Hari ini genap 63 tahun 1 hari kemerdekaan negara haram rejim zionis Israel. Di pihak masyarakat Islam khususnya Palestin ianya merupakan detik hitam kepada kita semua kerana tarikh ini merupakan hari umat Palestin kehilangan tanah airnya sendiri selepas diusir oleh rejim zionis.
Peristiwa yang dipanggil An-Nakba a.k.a malapetaka ini merupakan titik permulaan kepada tindakan yang lebih kejam dan menindas oleh rejim zionis kepada saudara kita di Palestin sehingga sekarang. Sejak dari itu tanah jajahan Israel semakin meluas. Rumah-rumah rakyat Palestin dirobohkan dan digantikan dengan penempatan haram yahudi.
Pada 14 Mei 1948, sepatutnya mandat tentera British telah pun berakhir di Palestin. Tapi dengan kelicikan puak yahudi ni, Zionis melalui pemimpinnya David Ben Gurion telah bertindak untuk mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai hari kemerdekaan negara haram Israel dan dia dilantik sebagai Perdana Menteri Israel yang pertama. Yang peliknya kemerdekaan Israel cepat je mendapat pengiktirafan daripada Amerika, Kesatuan Soviet dan negara-negara eropah yang lain. Macam awal-awal memang dah berpakat pulak gayanya.
Bila diorang dah menyokong bermakna mereka telah menafikan hak rakyat Palestin yang merupakan penduduk asal di sana. Sebarang tindakan Israel walaupun kejam adalah dibenarkan dan sebarang tindakan balas masyarakat Palestin terhadap penduduk yahudi pulak dianggap ganas dan melanggari hak asasi manusia. Sangat double standard bukan?
Malangnya negara Arab yang menjadi jiran kepada Palestin sehingga ke hari ni masih membisu seribu bahasa. Setakat mengecam dan mengutuk di meja persidangan sahaja tanpa ada sebarang tindakan (ketenteraan mungkin). Senjata canggih disimpan buat pekasam. Yang paling tak boleh blah bila rejim mesir Hosni Mubarak sebelum ini bertindak menutup pintu sempadan Rafah-Gaza dan membiarkan mereka mati tanpa dapat menyelamatkan diri. Eh, pemimpin negara Islam lain jangan tak terasa pulak. Korang pun selalu OIC a.k.a Ohh I See je kan? Teruskan mengkondem dalam ofis je ok!
Tapi orang Palestin tak pernah gentar mahupun mengalah. Terus bertahan selagi mampu. Masa ustaz bagi ceramah kat surau area rumah (merupakan salah seorang peserta konvoi Viva Palestina) dia kata orang Palestin tak pernah pun mintak kita join berperang dengan diorang. Cuma diorang mintak kita mengirimkan doa moga Palestin dan Masjidil Aqsa kembali ke tangan umat Islam semula dan juga membantu keluarga dan anak-anak mereka untuk meneruskan penghidupan di zon perang ni. Untuk berperang serahkan saja kepada mujahidin Palestin.
So, apa yang kita boleh bantu?
Cakna tentang Palestin. Belajar sejarahnya, tahu isu terbaru mereka. (kat internet website berlambak. Guugle aje).
Doa. Doakan kesejahteraan mereka dan moga mereka diberi kekuatan untuk terus berjuang setiap kali lepas solat.
Sokong program berkaitan Palestin. Kalau ada kelapangan sila hadirkan diri tanda sokongan.
Derma. Kalau ada tabung derma la barang seringgit dua. Lagi banyak lagi bagus boleh buat saham akhirat. McD seminggu sekali boleh tak kan sebulan seringgit dua tak boleh kot.
Boikot barangan keluaran mereka. Sangat subjektif dan mungkin sukar nak boikot semua. Kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua iye dak? Tapi tolong la boikot dengan ilmu bukan secara melulu. Kang orang tanya celah mana yang company tu sumbang kepada Israel korang tak tahu. Tak pasal je menganiaya company yang tak bersalah. Sebab tak semua company barat menyokong gerakan zionis.
p/s: Menunggu Salahuddin Al-Ayubi yang baru..hmm
*kredit gambar Google
- iPhone 4 Termahal Di Dunia (10)
- Ada Apa Dengan 16 September? (4)
- Unlimited Mobile Internet: Pelan Alternatif Daripada U Mobile (15)
- Global March To Jerusalem di Stadium Malawati Shah Alam..Esok! (2)
- Dah Tuntut Baucer Buku RM200 Ke Belum? (8)

salam
terkejut pulak.
bkn terkejut bc psl nakbah, tp terkejut, sebab tengah syok baca pasal palestin, tetibe ada iklan nuff gamba ppuan tertonggeng. hoh hoh aiyak
yeke? Ya Allah..mintak maaf..iklan nuffnang di luar kawalan saya..nanti saya maklumkan pada nuffnang..terima kasih atas teguran
fitri´s last [entry] ..Nakbah- 15 Mei Yang Sering Dilupakan Umat Islam
daoakan insyallah setiap kali sembahyang doamu ada….
zik´s last [entry] ..Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!
moga dengan iringan doa perjuangan mereka mendapat perlindungan Allah
fitri´s last [entry] ..Review Laptop Asus A42JY-VX195V
menarik.. info yang sangat menarik.. memang ramai umat islam yang dah lupakan tarikh 15 mei nie.. keep it up..
laici´s last [entry] ..Making Money Is a Mindset
tak dihighlight sangat dalam media massa..so lagi ramai tak tau
fitri´s last [entry] ..Review Laptop Asus A42JY-VX195V
bantuan malaysia ke palestine telah dihalang oleh isreal. jahanam israel..
kalau tak halang itu bukan israel namanya
fitri´s last [entry] ..Review Laptop Asus A42JY-VX195V