Berita kematian Ashraf aka Aleesha Farhana sudah tersebar ke seluruh Malaysia. Kat akhbar Metro Ahad hari ni siap jadik front page lagi. Tu belum termasuk tulisan di blog-blog yang mengulas kematian arwah. So, saya malas nak tulis balik apa, bila dan bagaimana dia meninggal dunia sebab dah ramai yang menulis benda yang sama.
Arwah seorang rakyat biasa dan bukan public figure. Tapi menjadi popular bila arwah memfailkan permohonan di mahkamah untuk menukar nama asalnya di atas kad pengenalan daripada Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz kepada Aleesha Farhana selepas membuat pembedahan menukar jantina di negara jiran sekitar dua tahun lepas.
Namun pihak mahkamah telah menolak permohonannya kerana pihak pembelaan gagal memberikan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Ashraf seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung walaupun ada mengemukakan dokumen sokongan daripada Hospital Pantai dan Hospital Putrajaya yang menyatakan yang dia layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.
Secara peribadi, saya memang setuju dengan keputusan mahkamah. Sebab kalau permohonan ini dibenarkan ia akan menghuru-harakan masyarakat. Mungkin ramai pulak nanti yang berhasrat nak tukar nama akan beratur kat mahkamah lepas ni. Cuma cemuhan sebahagian rakyat Malaysia terhadap ibu dan bapa arwah memang tak boleh diterima. Sedap-sedap je kata diorang tak pandai didik anak la, abaikan anak la dan macam-macam tuduhan lagi sedangkan si tukang kutuk tu sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kat belakang tu. Hanya nak sembang lebat punya pasal sambil menonjolkan sikap #SoMalaysian diri sendiri.
Apa pun kematian arwah sememangnya mengandungi hikmah. Lepas permohonannya ditolak mahkamah, arwah kemurungan dan sangat tertekan untuk meneruskan kehidupan. Korang boleh bayangkanla macam mana nak bertahan untuk teruskan hidup dalam keadaan macam ni. IC yang dah takde guna (sebab maklumat dalam tu tak mencerminkan diri si pemegangnya), kena cemuh dengan masyarakat lagi memang Allah je la yang tahu. Mungkin dengan hanya kematian yang diatur Allah sahaja yang dapat menghentikan kesengsaraannya.
Ok tutup cerita. Moga kisah hidupnya jadi iktibar untuk kita semua dan semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya.
Al-fatihah…
p/s: Menunggu apa kata golongan ahli agama mengenai isu ni..hmmm
- Bahasa Paling Susah Di Dunia! (9)
- Polis pun nak ada facebook jugak! (6)
- Wajar Ke Tukar Baucer Buku Dengan Duit? (5)
- Buat Custom Ringtone Dengan Lebih Mudah Untuk #WP7 (4)
- Jom Cuba Linux Mint 12 a.k.a Lisa! (10)

ingatlah, undang undang negara kita masih tegas dan tiada ruang untuk unsur2 yg tidak bermoral mencelah
harap-harap akan terus tegas dalam isu ni..ulama pun harus keluarkan kenyataan supaya umat Islam ada pedoman untuk selesaikan masalah ni
Aku sokong bro.. Dia perlukan dorongan supaya berubah, bukan cemuhan yang nak jatuhkan dia lagi.. Jgn sesekali salahkan ibu bapanya kerana ada tahap umur dah lepas tanggungjawab ibu bapa.. Apa2pun, itu dia dengan Allah.. Semoga rohnya diletakkan dikalangn org beriman nanti..
aku rasa mak ayah arwah dah jalankan tanggungjawab mendidik dengan baik..cuma ini mungkin kes terpencil..sebab arwah sendiri memang mengalamai krisis identiti..
apa pun semoga rohnya dicucuri rahmat
sedar tak bahawa ulama tak de suara..setakat sembang haid nifas, puasa, zakat, sembahyang…byk isu2 yg ulama’ tak leh ulas…
rakyat belajar dari drama kat TV…
Mahakamah syariah pun tak de kuasa…mahkamah tinggi rujuk kpd perlembagaan, bukan fatwa2 ulama2, so, bila dah jadi gini, masing2 mula buat ulasan masing2…
Sesiapa yg mengutuk arwah tanpa soal siasat dan tak tahu menahu, ingatlah bahawa insya Allah, dia juga akan dikurniakan anak, atau cucu oleh Allah…dan tak mustahil dia juga akan diberi cabaran seperti ibu bapa arwah..
Pada Hakim yg Arif, tindakan tuan akan diadili di Mahkamah Allah nanti..
Kepada penguasa yg menyanjung Perlembagaan , dan meletakkan undang2 Allah ke nombor 14, ada akan dipertanggungjawabkan…
Kepada sesiapa yg memilih penguasa2 ini utk berkuasa lagi, anda pun ada saham…
Bebaskan media dari kongkongan Yahudi Nasara…Berikan ulama bersuara di media2..
yup saya setuju dengan kata-kata saudara..sedih bila ulama tak diberi tempat mengulas isu2 sebegini..kalau nak campur tangan ISA dan macam-macam tuduhan pulak yang akan menanti..
kerjasama antara ulama dan umara’ nampaknya hanya sekadar laungan..tapi tak nampak secara realiti
bkn x nk ckp.. tp klu bersuara kne tgkp…
itu lumrah kt msia nie… mhkmh syariah x da kuasa lgsg.. yg ada mhkmh sivil .. jahilnya pemimpin..