Yamaha 135LC 2011 Yang Garang!

Share if you love this!

image

Yamaha merupakan antara pengeluar motosikal terkenal dunia.  Daripada motosikal berkuasa tinggi YZR-M1 yang digunakan oleh Valentino Rossi dalam perlumbaan Moto GP sehinggalah kepada motosikal kapcai 135LC yang semakin banyak bertebaran di jalan raya seluruh Malaysia.  Pergi mana-mana mesti jumpa motor LC ni.  Begitu ramai penggemarnya sehingga termasuk dalam senarai motor panas bersama dengan Yamaha 125 Z dan RX-Z.  Banyak yang saya baca di forum, baru pakai lima bulan orang dah ‘pinjam’ buat harta sendiri.

Baru-baru ini Yamaha baru sahaja melancarkan model baru mereka untuk pasaran Indonesia bersempena dengan Jakarta Motorcycle Show 2010.  Model ini diberi nama Yamaha Jupiter MX 2011.  Kat Indonesia nama Yamaha 135LC ditukar kepada Jupiter MX dan di Thailand pula dipanggil Yamaha Spark.  Perbezaan nama mungkin atas sebab strategi pemasaran.  Dipercayai model ini akan dibawa pula ke pasaran Malaysia pada tahun depan.  Samada sebagai pengganti model LC sedia ada atau saja-saja nak tambah ‘product range’ diorang, tengoklah sendiri nanti.

Galeri Gambar (klik untuk tumbesaran)

image pandangan depan…

image pandangan sisi…

image brek cakera belakang…

image saiz tayar besar dan sedap layan corner…

image pandangan belakang..dah macam Suzuki Shogun…

image

Spesifikasi…

Komen Pengkritik Tak Bertauliah

Secara kasar, rupanya masih sama dengan LC sedia ada tapi jika dilihat dari dekat nyata sangat berbeza dan garang.  Lampu depan diubah sedikit dan banyak lengkungan pada cover set depan untuk lebih aerodinamik.  Lampu belakang pula diberi nafas baru.  Ciri-ciri yang takde pada model sebelum ini telah ditambah seperti brek cakera belakang, gear 5 kelajuan (biasanya empat) dan lebar tayar belakang yang lebih besar.  Sedap la main corner.  Jangan terbaring tengah jalan sudah.

Tapi point penting yang menyebabkan ramai nak beli ialah gear lima kelajuan dan juga brek cakera depan belakang sebab kedua-dua ciri ini takde pada kebanyakan model kapcai lain.  Cuma kontranya, tangki minyak masih kekal pada kapasiti 4 liter.  Sama je macam motor lain.  Tak sesuai dengan jumlah CC nya yang besar.  Baru je nak jalan jauh minyak dah nak kontang.  Apa pun Yamaha memang ramai peminatnya.  Letak model apa pun (walaupun tak lawa macam model Lagenda Z115) akan terjual macam goreng pisang panas.

Harga pasaran tidak dinyatakan.  Tapi kalau dah masuk Malaysia nanti mungkin harganya mahal dari LC sekarang dalam anggaran RM6500-RM8000 OTR.  Saya memang tak beli dah sebab dah ada motor Modenas CT110 yang ku sayangi..hehe.  Sangat berjasa membawa ku ke kelas setiap hari.  Kepada peminat-peminat LC nantikan kehadirannya pada tahun depan ok.  Lepas beli nanti letak mangga dengan rantai banyak-banyak supaya susah dibawa pergi oleh ‘peminjam’ yang memang tak punyai hati :lol:

Amacam..cantik tak motor ni di mata korang?

Sumber asal dan gambar

Review pengkritik bertauliah

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com

Latest posts by fitri johari (see all)

132 thoughts on “Yamaha 135LC 2011 Yang Garang!

  1. jozanLC

    aah kan. cmne? ade sape2 yg da bli LC es bru x? cube citer cket. speed die da cut off gak ke? ce cite ce cite. ak mmg nk angkat LC es 1.

    Reply
    1. arashi

      sape yg beli 500 biji prtama krajaan belum cut lg..tp seleps itu memg dh cut lh bagi yg auto clutch…yg manual clutch ni x tahu lh ada kh sama x cut utk keluarn prtamanya

      Reply
  2. 5zal

    Salam smua..nk tumpang laluu..
    Nk tnya LC modal baru ni klu nk diconvert kan coversets ke model yg lama boleh ke?? termasuk r ekszos dll..

    Reply
  3. LC 135 ES

    Salam kwn2,,,,sy dah pakai LC ES 2011 awal bulan 8 aritue….stakat nie mileage da 1+++ dan baru servis myk hitam….baru2 nie saje2 try dgn modenas Gt 128,,HEHEHEHE,, okey la coz duduk depan GT tue…..moto dalam keadaan 100% ori kilang…mula2 try cucuk angin meter tunjuk 115 km/h, Gt tue dah full trootlle dan siap tunduk lagi..try full trootlle plak dan dapat la overtake Gt tue….hehehehheee,,,,,tapi stakat duduk depan n jer la..coz Gt masih tak hilang dari pandangan side mirror….overall..memang puas hati pakai sebab ridingnyer yang selesa dan kemas…nak2 plak time layan selekoh,,,time lap jer mesti asyik nak meleper jer…..hihiihihihihi..by the way .. My LC ES can reach 130 km/h ,,,, :)

    Reply
  4. LC ES Predator 135 pearl white

    Baru 2 ari motor kuar no dah naik stater kat toto ari ni….hahahahahaaaa

    Lc Es 135 telah dikemaskini dengan baik, lebih baik dari model terdahulu….

    disc break besar,
    disc break belakang,
    rim enkei lebih lebar,
    tayar lebar
    clutch belah kiri – model lama belah kanan
    meter berat dari model yg lama
    enjin senyap – x macam model es yg lama enjin kasar
    ak panggil Lc Es Predator 2011
    LC ES Predator 135 pearl white´s last [entry] ..Moderator Cyber Biz di perlukan

    Reply
    1. hadi

      clucth lc5speed ni blah kiri bising x????????kalu dulu yg lama blah kanan bising giler..bagai nk pecah je engine ni…
      boleh ke lc5speed ni masuk coverset lc lama…totally convert lc ss??

      Reply
  5. syedlc 5speed

    LC 135 ES..spocket pakai saiz bpe dpat 130km/h??14-38 std bg 5speed..bro pnya 4 atau 5speed?spocket saiz bpe sesuai?

    Reply
  6. hadi

    nak tanya lc 5speed dulu yg clucth belah kanan yg bising pada mangkuk clucth kan?
    pastu yg kate lc5speed kene tarik balik ke kilang dan trus mengeluarkan clucth belah kiri..so mksalah yg dihadapi pengguna lc clucth kanan bunyi yg bising pada mgkuk clucth…so yg skurg ni clucth blah kiri xbising dah ke?member sy ada beli clucth belah kanan(lama)bising giler bagai nk pecah engine…so nk tanye lah pengguna lc5speed yg clucth blah kiri xda bunyi bising ke pada engine dia..???????

    pastu nk tanye :lc 5speed ni boleh ke x masuk coverset lc lama meter lampu bakang dll?lc ss??????

    Reply
  7. anuar

    giler xbest pakai LC baru.. exzos bunyi pecah bila mnaik lama… dah la picup xde, slow giler.. mula mula bli naik 13okm, dah sthun pakai naik 110km je.. mcm kena tipu je ngn cc besar.. baik aku pakai honda c70 je.. dah tentu slow xberharap sgt mcm lc ni.. cc besar naik mcm naik basikal…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: