boleh tulis kat ruangan komen.  Kalau nak cuba pulak boleh download kat sini. Sebelum tu, apa pulak ye web browser kegemaran korang?

fitrijohari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.

Latest posts by fitrijohari (see all)

27 thoughts on “[Review]: Kenapa Saya Suka Google Chrome?

  1. Anarm

    chrome memang pantas.. tp tu la.. ade sesetengah web yg die takleh nk baca.. stable version pon ade gak crash..

    aku sampai sekarang masih setia dengan firefox.. kalo pkai chrome rasa macam tak puas.. ade je bende yg aku takleh nk buat.. ape yg aku suke dgn firefox sbb byk addons.. saiz paparan firefox pon aku dh jadikan macam chrome.. sume dah custom bg minimal..

    i heart firefox!
    Anarm´s last [entry] ..Masalah Spam di Ruangan Komen

    Reply
  2. MuJE

    dulu aku menyampah kat chrome sebab tak sampai 5 saat aku bukak terus crash. last2 dapat tawu sebab IDM…haha sampai sekarang aku terus melekat kat chrome ni.

    mozilla best tapi tula, masalah memory die tu.. bukak lame sikit hang la jawabnya.. adesss
    MuJE´s last [entry] ..Nuffnang SCAM!!!

    Reply
  3. Pingback: [Tips] Penyelesaian Google Chrome Yang Selalu Crash | myfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: