Hari ni masuk hari kedua stat kuliah. Keadaan sama macam semalam menyaksikan takde lecturer yang sudi bertandang ke kelas yang saya dah daftar hari ni. Masih sibuk lagi dengan masalah pendaftaran subjek kot. Biasalah masalah yang hampir sama berlaku setiap semester. Tapi itu bukan cerita pokok dalam entri ini. Ada yang lebih penting dan menyentuh hati bakal berlaku pada hari ini.
***
Alhamdulillah..sukacitanya dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menaikkan harga petrol sekali lagi dan hanya melibatkan petrol RON97 sahaja berkuatkuasa tengah malam tadi (5 Januari 2011). Petrol RON97 yang dijual dengan harga RM 2.30 sebelum ini akan dinaikkan sebanyak 10 sen kepada RM2.40. Kenaikan keempat dalam masa 6 bulan!
Kali terakhir harga petrol RON97 dinaikkkan adalah pada 1 Disember tahun lalu dengan kenaikkan sebanyak 15 sen dan alasan kenaikan ialah kerana harga minyak global yang semakin meningkat dan merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menarik balik merasionalisasikan subsidi. Petrol RON95 dan Diesel masih lagi mengekalkan harga diri masing-masing buat masa ni. Tapi tak mustahil akan naik juga mengikut jejak langkah kawan baik mereka nanti. Tunggu jela berita gembira yang sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam masa beberapa minggu atau beberapa bulan akan datang. Bersedia untuk senyum ok!
Pakai je RON95. Tak payah pakai minyak mahal. Esok kalau RON95 mahal pakai minyak tanah pulak. Akhir sekali boleh cuba air paip untuk penjimatan maksimum. ![]()
Minyak Naik Harga Barang Naik
Hipotesis yang memang dah terbukti. Bila minyak naik (tanpa mengira apa jua jenis RON hatta diesel sekalipun) harga barang pun naik. Gaji pekerja je tak naik. Sebelum pengumuman ini dibuat, beberapa barang keperluan telah mula mencatatkan peningkatan harga yang amat memberangsangkan. Antaranya sayur-sayuran, santan kelapa dan minyak masak. Siapa yang baca surat khabar komfem sedar dengan realiti semasa ini. Tak perlu saya bagi link untuk rujukan. Restoran mamak pun turut sama dalam perlumbaan ini dengan langkah menaikkan harga makanan di restoran mereka sebanyak 10 peratus dengan alasan tidak lagi mampu menanggung kos operasi yang semakin tinggi. Bunyinya klise bukan? Alasan sama untuk setiap kenaikan harga yang berbeza.
Kebetulan, semalam saya ke Kapar melawat kedai motosikal. Sementara menunggu motosikal siap dibaiki sempat pegi minum kat kedai mamak berhampiran. Minum air suam je pun kat situ dan dengan baik hatinya saya telah dicaj 30 sen untuk secawan air suam oleh pekedai dan amaun itu saya bayar dengan besar hati sambil memberikan kuntuman senyuman kelat yang tak berbelah bahagi. Amat berpatutan betul tak? Susah nak jumpa kedai macam ni tau. Korang patut buat lawatan kat kedai tu.
Begitulah senario sekarang. Harga terus meningkat tanpa ada tanda penurunan. Sekali harga dah naik jangan harap nak turun balik. Peniaga mana yang sanggup nak kurangkan untung hanya kerana memikirkan nasib pelanggan sendiri yang semakin terhimpit? Fikirlah sendiri. Mungkin satu dalam beribu.
Jaminan pak menteri bahawa harga barang tak kan naik juga hanya satu ilusi. Ingat senang nak hantar pegawai penguatkuasa untuk check setiap kedai di seluruh Malaysia? Tambah pula kita memang lemah dalam aspek penguatkuasaan. Undang-undang dah cantik tapi dihampakan dengan kelemahan penguatkuasaan. Takde peniaga yang akan takut terutamanya yang diceruk kampung.
Entahlah. Tak tahu nak cakap apa. Walaupun saya belum ada tanggungan sebab belum berkahwin tapi saya dapat rasakan betapa susahnya ibu bapa saya nak berbelanja untuk anak-anak mereka.
Menyesuaikan diri dengan gaji sederhana sebagai kakitangan kerajaan yang tak pernah naik bertahun-tahun selari dengan kenaikan harga barang bukannya senang. Gaji naik sepuluh tahun sekali tapi harga barang naik sepuluh kali setahun. Adakah ini tanda ekonomi kita bertambah baik yang selalu dicanangkan kat Buletin Utama TV3?
Entahlah..Cakap banyak pun bukannya harga boleh turun.
Cuma satu je yang saya nak tanya kepada pembaca sebelum menutup entri perkongsian rasa yang takde siapa nak peduli ni. Kenapa ek susah sangat nak naik gaji selari dengan kenaikan harga barang? Kenapa penetapan gaji minimum dikatakan akan menyebabkan kilang boleh muflis serta boleh memufliskan ekonomi negara sekali walaupun untung berjuta berjaya dikaut setiap tahun? Tolong bantu manusia yang mungkin ‘buta’ ekonomi ni.
Selamat menikmati hadiah di tahun baru! ![]()
p/s: harga dah sayur naik kan? Jom tanam sayur sendiri dalam pasu bunga beramai-ramai untuk kegunaan seisi rumah!
- Tutorial Guna Custom Ringtone Dalam Windows Phone 7 (1)
- Facebook Atau Facecrook? (46)
- Broadband di Malaysia Mahal? (20)
- Misi Maut Somalia: Lebih Baik Tolong Orang Kita (7)
- Projek Ramadhan: Jom Pulun Cukup-Cukup! (6)

haha….jom2 tanam sayur…
cuba wat hypothesis mcm nih,
semakin banyak rasuah, semkin naik harga barang,..
semakin naik harga barang, semakin sempit hidup rakyat,
inferes dy:
nak stabilkan ekonomi…kononnya lah kot..
(6,^)
rasuah dan ketirisan pun satu hal..sape yang makan rasuah sanggup biarkan orang lain susah tunggu la kene rodok perut die tu kat akhirat..
memang kat dunia kaya dengan duit rasuah..besok komfem miskin kat akhirat!
to high rank official..Allah is watching you!
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
Rakyat dahulu kena. Bulan november sekali,. bulan disember sekali. bulan januari sekali. Hadiah tahun baru… Tahniah Perdana Menteri Malaysia. Rakyat menghargainya..
wandy´s last [entry] ..2010 memories and nostalgia
heran juga ya..janji tak nak naikkan harga RON95 sampai ujung tahun pun tak ditepati…rakyat mesti didahulukan
Nanti kena naik lagi lah nanti..kesian lah kat rakyat ni..apasal nak gelojoh sangat ambik untung.minyak dunia naik, minyak malaysia naik.minyak dunia turun, minyak malaysia naik.minyak dunia stabil, minyak malaysia naik..
wandy´s last [entry] ..2010 memories and nostalgia
katanya kerajaan dah tak mampu nak tanggung subsidi..sebab tu terpaksa naikkan..entahlah…
peliknya subsidi untuk tauke kaya masih lagi berjalan seperti biasa..subsidi rakyat pulak ditarik
subsidi syarikat konsesi dan kroni tak pulak dipotong. pastu sanggup pulak bebankan rakyat. kalau komen2 macam2, diaorg kata kita pro pembangkang. tapi aku tegaskan juga, kitaorg pro issue. sebab nampak macam pro pembangkang kerana pembangkang menjuarai banyak isu sekarang ni. takkan lah isu minyak naik, aku nak sokong kerajaan. mesti lah bantah. ni yang buat rakyat immune dengan penipuan. nak compare minyak malaysia dengan singapore, agak2 lah. malaysia pengeluar minyak. compare lah dengan negara pengeluar minyak juga. sebab tu lah harga durian malaysia berbeza dengan harga durian di jepun. sebab malaysia banyak durian. jepun import durian..ini beza negara pengeksport dan pengimport. ape da..
wandy´s last [entry] ..2010 memories and nostalgia
Aku rasa masalah minyak ni tak kan selesai sampai bila2.. Walaupun kerajaan bertukar tangan, buktinya di Kedah harga air dinaikkan sebab “tak dapat tampung kos rawat air” katanya..
Tak mustahil alasan ni digunakan jugak bila dah memerintah nanti.. Seperti biasa, janji2 manis boleh dibuat sebelum memerintah..
Memang benar kata Rasulullah, tanda2 akhir zaman ialah naiknya harga barang keperluan.. Dan akan berkakhir bila Imam Mahdi memerintah dunia.. Maknanya, selagi tak muncul Imam Mahdi, memang manusia akan terseksa dan berpecah belah..
Yang tak tahan tu, peniaga tak nak turunkan harga barang walaupun minyak turun harga, lepas tu hadirlah dialoh Bangau Oh Bangau yang mempersalahkan orang lain.. Adoi..
Kita kena ikut style Saidina Umar dalam ekonomi, kalau santan x de, semua rakyat kena boikot santan, lama2 santan ada la balik dan turun harga sebab permintaan x de..
Tapi rakyat Malaysia ni boleh ke boikot2? Tak de satu barang, macam nak mati kalau tak dapat.. Boikot barang Yahudi apatah lagi, memang susah la nak boikot..
Jamal Rafaie´s last [entry] ..TEH TARIK SATU!
yup..tempat lain pun siap takde subsidi lagi..harga naik aku tak kesah sebab dah itu tuntutan semasa..nak pulak petroleum akan pupus tak lama lagi…mesti lagi mahal sebab nak imbangkan pengeluaran yang terhad dengan permintaan..
diorang nak politik tu diorang punya pasal..malas nak campur..kerajaan berubah itu juga perkara biasa dalam pilihanraya..sebab kita demokrasi bukannya autokratik
…nak debat ke ape ke sukati..aku nak jadi penonton yang menilai dengan pandangan sendiri…rakyat boleh pilih dasar mana yang terbaik dengan undi nanti..
cuma yang aku heran daripada dulu kenapa la gaji tak naik-naik? Sampai bila gaji tu boleh bertahan sedangkan tiap bulan barang naik.. kalau berniaga lain la..tambah pulak kakitangan kerajaan mmg dilarang buat kerja sambilan..
nak kuatkuasa akta gaji minimum pun terlalu payah..kalau warga asing gaji sikit aku tak kesah sebab diorang tanggung diri sendiri je kat sini. tapi ia satu masalah kepada orang Malaysia yang ada keluarga.. gaji RM900 anak 3 bukannya cukup..
sistem ekonomi kapitalis sekarang memang perlu diubah kepada sistem Islam..kalau tak sampai bila pun asik kene tipu dengan peniaga je..walaupun tak semua tapi tauke kaya ni memang dah buat orang menderita..
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
Gaji kakitangan kerajaan dah ada penyelarasan,
tapi masalahnya kakitangan swasta macam mana?
nak selaras jugak ? silap silap pelabur cabut sebab kos buruh meningkat, terus hilang sumber pendapatan, dalam keadaan sekarang ni pun ramai dah pelabur di Malaysia cuba cari tapak di cina kerana kos buruh yang murah, lagi satu masaalahnya kalau gaji naik barang pun mesti naik lagi ( terbukti masa pennyelarasan gaji sebelum ni)
Ps: betul kementrian janji barang tak kan dinaikan dan memang harga syiling tak naik (kecuali gula) tapi ada tak sesapa yang report kat KPDNHEP bila dia dapati harga barang dijual lebih dari harga syiling ???
Pss: semasa kenaikan minyak bulan lepas aku ada buat report kat KPDN tentang kedai runcit kat kawasan aku (pakai HP je) pagi report petag dah kena serbu dan alatan timbag juga dirampas kerana ada penipuan katanya
dnoBiz´s last [entry] ..Bila aku Boring – Koleksi Video Animasi Kelantan
kalau diikutkan logik memang perlu dinaikkan tanpa mengira kakitangan kerajaan atau swasta..sebab kalau takde duit memang susah nak survive terutamanya yang tinggal di bandar…kos buruh komfem meningkat tapi tak kan nak dibiarkan perkerja kesempitan hidup…perikemanusiaan pun perlu ade..tak tau sampai bile boleh bertahan dengan kenaikan..aku still belajar lagi..tak rase bende2 ni..cuma kesian parent aku..
tapi btol kate kau..sebelum ni memang dah jadi dah..gaji nek barang naik..sengal punya peniaga (bukan semua) nak kaut untung je keje..
salah satu kesalahan konsumer juga..tak repot..setakat bising dalam rumah je kate barang naik..
takde repot pun satu sebab kenapa peniaga macam ni bermaharajalela..
thkz bro! perkongsian menarik…
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
Saya adalah golongan pekerja swasta tak naik-naik gaji tapi tambah job list.
Tak dapat nak bayang apabila kerajaan mengharapkan rakyat berpendapatan tinggi dan apa pula terhadi kehidupan rakyat nanti
Money can’t buy
akubiomed´s last [entry] ..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha
kesian dengan orang yang kerja-teruk-teruk..tapi tak dapat bayaran yang setimpal..dah la benda suma mahal skang ni…
fitri´s last [entry] ..Pak Cik Disukai Ramai Bersara Hari Ini
satu je bro, nantikan lepas ni pasni naik lagi..
haha kerajaan tak de duit ar skank.
kenal sangat dah.
syahrilhafiz´s last [entry] ..Tolong klik iklan tu!!!
yep..sedang menantikan berita gembira ini..hahaha
hutang negara meningkat…boros..ketirisan,rasuah dan macam-macam lagi..tak larat aku nak cakap..mane la keturunan nak berkat makan duit haram…
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
Sekarang ni aku tak kisah tentang harga minyak, bukan sebab aku kaya , tapi sebab aku rasa baik aku pikir nak tambah incom dari pening pikir pasal harga minyak yang memang aku tak boleh buat apa
dnoBiz´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi – Ron 97 dan Minyak Tanah Naik 10sen
bagus gak tu…bebel panjang-panjang pun bukannya ade orang nak dengar..
realiti kehidupan moden di dunia yang fana ini..huhu
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
bukan aku tak bebel, aku bebel gak kejap
tapi makin bebel makin sakit hati jadinya
dnoBiz´s last [entry] ..Seni Kelantan – Dikir Barat
hahaha…bebel dalam hati jela
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
Minyak bukanlah sumber yang kekal dan boleh ditambah-tambah. Oleh itu harganya akan bertambah dari masa ke semasa. Harga kat Malaysia ni antara terendah di dunia. Jadi kita harus bersyukur dalam bab itu.
Satu-satunya manusia boleh hidup aman damai tanpa pikir pasal harga naik adalah dunia buang konsep western democracy dan free market. Ia cuma buat segelintir org kaya dan these kaya people bila dah kaya jadi kedekut dan tak pikir org lain lagi.
Korang tengok la taukeh2 top 10 kaya kat Malaysia ni. Harta dah billion ringgit pun, pekerja dia ada yang kena bayar RM 300 – 400 sebulan….
saya setuju pasal tukar konsep ekonomi kita sekarang ni..kite telah mengayakan golongan elit tapi dalam masa yang sama kita pulak makin miskin..bukannya sebab gaji makin sikit..tapi kos sara hidup yang makin tinggi..
yeke?wah teruk sangat tu..terlalu ciput! buat pe la simpan harta banyak..kesian pekerja hidup melarat..
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
siapa cakap harga barang atau minyak di malaysia adalah terendah di dunia…dari mana fakta atau hujah ini boleh didapati??…. ini adalah satu kenyataan yg sangat tersasar dari reality…. ini belum termasuk lagi harga kereta ( tu pun main reason proton)
kat negara arab lebih murah..tak sampai singgit pun ade..
Malaysia rasanya bukan paling murah..kalau murah antara negara Asia tenggara mungkin la kot (sering dijadikan ayat penyedap hati tiap kali minyak naik)
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
betul tu bro,
yang terbayang kat kepala aku raja Gula..
dnoBiz´s last [entry] ..Seni Kelantan – Dikir Barat
raja gula dah lari oversea da..tak nak balik dah kot..dah buat duit banyak..
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
Biasalah mana-mana company yang ada share holder awal-awak dah ketepikan portion profit untuk diorang. Bajet kos operation dahlah kena potong lepas itu minta stretch budget macamana nak survive pekerja pula berhempas pulas supaya KP dicapai
Sistem ekonomi Kapitalis memang macam itu yang kaya semakin kaya
satu pihak je yang untung memang tak adil…patutnya kena mutual..pekerja berhempas pulas untuk syarikat dan syarikat kena hargai pekerja diorang dengan bagi gaji yang lebih
fitri´s last [entry] ..Pak Cik Disukai Ramai Bersara Hari Ini
sedih gile…pasni nak naik basikal je la pergi kelas…
eZmALizA´s last [entry] ..Aku memang selalu kalah Tak pernah nak menang! GRRRR!! Kecewa la macam nie!
ta mau ezma…uitm berbukit bukau..hehe
kene ade beca ni.
yeayy…minyak naik,,
naseb baik aku naik honda je.
saya_aRief´s last [entry] ..LATIHAN PRAKTIK 2011
RON 95 masih murah buat masa ni..huhu
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
tak lama lagi akan keluar kereta hybrid.. tapi nak beli harganya boleh tahan.. hmm sepatutnya penyelarasan gaji dibuat bagi sama rata dengan kos kenaikan harga..
MR.Z´s last [entry] ..Senarai Filem Luar Negara Tahun 2011
entah..hybrid tu pun tak mampu nak beli..cukai terlalu tinggii..kene tunggu kelauaran proton nampaknye.
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
zaman tun dr mahathir dulu takde pun alami peningkatan harga minyak dan barang yang kerap..ermm
Fitrihadi´s last [entry] ..Guest Blogger Tips Dapatkan Buffered Earning Dari Nuffnang
mase tu minyak murah lagi kot..haha
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
x ah..zaman cet det kn si anwar yg jaga ekonomi..x silap aku naik skali je rege minyak.xder ar cam skrg.cam GAMPANG!
aku pun pelik la..kenapa naik tu terlalu mendadak..maksudnye sekejap je naik lagi..kalau naik setahun skali boleh tahan lagi..
tunggu la RON 95 lak naik lagi pasni…
fitri´s last [entry] ..Sejauh Mana Kehebatan Nama URL Blog Anda
err. membayar harga minuman 30 sen dengan besar hati tuuu… lain macam je bunyi. hehe
haish, minyak naik 10 sen. makanan dan minuman pun naik jugak?
Affan´s last [entry] ..Tips menghalang komen spam tanpa menggunakan plugin
hahaha..ayat mendalam tuuu..
biasela affan..kesn berantai…minyak naik sposen air suam kena la nek sposen
fitri´s last [entry] ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli
minyak naik saya ok..buatlah undian yg bijak
aizuddin´s last [entry] ..Contest Facebook Aizuddincom
yeah…keputusan di tangan anda!
tak mau doktrinisasi lagi
aduh.. kalau merungut pun deme bukan dengar puwn…business nak kasi mantap lagi .. tingkatkan prestasi…
zik´s last [entry] ..Pencipta tulisan braille- dan asal-usulnya
hahaha cari penyelesaiyan dan jagan cari pasal
dnoBiz´s last [entry] ..Seni Kelantan – Dikir Barat
jangan cark pasal..nanti kena pukul..keh3
tu jela jalan yang ade skang ni…saba je laa
Naik Naik Naik!
Dia orang menteri dan politik tak kisah, Kita yang kerja ni rasa susah!
Tiada jalan nak turun dah.
sekali naik mustahil untuk turun..kalau rege minyak turun pun agak mustahil untuk harga barang turun
fitri´s last [entry] ..AJL 25- Debaran Atau Kontroversi Freemason Lagi
Adoi, cubalah buat research dlm sikit lg. Minyak RON 97 dkt malaysia memang terang2 dah dulu diorg bgtau kata harga dia float.
nak naik tu tak boleh buat apela..apa yang dikesalkan harga barang yang ikut naik..tapi gaji tak pernah nak naik..susah sangat untuk dinaikkan…lama-lama hampir mustahil untuk berjimat sebab pendapatan hanya cukup2 je untuk perbelanjaan bulanan