UPSR & PMR: Patut Dimansuhkan?

Share if you love this!

Beberapa bulan kebelakangan ini banyak isu-isu penting bersifat nasional yang telah melanda negara kita.  Antaranya isu penarikan balik subsidi, judi bola sepak, pemberhentian biasiswa ke luar negara dan macam-macam lagi.  Isu semasa antara subjek kegemaran saya bila menulis.  Ada beberapa isu yang sempat saya berikan ulasan walaupun tak berkelayakan.  Hanya pandangan biasa daripada seorang rakyat Malaysia.

Terbaru, isu pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR pula yang hangat diperkatakan.  Pastinya telah mengundang pelbagai reaksi baik daripada yang pakar dalam bidang pendidikan sampailah kami komuniti blogger dan korang pun mesti ada pandangan tersendiri mengenainya.  Tapi ia masih lagi diperingkat cadangan dan pihak kementerian memang sedang mengharapkan input daripada kita semua sebelum cadangan ini dilaksanakan.

Tujuan utama kementerian memberikan cadangan seperti ini adalah untuk mengstruktur semula sistem pendidikan negara yang disifatkan terlalu fokus kepada peperiksaan.hingga gagal menghasilkan pelajar yang bijak dalam segala segi tapi hanya bijak di atas meja belajar.  Sedih betul sebab potensi kita tidak lebih daripada sempadan kelas atau meja belajar.  ‘A’ nya beratur tapi tak berkembang ke mana.

Pemansuhan ini menyebabkan hanya peperiksaan SPM sahaja yang tinggal sebagai peperiksaan nasional.  Tapi takdelah sampai takde peperiksaan di sekolah masing-masing.  Cuma dibuat secara dalaman dan tak melibatkan semua pelajar di seluruh negara seperti sekarang.  Kata Muhyiddin, bila dua peperiksaan besar ini dimansuhkan guru-guru mempunyai lebih masa untuk membentuk pelajar supaya menjadi insan yang kreatif, inovatif dan aktif dengan kegiatan luar kelas.  Takdelah asik belajar je memanjang.

Setuju tak kalau nak mansuh?

New Microsoft Office PowerPoint Presentation

Saya kurang bersetuju bila kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan bagi mencapai matlamat di atas.  Pada saya masalah sekarang bukanlah kerana banyaknya peperiksaan (selang 2 ke 3 tahun je pun..bukannya selalu), tapi metod pembelajaran yang harus diubah agar tak berorientasikan peperiksaan semata-mata.  Sistem pembelajaran sedia ada menyebabkan kita mengaji secara ‘buta’ dengan hafalan semata tanpa memahaminya.  Pelajar pulak tak patut disalahkan sepenuhnya kerana sistem pendidikan yang secara tak langsung telah membentuk mereka agar menghafal supaya lulus peperiksaan.  Mereka hanya mengikut sistem yang telah tersedia.

Elemen berbentuk praktikal atau kemahiran wajar ditingkatkan terutamanya untuk subjek teknikal.  Kerana bila kita buat ia lebih memudahkan kefahaman dan lagi senang nak ingat.  Lepas tu boleh dipraktikkan pulak di masa depan.  Kalau setakat baca buku je jawabnya lepas peperiksaan lupa terus macam saya. Nak pegang barang pun tak pandai.  Ada sesiapa yang boleh recall balik ape yang korang belajar dalam Sejarah Form 2 dulu?

New Microsoft Office PowerPoint Presentation

Metod penilaian pelajar harus ditukar.  Buat macam style universiti.  Ada carry mark dan final exam.  Mungkin dengan nisbah 60:40.  Dalam carry mark tu boleh la buat kuiz, assignment atau apa-apa yang relevan dengan subjek.  Sekurang-kurangnya penumpuan mereka terhadap sesuatu subjek bukan sekadar ketika menjelang peperiksaan.  Tapi sepanjang tahun.

Jika UPSR dimansuhkan, pemilihan ke MRSM atau SBP akan berdepan dengan masalah kerana tiada penanda aras yang dapat digunakan bagi menilai prestasi mereka untuk masuk ke sekolah-sekolah tadi.  Kalau PMR dimansuhkan, bila pulak pelajar boleh memilih aliran yang mereka minati jika tiada peperiksaan standard untuk menilai kemampuan mereka.  Pelajar juga mungkin akan belajar sambil lewa kerana tiada peperiksaan besar di depan mereka.

Apapun, ianya masih ada pro dan kontranya yang tersendiri dan ruang untuk perbincangan masih terbuka.  Kajian yang lebih mendalam memang perlu dibuat sebelum sebarang keputusan diambil.  Sistem pendidikan yang betul memang sangat penting kerana sistem ini yang bakal mencorakkan generasi muda kita. Mereka yang bakal menjadi mangsa jika dasar yang digubal tak kena dengan kehendak semasa.

Pendapat korang pasal isu ini sangat dialu-alukan.  Yang bakal bergelar guru pulak macam mana?  Setuju?

fitrijohari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.

Latest posts by fitrijohari (see all)

22 thoughts on “UPSR & PMR: Patut Dimansuhkan?

  1. ata

    salam…mungkin pemansuhan ini boleh membuka peluang kepada pembelajaran berbentuk holistik dapat dilaksanakan….pemantapan fardhu ain secara talaqqi….implementasi integriti dan kompetensi sejak sekolah rendah TERAMAT perlu dan peluang ini harus digunakan untuk mencapai matlamat ini…

    saya ada respon isu ini di blog saya…
    ata´s last [entry] ..bila IDEOLOGI menjadi VOKAL

    Reply
  2. shazmin

    tahniah kepada pihak yang bersungguh-sungguh serta ikhlas mahu merpekemaskan sistem pendidikan negara..namun, isu utamanya bukan terlalu risaukan generasi exam oriented..ianya lebih kepada usaha untuk mengurangkan belanjawan negara..nak tarik subsidi banyak-banyak, takut rakyat hilang kepercayaan..ekonomi jatuh, tetap jatuh..duit poket makhluk halus tetap kena “maintain”..whatever~
    shazmin´s last [entry] ..mud turns heart ill..(mata hati)

    Reply
    1. fitrijohari

      hehe…langkah yg ditunggu sekian lama…kalau cara org memnggunakan kuasa mcm ni lingkuplah nanti…kalo dipandang pd sudut berlainan pun cm ada kebenarannya…nak mansuhkan peperiksaan awam supaya byk yg dapat dijimatkan…byk kebocoran di sana sini…

      aku bukan boneka juga~

      Reply
  3. ~u make me wanna lala~

    xstuju juga.
    nati budak2 zmn skg yg da pndi men fb ni tader goal dlm dorg nyer stadi.

    ni bukan lgkah pnyelesaian tapi more of denial.
    bkn slh exm tp salah teknik pengajaran or value yg student dpt dr learning.

    lau asyik ckp “adik ni nati nak exam camane la” mane la bdk2 x m’hafal buku?
    ye x?

    kite kena maju. dalam nk bentuk budak2 pandai tp kite nak gak dorang b’kebolehan… 2 in 1.. jimat masa n tenaga
    .
    ak cdgkn mereka yg b’kuasa revise sistem pngajaran yg hebat ni. ( sbb dari dulu smpi skg x ubah2)
    tol x?
    ~u make me wanna lala~´s last [entry] ..~ saje jah ~

    Reply
    1. fitrijohari

      haah….ade perubahan tp flip flop…mcm ppsmi…aja math n sn dlm base inggeris..kejap jadi pas2 batal…banyak da tu duit kuar…

      sblm nak buat dasar baru, kajian mendalam mmg amat perlu..biarlah secara detailsblm timbul masalah di kemudian hari…no more state of denial…

      aku rase diorg nye kecenderungan kene tentukan dr awl…maksudnya kalo pandai akademik kite terus serapkan pd pelajaran yg bersifat akademik…

      kalo x bpe pndi lak terus serap ke matapelajaran teknikal dr awl…so xde la diorg tercicir dlm arus pendidikan negara walaupun tak berapa pandai dlm akademik…
      fitrijohari´s last [entry] ..Buat Yang Baru Nak Melangkah Ke Alam Universiti…

      Reply
  4. nazierah

    sgt2 xsetuju

    penat2 kite study pmr n upsr dlu..huhu
    diorang pn kena la merasa
    yg peliknya, para cikgu setuju,
    t’msuk tokoh guru..hmmm

    Reply
  5. japruddin

    aku x setuju sangat2..

    se;aku guru…. aku petik kata2 muhyiddin kat artikel di atas.
    {Kata Muhyiddin, bila dua peperiksaan besar ini dimansuhkan guru-guru mempunyai lebih masa untuk membentuk pelajar supaya menjadi insan yang kreatif, inovatif dan aktif dengan kegiatan luar kelas. Takdelah asik belajar je memanjang.)

    pembohong belaka…. cikgu akan sambil lewa.. percayalah… kalau ada exam guru akan bersungguh2 untuk anak murid mereka skor dan belajar.. dan buat macam2.. kelas tmbahan lah. tuisyen lah.. kelas malam lah… abis kelas abt tu salah satu faktor untuk tingkatkan upsr… huh…. dan aku juga percaya jugak.. kata2 shazmin di atas… politik semata2

    Reply
    1. fitrijohari

      haha…sebab tu aku tak setuju…ble ade exam baru ade tekanan skit….tp aku masih rasa sistem pendidikan yg harus diubah…mansuhkan pekse x menjamin mslh ni selesai….mungkin ada yang perlu dirombak semula dari awal….bende ni yg kena diberikan penumpuan…

      sebab ade yg xkena ble aku tgk dasar pendidikan negara yg kerajaan buat kebelakangan ni..kejap ppsmi ade kejap batal…flip-flop kat situ. jutaan ringgit tu da blanje..pas2 skang nak mansuh pekse lak…mmg kite bkn org pandai dlm bidang ni…tp pendapat kite pn xley diambil ringan kan?

      haha..biasela Malaysia…politik je memanjang….dak2 da makin truk pn nak men politik lg…
      fitrijohari´s last [entry] ..Buat Yang Baru Nak Melangkah Ke Alam Universiti…

      Reply
      1. afiqah

        memang sgt setujulah.. sibuk je politik, masalah sosial yg melanda pun dah tak terkawal.. berbalik kepada isu ini maybe cikgu pun kena terapkan kepada anak2 murid ni bahawa datang ke sekolah bukan sahaja untuk mencari lmu semata2, tapi mencintai ilmu itu sekali, bila da cinta baru boleh faham. maknanya belajar tu bukan sekadar nak A sahaja tapi ilmu itu untuk dikenali dihayati dan difahami keseluruhanya. Dalam pada masa tu, tak pelu nak mansuhkan UPSR dan PMR

        Reply
        1. fitrijohari Post author

          sistem sedia ada je yang kena dimantapkan..kita terlalu berorientasikan peperiksaan..dah macam robot da dak2 tu..

          budak skola tak harus dipersalahkan..diorang hanya mangikut sistem yang kerajaan dah buat…

          moga keadaan ini berubah…supaya pembelajaran dapat digunakan sepanjang hayat…

          Reply
  6. fitrijohari

    haha…sebab tu aku tak setuju…ble ade exam baru ade tekanan skit….tp aku masih rasa sistem pendidikan yg harus diubah…mansuhkan pekse x menjamin mslh ni selesai….mungkin ada yang perlu dirombak semula dari awal….bende ni yg kena diberikan penumpuan…

    sebab ade yg xkena ble aku tgk dasar pendidikan negara yg kerajaan buat kebelakangan ni..kejap ppsmi ade kejap batal…flip-flop kat situ. jutaan ringgit tu da blanje..pas2 skang nak mansuh pekse lak…mmg kite bkn org pandai dlm bidang ni…tp pendapat kite pn xley diambil ringan kan?

    haha..biasela Malaysia…politik je memanjang….dak2 da makin truk pn nak men politik lg…
    fitrijohari´s last [entry] ..Buat Yang Baru Nak Melangkah Ke Alam Universiti…

    Reply
  7. Jamal Rafaie

    Macam mana pun keadaannya (mansuh ke tak mansuh), sistem pendidikan kita harus diubah.. Contohnya senang, bapak aku asyik perli je time kat rumah..

    “Hai.. Blaja kat universiti, tapi nak tukar mentol pun tak reti?”

    “Ada engineer pun cam x de.. Sume tak tahu buat”.

    Adoi.. Hari2 kena perli. Memang betul la, kita belajar sebab periksa semata-mata. Periksa tu penting sebab nak ukur kemampuan kita, tapi cara ukur kemampuan tu yang penting. Kalau ukur setakat pandai jawab dalam kertas pekse, sume boleh buat, orang yang kureng cikit jawab on paper cam ne? Lihatlah apa yang berlaku kat kelas, x leh buat kerja praktikal, tapi jawab on paper superb!

    Ilmu untuk hidup, bukan nak periksa.. Tapi apa nak buat, sistem dah macam tu, tak ikut tak dapat sijil plak kan.. hehe.. Tapi aku sokong untuk gubal, bukan mansuh..
    Jamal Rafaie´s last [entry] ..KEMBARA UNIQUE UTARA SELATAN

    Reply
    1. fitrijohari Post author

      yup…pelajar hanya mengikut sistem…mansuh pekse x menyelesaikan pape…cume kurg kos mengurus peperiksaan je..

      kene tuka drpd jd seorang pelajar yg hanya pandai mengingat kepada pelajar yg boleh guna semula apa yg diingat…
      fitrijohari´s last [entry] ..Perjuangan Baru Bakal Bermula-

      Reply
  8. Ameer

    Perkara utama yang mesti kita fikirkan ialah masa depan anak-anak kita (generasi akan datang). Saya cuma risaukan anak-anak lelaki, mcmana mereka nak survive dlm sistem pendidikan malaysia yang berorientasikan peperiksaan. Budak-budak lelaki ni bukan malas belajar, cuma mereka ni jenis banyak berfikir.

    “Betul ke apa yg cikgu aku ni ajar ? Aku tak penah dengar pon apa yg cikgu ajar tu, Aku kelirulah.”,itulah antara luahan hati budak-budak lelaki. Diaorg tak suka sumbat 100% dalam otak sehinggalah diaorg faham. Selain itu, budak-budak lelaki ni tak suka mengadap buku berjam-jam kerana mereka juga perlukan masa untuk riadah dan bersukan. Saya rasa mungkin adalah bagus sekiranya sistem baru dirangka supaya pelajar lelaki masih boleh dinilai walaupun tanpa perlu membaca dan menghafal.

    Reply
  9. bakal guru

    sy jgk tidak setuju…tp bila kita lihat kelemahan yg ada ni menyebabkan pelajar yg pandai atas kertas je dpt kerja.. padalhal dia bukan pandai buat kerja pon berbanding dengan peljar yg tidak berapa nak pandai atas kertas ni..

    biarkan exam ada cuma kita setuju buat atas 60:40 baru la adil kita kena tarik peljr2 ni hari2 ke sekolah dengan bersemangat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: