Yamaha 135LC 2011 Yang Garang!

image

Yamaha merupakan antara pengeluar motosikal terkenal dunia.  Daripada motosikal berkuasa tinggi YZR-M1 yang digunakan oleh Valentino Rossi dalam perlumbaan Moto GP sehinggalah kepada motosikal kapcai 135LC yang semakin banyak bertebaran di jalan raya seluruh Malaysia.  Pergi mana-mana mesti jumpa motor LC ni.  Begitu ramai penggemarnya sehingga termasuk dalam senarai motor panas bersama dengan Yamaha 125 Z dan RX-Z.  Banyak yang saya baca di forum, baru pakai lima bulan orang dah ‘pinjam’ buat harta sendiri.

Baru-baru ini Yamaha baru sahaja melancarkan model baru mereka untuk pasaran Indonesia bersempena dengan Jakarta Motorcycle Show 2010.  Model ini diberi nama Yamaha Jupiter MX 2011.  Kat Indonesia nama Yamaha 135LC ditukar kepada Jupiter MX dan di Thailand pula dipanggil Yamaha Spark.  Perbezaan nama mungkin atas sebab strategi pemasaran.  Dipercayai model ini akan dibawa pula ke pasaran Malaysia pada tahun depan.  Samada sebagai pengganti model LC sedia ada atau saja-saja nak tambah ‘product range’ diorang, tengoklah sendiri nanti.

Galeri Gambar (klik untuk tumbesaran)

image pandangan depan…

image pandangan sisi…

image brek cakera belakang…

image saiz tayar besar dan sedap layan corner…

image pandangan belakang..dah macam Suzuki Shogun…

image

Spesifikasi…

Komen Pengkritik Tak Bertauliah

Secara kasar, rupanya masih sama dengan LC sedia ada tapi jika dilihat dari dekat nyata sangat berbeza dan garang.  Lampu depan diubah sedikit dan banyak lengkungan pada cover set depan untuk lebih aerodinamik.  Lampu belakang pula diberi nafas baru.  Ciri-ciri yang takde pada model sebelum ini telah ditambah seperti brek cakera belakang, gear 5 kelajuan (biasanya empat) dan lebar tayar belakang yang lebih besar.  Sedap la main corner.  Jangan terbaring tengah jalan sudah.

Tapi point penting yang menyebabkan ramai nak beli ialah gear lima kelajuan dan juga brek cakera depan belakang sebab kedua-dua ciri ini takde pada kebanyakan model kapcai lain.  Cuma kontranya, tangki minyak masih kekal pada kapasiti 4 liter.  Sama je macam motor lain.  Tak sesuai dengan jumlah CC nya yang besar.  Baru je nak jalan jauh minyak dah nak kontang.  Apa pun Yamaha memang ramai peminatnya.  Letak model apa pun (walaupun tak lawa macam model Lagenda Z115) akan terjual macam goreng pisang panas.

Harga pasaran tidak dinyatakan.  Tapi kalau dah masuk Malaysia nanti mungkin harganya mahal dari LC sekarang dalam anggaran RM6500-RM8000 OTR.  Saya memang tak beli dah sebab dah ada motor Modenas CT110 yang ku sayangi..hehe.  Sangat berjasa membawa ku ke kelas setiap hari.  Kepada peminat-peminat LC nantikan kehadirannya pada tahun depan ok.  Lepas beli nanti letak mangga dengan rantai banyak-banyak supaya susah dibawa pergi oleh ‘peminjam’ yang memang tak punyai hati :lol:

Amacam..cantik tak motor ni di mata korang?

Sumber asal dan gambar

Review pengkritik bertauliah

, , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

127 thoughts on “Yamaha 135LC 2011 Yang Garang!

  1. Smart la jugak…tapi,kalau pakai motor jenis panas2 nie susah skit..rantai dan kunci banyak2 pum dia hentam jugak….masalah dunia…

    • biasela tu.bergantung pada nasib..kalau x baik baru guna je da ilang..itu lah risiko moto ramai peminat ni..tepuk poket tanya hati..hehe..amik yang murah suda..xpayah nak pening kepala

  2. bg aku design LC baru ni mcm gampang, lg2 lampu blakang die.. pesal diorg x msuk lmpu X1R jer? x smart dowh, tp disk blakang ngan 5 gear tu yg buat aku pkir2 blk ni.. huhu.. TT_TT

  3. suka dgn sport ream baru dan system brake utk dipasang pada lc lama aku…dari segi penampilan lc lama nampak lebih cool…bila nak sampai malaysia ni???

  4. salam…

    pada profesional

    tolong la dinde saye WUG (lc)baru tu huhuh

    1. saye da pakai lc selame 4 bulan dan meter pun da 10km lebih kerana disebabkan perjalanan kerja saye agak jauh dalam 1 hari dianggarkan lebih 80 kilometer atau kurang…jadi disini saye agak risau tentang kondisi enjin lc…dengar lc yg baru tak tahan lame btul ke?
    2.kalo bawak bawah 100 atau 120 je ada ape2 efek tak pada enjin lc ?
    3.sekali sekali rembat sampai 1.7 tak pe ke ?(lc standart)
    4.sekarang nie popilasi minyak itam banyak saingan..jadi saye nak tau minyak hitam yg mane yg lebih elok dan sesuai dengan enjin lc (sekarang ni saye mengunakan MOTUL 5100) ada minyak itam lain yg lebih elok pada MOTUL ?castrol ke ?siklone ?maxoil ?honda ?atau shell full sintetik ?
    5.dan tayar jenis ape yang paling sesuai dipermukaan bumi malaysia ?(ntuk lc je)owh dinde ku LC :P

    itu sahaja sekian dan jutaan berterima kasih tolong jawab secepat yang mungkin tq

    • helo en Lc resah..
      x pyh la ko nk resah gelisah sume…kalo ko dh guna myk itam mahal tu, insyaAllah ok je motor ko tu setakat nk berulang 80km sehari. aku pakai motul 3100 berulang 120km sehari.dh 3 tahun setakat ni sedap je LC aku tu..xde mslh pon…aku pkai yg ade cluth tgn punya. purata laju 120 hgga 140 je aku bawa…kadang2 je lebih sket. kalo motor ko bleh rembat smpai 200km/j pn, ko rembat je…kira untung la tu LC baru bleh pegi smpai 170.kalo tayar pulak ikut bajet la.yg murah Duro pn ok.nk yg mahak pakai la michelin..

  5. LC Kui :

    1. Kalau selalu main pick-up, speeding kaw-kaw memang rantai akan cepat kendur.

    Pastikan rantai jangan kering & sentiasa dilaras ketegangan yang sesuai. Kalau boleh sembur chain spray yang macam foam putih tu…

    Penggunaan Chain Tensioner tak berapa digalakkan (mengarut je semua tu) & bersifat short term usage.

    Kalau dah pasang benda ni, lagi le kita akan avoid bahagian rantai & beranggapan apa nak risau aku kan pakai tensioner.

    Luangkan masa buat rutin harian ataupun semingu sekali check ketegangan rantai. Kalau tak tau pegi hantar kedai je.

    2. Tempoh pantang : 1k km.

    *Sekadar info dari pengguna Lc 1st model, bukan nak tunjuk pandai :-) peace…

    YM / Skype / Gtalk : nbv4677

  6. orang kata 2nd model da cut off meter dan sekarang motor saya purata laju cume dapat 120 je.bagaimana ingin ilangkan cut off meter die?

    1) tukar coil ke 1st model?

  7. aku ade LC135 ES…tapi gempak juga la moto ni…
    baru aku beli bulan lepas…^^….ruginyer..tapi aku suka 2 stroke cam 125

  8. mgikut pa yg aku dpt tau.. LC yg bru ni yg akan msuk Msia adalah still 4gear… harap mklum..
    jika btul drpd pa yg aku bca..

    • yup versi 4 speed…apa yang aku tulis ni ialah yamaha LC versi indonesia…disebabkan die berjiran dengan kita so ade kemungkinan la untuk moto tu sampai Malaysia..cuma tak tahu bile je die nak masuk

      tapi bila model 4 speed ni da nak launch mungkin model 5 speed tu kuar lambat sket kot..atau pun tak kan kuar langsung
      fitri´s last [entry] ..Muziumkan Keputusan SPM Mu Itu!

  9. Kowang jln risau do kalo ade org nk pinjam motor nie sbb keluaran terbaru nie dilengkapi dgn anti-snatch system amende r die lock mmg kaw2 nye

  10. Saya peminat 2 roda dari zaman remaja sehinggalah bergelar Rider Otai. Telah 4 tahun berjinak dgn LC dengan Hand Cluth..sememangnya berpuashati dengan prestasinya sepanjang 4 tahun menggunakannya tanpa sebarang modifikasi enjinnya. Dan dah banyak konvoi jauh dan dekat bersama KC kesayangan ini. Kini YAMAHA bergurau lagi dengan peminatnya dengan mengeluarkan LC 135 versi baru.. namun tak bayak perubahan daripada segim keupayaan dan prestasi enjinnya, cuma yg menarik perhatian saya ialah pelindung monoshochk nya yg terdapat pada motor2 bike..sepatutnya pihak YAMAHA mengambil saya sebagai penasihat senireka LC versi baru ini utk kelihatan lebih menarik dan menepati selera peminat motor2 berkelas moped alaf ini!!!

    • kadang-kadang pelik jugak pengeluar motor ni…design yang pada mata kita buruk pun boleh dikeluarkan..rasanya elok diorang amek orang awam jadi penasihat..hehehehe..ley bagi feedback :p

  11. aku baru balik dari melawat kedai motor di daerah yan dan gurun nak tolak motor GT128 aku yg mmg banyak problem semenjak beli tak sampai 2 tahun lagi… nak ambik LC… ada kedai nak ambik 1800 jer.. hampeh.. pi kedai yg aku ambik GT tuh dia nak ambik 3000.. ok lah tuh… skuter bini aku pon dia nak ambik 1500.. boleh topup bayar muka motor baru.. cuma tadi yg ready stok ada LC clutch jer (model lama).. aku dah tua nie malas nak berclutch2 lagi dah… maka terpaksalah tunggu lagi 3 minggu booking LC baru xdak clutch… LC baru pon 4 speed x dak brek disc belakang (perkara senang jer tuh)…

  12. Aku baru saja beli LC baru ni sebln yg lalu. Mulanya nk beli model lama tp dah x kuar lg. Rekabentuk dia aku x kisah sgt wlupn pd aku Lc lama lbh elegen. Lps pakai lbh krg sbln ni..ternyata LC baru ni indah kabar dari rupa. Top speed cuma 110 sja dah pancit lps tu terasa mcm vibrate kt bahagian blkg bila speed cecah 100 kmj. Aku dh buat komplain kat agent pasal hal tu. Klu setakat top speed 110 lbh baik pakai honda wave 125 tu je tak pun lagenda 110. Rasa mcm tak berbaloi sbb beli dah lah mahal dkt Rm 7k tp prestasi enjin kondem. Pick up dia mmg ok la mcm LC lama cuma masalahnya tak boleh pun cecah 120 kmj teruk sgt diaorg cut off. Patut la model ni krg org pakai. Nak tnya pd sapa2 yg arif…..mcmana nk atasi cut off ni. Apa komponen yg aku kena tukar spaya skrg2nya boleh speed sampai 130-140 km/j mcm LC lama tu? Klu x blh jgk mgkin aku trpaksa letgo je LC ni sblm value dia jatuh menjunam(timbang kati)
    sbb krg sambutan mcm model SRV. Aku betul2 frusttttttttt…..

  13. eh bro?
    biar btol apa ko ckap nie?
    aku pun ada jgak terfikir nak ambik lc baru nie?
    tapi reka bentuk dia lah yang jadi masalah kat aku nie…
    yang aku berkenan ialah lc lama tu.
    tapi aku tnya kat kedai kilang dah x buat dah lc lama tu.
    aku pun rsau jgak sebab apa lc baru nie x ada smbutan langsung?
    klu dah top speed mcam tu baik tak payah pakai lc bro…
    skrg aku tngah pening lah nie nak pkai moto apa…
    aduh2

  14. :[ :oups: eh bro?
    biar btol apa ko ckap nie?
    aku pun ada jgak terfikir nak ambik lc baru nie?
    tapi reka bentuk dia lah yang jadi masalah kat aku nie…
    yang aku berkenan ialah lc lama tu.
    tapi aku tnya kat kedai kilang dah x buat dah lc lama tu.
    aku pun rsau jgak sebab apa lc baru nie x ada smbutan langsung?
    klu dah top speed mcam tu baik tak payah pakai lc bro…
    skrg aku tngah pening lah nie nak pkai moto apa…
    aduh2

  15. emm..mengecewakan klu speed takat tu je..
    klu tukar cdi pon lom tentu bole bla lg..
    same mcm fz150i..pick dh sedap tp top takat 130 je..
    senang2 je kena tapau dgn lc lame..
    ade sape2 yg dh gune 5speed punye..
    tolong bg review..nk tau top bole bla smpai bape..
    tu je yg pentg sb ln2 aspek masih same..cma
    harap mangkuk cluth xmcm es lame cpt rosak
    klu bawak dlm keadaan yg xtrem..

  16. Btul ckp AHM tu.. aku baru gune 2 minggu.. dier punyue speed dh cut.. pickup dh sedap.. top speed smpai 120 je.. seidh gak la bile member ckp lc lme leh smpai 140-160.. any suggestion??

  17. Ada tak sapa2 yg boleh bagi tips bagaimana cara nak mengatasi masalah LC baru ni. Kepada pemilik2 LC baru yg dpt menyelesaikan masalah ‘kelembapan’ Lc baru ni diharap dpt sama2 berkongsi idea dan cadangan anda. Aku dah tak tau nak buat apa skrg….antara yg dlm pertimbangan aku adalah:-
    1. Tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.
    2. Letgo saja LC baru tu dan cari LC lama yg secondhand kat mana2 sapa yg nak jual.
    3. Terima saja hakikat yg LC baru ni hanya untuk gaya saja..

  18. Pingback: Yamaha 135 LC 2011 ‘Bermasalah’ ? | myfitri

  19. erm,aku gune lc es lama……aku dengar topspeed lc baru nie 120 kmh jer……tapi ada satu persoalan kat fikiran aku nie…….speedo meter lc baru nie same ke ngan lc lama tuh????aku guna lc es lama nie standard leh cecah 150…..paling tinggi kalo tunduk 160 jer……standard……tapi kete honda kawan aku baru 110 kalo meter aku cecah 140……so kalau meter lc baru nie tak ringan mcm lc lama tuh,kirenya boleh tahan la jugak lc baru nie…..120 sama ngan 140++ lc lama……kalau jer laa meter dia tak ringan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: