Jom Try Digsby!

New Microsoft Office PowerPoint Presentation

Pernah dengar Digsby? Digsby ni adalah satu software yang secara kasarnya berfungsi macam Yahoo Messenger (YM) tapi mempunyai banyak kelebihan yang tiada pada YM.

Digsby mengintegrasikan fungsi email (tak kira yahooMail, Gmail dan lain-lain) , social networking (facebook, tweeter) dan Instant Messanging,IM (YM, google talk, windows live messenger) dalam satu program sahaja.

Tak tahulah software ni baru release atau dah lama dah tapi saya baru sahaja menggunakannya lepas dapat invitation e-mail daripada sahabat seperjuangan.  Mana yang belum tahu sila teruskan membaca ye.  Mana yang dah tahu dan dah guna bolehlah share kat bahagian comment nanti.  Ada beberapa feature yang best pada software ni yang hendak dikongsikan dengan blogger semua. Continue reading “Jom Try Digsby!”

Wakil rakyat yang tidak bersama rakyat ?!

hselangor-wingrafik-english

Semalam baru sahaja berlangsungnya pilihanraya kecil (PRK) P94 Parlimen Hulu Selangor yang dimenangi P.Kamalanathan daripada Barisan Nasional (BN) yang menentang Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1,725 undi.  Banyak la berkali-kali ganda daripada mase PRU 2008 dulu.  PRK ni pun dibuat selepas kematian penyandangnya daripada PKR sebelum ni. Continue reading “Wakil rakyat yang tidak bersama rakyat ?!”

MUET 2010 susah?

Semalam baru saja lepas daripada ujian MUET.  Tiga paper dah dijawab dan tinggal lagi satu iaitu speaking test.  InsyaAllah 3 Mei ini.  Susah ke soalan semalam?  Jadi untuk entri kali ni nak ceritakan sedikit pengalaman peperiksaan MUET yang telah diduduki dengan jayanya.  Bukan tips menjawab ye.

Sebelum meneruskan penceritaan, berikut adalah jadual pemarkahan MUET.  Sistem pemarkahan ni telah digunakan sejak tahun 2008.  Kalau nak tahu cara pemberian markah oleh pemeriksa untuk writing dengan listening tu kena datanglah bengkel MUET.  Nanti akan diterangkan secara detail di dalam bengkel itu nanti.  Cari di Google tak jumpa pulak.

New Microsoft Office PowerPoint Presentation klik untuk tumbesaran…

Ketika saya datang bengkel MUET tu ada sedikit perubahan mengenai pemarkahan untuk writing dan listening test.  Lagi strict berbanding sebelum ini. Continue reading “MUET 2010 susah?”

HIMMAH 2: Solidariti Kami Untuk Palestin!

DSC01120

HIMMAH 2: Solidariti Kami Untuk Rakyat Palestin

Tahniah buat FORUM yang terdiri daripada puluhan NGO di atas kejayaan mereka dalam menganjurkan Himpunan Ummah Untuk Palestin (HIMMAH 2) di Dewan Millenium Kepala Batas kelmarin.  Meriah juga majlis pada malam itu walaupun hujan turun agak lebat di Kepala Batas.  Semuanya memberikan sokongan terhadap saudara kita yang nun jauh beribu batu di Palestin sana.

Tujuannya hanya satu…


Ia bertujuan untuk menzahirkan solidariti umat Islam di sini terhadap sahabat kita di sana yang sedang bertarung nyawa dalam mempertahankan negara mereka, Masjidil Aqsa dan agama Islam yang suci ni.  Rasanya ini baru program ke tiga berkaitan Palestin yang saya pernah hadiri sepanjang 6 semester di UiTM Penang.

Kutipan derma pun dibuat sepanjang program berjalan untuk disalurkan terus kepada mereka.  Walaupun kita bagi sikit sekurang-kurangnya dapatlah juga meringankan beban yang terpaksa ditangggung mereka dalam meneruskan penghidupan di sebalik tembok kematian yang amat menyeksakan.  Semoga sumbangan kita berterusan.  Continue reading “HIMMAH 2: Solidariti Kami Untuk Palestin!”

Matrikulasi atau UPU..mana satu pilihan Qalbu?

Matrikulasi atau UPU..mana satu pilihan Qalbu?

Semalam dah keluar keputusan permohonan ke Matrikulasi untuk tahun ni.  Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya mendapat tempat di matrikulasi untuk tahun ini dan mereka bakal mendaftarkan diri pada 10 Mei ini.  Mana yang belum berjaya jangan putus asa sebab keputusan rayuan akan diumumkan 24 Mei nanti.

New Microsoft Office PowerPoint Presentation

Keputusan permohonan ke UPU pulak masih belum diumumkan lagi. Awal Mei esok baru boleh semak.  Jadi bersabarlah ye menantikan keputusannya.  Moga mendapat tawaran yang sama untuk kursus yang dipohon.

3 tahun lepas yang memeningkan…

Dulu masa lepas keluar result SPM saya pun terkena dilema yang sama seperti blogger lain yang baru dapat result Matrik semalam.  Sebab UPU saya mohon, matrik pun mohon.  Banyak sikit pilihan ye tak?  Lepas tu pening kepala nak pilih mana satu.  Padan muka ku.hehe… Continue reading “Matrikulasi atau UPU..mana satu pilihan Qalbu?”