Bedah Buku: Formula Solat Sempurna

Share if you love this!

Assalamualaikum…Selamat hari Sabtu!

Hari ni nak cite pasal buku.  Lame dah tak buat review buku walaupun ade beberapa yang dah habis dibaca.  Last review tak silap buku Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal.  Boleh usya pasal bukunya kat hyperlink tadi ok dan semalam buku tu baru je abes baca untuk kali yang ketiga.  Tak tau la kenapa best sangat.  Apa yang penting, mesejnya bukan setakat hal sebelum dan selepas akad nikah je tapi jugak mengajar pasal kehidupan.  Sekuel Aku TerimaNikahnya iaitu Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta juga ada dalam simpanan.

 

DSC03113

Ok, cite pasal buku Formula Solat Sempurna pulak.  Bila tengok tajuknya saja mungkin terbayang dalam kepala yang buku ni akan mengajar kita cara untuk menunaikan solat macam masa kecik-kecik dulu.  Lengkap dengan bacaan yang perlu dibaca serta gerakan yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan solat.

Yup, memang betul.  Sebahagian kandungan buku ni lebih kurang same je dengan buku panduan solat yang berada di pasaran.   Tapi dalam persamaan masih ade kelainan dan dek kerana kelainannya itu la menyebabkan nak sambar buku ni untuk dijadikan koleksi.

Apa yang best?

Rasulullah ada bersabda:

Solatlah sebagaimana engkau melihat aku solat…

(Riwayat al-Bukhari)

Tapi realiti sekarang macam tak selari dengan hadis tadi.  Setiap individu yang bersolat ada gayanya yang tersendiri!  Ada yang angkat takbir paras bahu, ada yang sampai paras telinga dan macam-macam lagi.  Ini baru cite bab takbir belum lagi gerakan solat yang lain.  Adakah kita solat berdasarkan ilmu atau sekadar mengikut apa yang dibuat oleh orang-orang terdahulu? Adakah apa yang kita lakukan selama ini betul dan menigkut apa yang diajarkan oleh Rasulullah?  Sebab itu la tergerak hati untuk membeli buku karya Ustaz Zaharuddin ni supaya dapat menjawab persoalan tadi.  Untuk membetulkan solat diri sendiri juga untuk mengumpul pahala semaksimum mungkin daripada solat yang kita lakukan sepanjang hayat.

DSC03117

siap ade hadis dan ayat Al-Quran berkaitan

Di awal tulisan kita akan diajar tentang kenapa ulama berbeza pandapat dalam menentukan hukum (dalam hal ni berkaitan solat) dan apa pulak sikap yang harus diambil untuk menangani perbezaan tadi.

Kemudian penulis akan menerangkan mengenai cara solat yang betul mengikut sunnah bermula daripada takbiratulihram hingga kepada salam.  Setiap gerakan solat akan diterangkan secara separa ilmiah berserta dengan hadis sebagai dalil dan gambar berwarna untuk memudahkan kefahaman.   Selain tu, pandangan ulama mazhab yang lain juga diletakkan untuk membantu kita memahami perbezaan antara ulama mazhab tadi.

DSC03116

ilustrasi bergambar..full colour

Akhir sekali, kita akan diajar cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.  Punca-punca gagal khusyuk dalam solat juga ada diterangkan sekali.  Tapi yang paling best ialah penulis ada membicarakan mengenai beberapa kesalahan yang sering dilakukan dalam solat dan sebahagian besarnya sering kita lihat di masjid atau pun di surau tempat kita sendiri.

Harga memang berpatutan.  RM 25.90 sahaja.  Kualiti kertas yang bagus siap dengan warna sekali.  Penyampaian yang separa ilmiah memang sangat sesuai untuk bacaan orang awam macam saya dan anda semua.  Tapi yang penting ilmu dalam buku ni yang kita kena sedut untuk amalan sehari-hari.  Biarlah tak mampu hafal semua hadis yang ada dalam buku tu.  Janji kita betulkan mana yang salah ok!

Kepada yang takde lagi buku Formula Solat Sempurna, jom dapatkan sekarang kat kedai buku berhampiran sekarangggg!

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com

Latest posts by fitri johari (see all)

8 thoughts on “Bedah Buku: Formula Solat Sempurna

  1. hemp

    …Diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra Abu Bakr ibn Ali bin Sabit dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra Agama ini dibina dengan Asar -istinbat Al-Quran dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari para sahabat yang membawa kepada maksud syariah Al-Quran Sunnah – dan bukanlah agama ini dibina dengan akal…………. Buku ini ditulis di dalam bahasa arab oleh seorang ulama hadis moden yang tersohor iaitu Allahyarham Syeikh Muhammad Nasiruddin Albani.Saya menyakini bahawa kehendak penulis ialah mulia dan suci iaitu untuk memastikan para pembaca dan penuntut ilmu mendapat manfaat di dalam ilmu tatacara solat agar tindakan ibadah kita yang paling utama iaitu ibadah solat didirikan berasaskan dalil dan hujah daripada kitab Al-Quran dan As-Sunnah.Setakat ini banyak buku-buku solat menurut hadis nabi alallahualaihiwassalam sudah dihasilkan oleh ramai ilmuan dan perbahasan mengenainya sudah semakin panjang lebar cuma berbaki untuk saya coretkan di sini adalah sedikit ruang untuk teguran dan nasihat agar umat Islam berterusan di dalam kebaikan.Saya tidak bermaksud menuduh Syeikh Albani membawa fitnah tetapi apa yang saya mahu maksudkan ialah kadang-kadang perkara yang baik sekalipun namun apabila salah tempat dan masanya maka ianya dapat menjadi fitnah.Ia berbalik kepada kepandaian kita menggunakannya.Salah faham hadis rasulullahNabi salallahualaihiwasallam bersabda Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku bersolat. 53 Jilid 5 .Hadis di atas yang dilafazkan oleh baginda ramai yang menganggapnya sebagai sebuah hadis hukum dan perintah khas sedangkan hadis tersebut bukanlah sebuah hadis hukum yang khusus memaksa kita bersolat seperti nabi dalam erti kata perbuatan dan bentuk khusus sebaliknya merupakan sebuah hadis yang berbentuk perintah dan nasihat umum serta tunjuk ajar kepada sahabat di dalam mendirikan solat.Hadis tersebut ialah perintah UmumHadis itu bermaksud sebagai menyuruh kita mengambil contoh teladan terbaik yang ditunjukkan oleh baginda rasul selaku qudwah hasanah kepada kita.Firman Allah SWT yang bermaksud Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah.

    Reply
  2. adihazmi

    Assalamualaikum abg,abg sy ni budak form 3 dari Besut,Terengganu.Abg boleh x bantu sy? Sy memang dah lama teringin sangat nak buku Formula Solat Sempurna tu.Maklumlah sy sendiri sangat jahil tentang ibadat terutamanya solat.Jadi sy berniat ingin memperbetulkan solat sy dengan membaca buku Formula Solat Sempurna.Sy sangat harap agar abg dapat membantu sy.Lagipun sy tengok buku tu sangat sesuai untuk sy yg sangat jahil tentang solat kerana ia memberi gambar2 yg mudah untuk membuat rujukan.Sy minta abg sedekahkan buku tu kepada sy.Sebab niat sy hanya nak baiki balik solat sy yg mungkin banyak kesalahannya.Insyaallah, ilmu yg bakal sy dapat dari buku tu, abg turut sama mendapat pahala.Insyaallah dapat membantu abg di akhirat nanti.Saya cadangkan abg beli buku Formula Solat Sempurna dekat laman web ni http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/130/25/solat/islam/tb-formula-solat-sempurna.html .Abg beli dekat website tu and then abg post dekat alamat sy terus.Saya sangat2 berharap agar abg boleh bantu sy.Abg hantar email kepada sy, nanti sy bagi alamat melaui email itu.email sy ialah adihazmi@live.com .Insyaallah abg turut sama mendapat pahala dan buat pencen kubur nanti…Assalamualaikum. :8

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: