Hari ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin melancarkan Facebook PDRM di Pusat Media Bukit Aman. Akaun Facebook yang baru dibuka ini menjadi pelengkap kepada laman web PDRM dan juga Rakan Cop yang telah dilancarkan sebelum ini.
Tujuan utama pihak polis melancarkan akaun Facebook ini adalah untuk memecahkan halangan disamping mengubah persepsi negatif segelintir masyarakat yang menyelubungi badan beruniform ini. Mereka menganggap dengan adanya Facebook, kepercayaan masyarakat kepada polis dapat dikembalikan semula.
Akhirnya pihak polis turut memanfaatkan kemudahan laman sosial ini dalam memantapkan lagi sistem penyampaian mereka. Facebook dilihat sangat berkesan kepada pihak syarikat, badan kerajaan, ahli politik mahupun artis untuk menyebarkan maklumat serta memudahkan komunikasi antara mereka dengan kelompok sasaran masing-masing. Kalau tak efektif tak kan pulak diorang nak buang masa nak guna benda ni kan?
Memandangkan pengguna FB yang semakin meningkat, mungkin ini pendekatan yang perlu mereka gunakan. Lepas ni nak buat report polis pun boleh pakai FB je agaknya. Rasanya pegawai tinggi pertama PDRM yang memanfaatkan FB untuk membanteras jenayah ialah Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor. Banyak update terbaru siasatan jenayah yang beliau postkan di ‘wall’nya. Tak sempat wartawan nak tulis berita dah keluar dulu dah kat FB. Baru-baru ni, beliau meminta sesiapa yang takut nak laporkan salah laku anggota polis, boleh terus melaporkannya kat FB beliau. Sangat sempoi..
Tapi adakah dengan adanya FB dapat mengembalikan semula keyakinan masyarakat kepada mereka? Kes adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis pada 26 April lepas, A. Kugan yang mati dalam lokap polis,rasuah dan lain-lain kes pun sudah cukup menggoyahkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap PDRM. Tu tak termasuk lagi dakwaan bahawa ada anggota polis yang telah dibeli dalam kes Datuk Sosilawati untuk meng’cover’ suspek utama. Tuduhan memang belum terbukti benar, tapi benda-benda mesti dielakkan daripada berlaku lagi di masa depan.
Mengaktifkan akaun FB mungkin salah satu cara untuk bermesra semula dengan masyarakat. Tapi suatu perubahan drastik dan perlu dilakukan untuk membersihkan semula imej mereka. Semestinya tanggungjawab ini perlu dipikul oleh Ketua Polis Negara yang baru. Bukan mudah tapi kena buat jugak. Kalau tak memang persepsi negatif tu akan melekat sampai bila-bila. Anda macam mana? Percaya pada PDRM lagi tak?
- Kematian Ashraf: Jadikan Iktibar Untuk Kita Semua (7)
- Ugutan Untuk Si Pembuang Sampah (13)
- Riba: Soal Halal Haram Yang Sering Dibakulsampahkan (21)
- Facebook Atau Facecrook? (46)
- Bahasa Paling Susah Di Dunia! (9)

aq kn kawin dgn polis.. so sikit sebyk terasa gak dgn tuduhan2 org awam.. maybe ade anggota yg slah guna kuasa .. krn nila setitik, abis rsk susu sebelanga.. ini kn lak kalau bukan setitik tp byk lak kn.. hahhaha.. ape2 pn org awam x leh la trus mnyalahkn pihak brkuasa seakan2 selama ni dorg x wt kerja.. cuba pk, kalau umh kene rompak or something bad happen korg cr sape??kn cr polis.. jgn la wt polis cm x de gunanyer..pihak pdrm kene la brsihkan nama dorg dgn menawarkan khidmat yg lebih efisien dn jujur, manakala org awam kene gak tukar fikiran dorg ttg polis.. mereka ssh pyh mnjlnkan tugas selama ni, tp asyik2 dicaci n dimaki.. mungkin aq bg statement brt sebelah coz aq wife polis.. if aq ni org awam aq pn bengang gak pd pihak yg diserahkan tanggungjwb tp x menjalankan tanggungjwb seperti yg sepatutnyer… hope org yg slh akan dihukum..x kira la polis or what.. pihak pdrm kene la usaha memartabatkn blk nama baik pdrm.. jgn sampai org awam diserang pnjenayah, mintak tlong pn kt pnjenayah.. just pndapat.. k… hope x kecik hati..
jasica ahmad´s last [entry] ..belacan bahaya!!!
yep…aku paham perasaan ko..tahniah kalo hubby ko da menjalankan tugas dgn amanah…post aku ni pn sekadar menyampaikan apa yg aku rasa..org awam len pn mcm tu jugak aku rase..kalo x xkanla sampai jadi isu msk paper…tp terus hilang kepercayaan tu tidak..sebab yg buat tu pun sebahagian daripadanya..bkn sume..tp berupaya menjejaskan yang baik jugak…sebab lumrah manusia memang suka tgk keburukan dulu walaupun hanya satu drpd beribu-ribu anggota baik yg lain…
kdg2 kesian juga sebab mcm kes polis kene langgar mase buat roadblock baru2 ni…xramai pulak yg defend polis..ble polis buat salah sume kutuk..tp ble jalankan tugas pas2 cedera xde sape lak nak bela…kat situ org awam pn ade salahnya juga..
pape pn pdrm kena juga buat sesuatu utk bersihkan imej semula..mmg susah pegang amanah..tp ssh lagi utk menjalankannya…harap2 lepas ni keadaan akan jadi lebih baik…
thkz for yr thought! really aprreciated! ^^
fitrijohari´s last [entry] ..Polis pun nak ada facebook jugak!
welcome… haah.. sian la abg polis 2 kene langgar oleh org2 yg suke melanggar undang2 .. dh la xde sape nk defend.. huhuuh… ape pn brbalik kpd prkara asas… polis pn manusia kn.. polis x sempurna.. even ade yg cekap n amanah, ade gak yg kureng biler time mnjlnkan tugas..tau2 la sifat manusia kn, xde yg perfect..sama gak dgn doktor.. tugas doktor kn menyelamatkn nyawa, tp ade gak yg cuai dn gagal dlm mnjlnkn tugas.. acc ssh la biler dok bhgian perkhidmatan, coz org dh bg amanah.. so kte kene la pikul dgn penuh tanggungjwb..
jasica ahmad´s last [entry] ..belacan bahaya!!!
owh macam tuh… lepas nie ramai lah polis on fb.. huhu.. nak check aduan…
zik´s last [entry] ..Doa pagi- zikir diwaktu pagi dan petang
selepas ni twitter pun depa
bakal layan.
Ali ridha´s last [entry] ..Streamyx – tukar katalaluan wifi
twitter lagi best pe..hehehe
fitri´s last [entry] ..Blog myfitri Dot Com Di Page Rank 2!