Beberapa hari lepas rasa sayu je bila tengok berita kat TV mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah At-Taqwa Hulu Langat, Selangor. Tragedi tanah runtuh yang berlaku untuk kesekian kalinya di Malaysia ini telah meragut 16 nyawa anak yatim dan mencederakan beberapa yang lain. Lagi mengharukan, kejadian itu berlaku ketika anak yatim tersebut tengah berlatih nasyid untuk persembahan!
kredit Utusan…
Bila tengok visual kat TV memang teruk tempat tu tertimbus sehingga menyukarkan pasukan menyelamat untuk mencari mangsa yang hilang. Lokasi rumah anak yatim tu pulak memang tak sesuai langsung. Dekat sangat dengan cerun bukit yang agak curam dan boleh runtuh pada bila-bila masa akibat struktur tanah yang tak kukuh.
Tapi benda dah nak jadi kan. Takde apa yang dapat menghalang. Kepada waris mangsa bersabarlah dengan ketentuan Allah ini. Dia lebih sayangkan mereka daripada kita semua untuk kembali kepadaNya. Dosa pun takde lagi agaknye sebab kebanyakan yang meninggal dunia adalah kanak-kanak.
Kat mane-mane pun boleh mati!
Sebelum ni ramai anggap rumahlah tempat paling selamat untuk diduduki. Tak macam nek motor dengan kereta yang selalu masuk paper sebab eksiden sampai jalan raya pun dilabel tempat untuk menempah maut. Berderau je hati mak ayah bila fikir anak masing-masing kat atas jalan raya.
Tapi hakikatnya takde tempat yang selamat di dunia ni kecuali dijamin keselamatan kita olehNya dan tak bermakna juga tempat paling merbahaya kat dunia ni menjadi tempat kita menempah maut kalau kita tak diizinkan mati olehNya. Betul tak?
So, senang kata jaga jela diri masing-masing kat mana juga kita berada. Jaga sehabis baik akan keselamatan diri sendiri. Kalau Allah takdirkan sesuatu yang tak baik berlaku jugak, itu adalah kendak dariNya yang tak mampu untuk kita halang. Yang penting dah usaha kan?
Al-fatihah untuk semua mangsa..moga roh mereka dicucuri rahmat…
- Maruah Bola Sepak Malaysia Naik Semula? (28)
- Adun galas meninggal dunia..maknanya… (8)
- Masihkah Ada Lagi Rasa Selamat Ketika Ini? (2)
- UNICnya Ramadhan 3 Gempak! (5)
- SAGA FLX: Spec Yang Memang Mengancam! (7)
alfatihah buat semua mangsa
tak sempat tengok tv mengenai kejadian ni
so follow timeline twitter je dapat tawu tanah runtuh.
syahrilhafiz´s last [entry] ..Kembali Menagih Permainan dotA
alfatihah..moga roh mereka dicucuri rahmat
fitri´s last [entry] ..Biasiswa JPA- Wajar Ke Nak Biasiswa Tanpa Interview
betul, kat mana-mana pun boleh mati..
titan´s last [entry] ..Komisen ke 75 dari TNX
kena pada masa, tempat dan ketikanya kita akan pergi mengadapNya jua
fitri´s last [entry] ..Biasiswa JPA- Wajar Ke Nak Biasiswa Tanpa Interview