Buka Kotak: Xiaomi Redmi 1S

Dah lama tak tukar handphone tetiba tergerak hati pulak nak tukar handphone.  Ni semua gara-gara jenama Xiaomi yang menjadi semakin popular dekat Malaysia ni.  Faktor paling penting adalah sebab harganya yang dikira amat murah berbanding dengan pesaingnya yang lain.  Ada model yang beza sampai separuh harga bila dibanding dengan Redmi 1S ni untuk spec yang hampir sama.

Sebelum ni setia dengan HTC Mozart Windows Phone selama 3 tahun dan tiba masanya untuk bertukar demi meneruskan hidup. 

Okay let’s move…

Capture

Spesifikasi Redmi 1S

Xiaomi Hongmi 1S   Full phone specifications

Berapa harganya ek?

RM 419 (Set handphone sahaja) atau RM 480 (bundle dengan aksesori).  Harga ni kalau beli dekat Xiaomi dan mungkin lebih mahal kat tempat lain.

Dengan harga semurah ini memang sangat sesuai untuk orang yang takde bajet besar untuk tukar handphone.  Price to spec ratio boleh dikategorikan sebagai sangat value for money!

Kat mana nak beli ni?

Original Malaysia set hanya dijual di kedai online Xiaomi sahaja sebab diorang ni takde bukak ‘physical store’ kat Malaysia ni.  So kalau korang terjumpa Redmi 1S (atau pun model Xiaomi yang lain) kat kedai mungkin tu adalah AP set atau pun Original Malaysia set yang telah di’mark up’ harganya.

Pada saya tak berbaloi beli kat tempat lain selain online store tu sebab perbezaan harga kadang-kadang sampai RM80-RM100.  Tapi kalau beli kat online store pulak biasanya cepat habis.  Tak silap ada model yang sold dalam masa 57 saat!

So sila buat pilihan yang sewajarnya dan berhati-hati dengan barang fake.  Dah berlambak ada kat luar sana.

Sesiapa yang nak beli dekat Xiaomi Store kena tunggu la diorang buat sale.  Biasanya seminggu dua kali dan akan dimaklumkan di Facebook diorang.

Berapa lama nak sampai lepas order tu?

Kotak akan dihantar directly daripada China jadi biasanya mengambil masa dalam dua minggu untuk sampai.  InsyaAllah komfem sampai sebab Xiaomi menggunakan syarikat kurier yang agak terkenal (UPS atau FedEx tak silap).

Apa yang ada dalam kotak?

Saya beli bundle set yang disertakan sekali dengan beberapa aksesori tambahan. Walaupun mahal sket tapi kira berbaloi jugak la.  Siap bagi ekstra bateri dengan charger lagi.

Jom layan beberpa gambar yang sempat di’snap’.

WP_002035 Accessories in the box

WP_002038

Aksesori yang diberi sekali dengan bundle handset ni adalah:

  • Charger adapter
  • Extra battery
  • Battery charger
  • Mini sim card adapter
  • Screen protector
  • Soft case

Berbaloikan?  Tak payah pegi kedai beli screen protector dan lain-lain sebab dah ready out-of-the-box.

WP_002040 Kotak handset Redmi 1S

WP_002042

Pandangan hadapan

WP_002043Pandangan belakang

WP_002046

First boot-up

Ade sesiapa yang dah beli handphone ni?

fitri johari

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com
fitri johari

Latest posts by fitri johari (see all)

13 Replies to “Buka Kotak: Xiaomi Redmi 1S”

  1. Dah beli yups… lau beli kt tmpt laen mahal gilos sy beli up seratus n sebab tmpt cawangan huawei terjamin skit camera cantik thumbs up

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: