Yamaha 135 LC 2011 ‘Bermasalah’ ?

Share if you love this!

Tak sangka hangatnya sambutan pada entri Yamaha 135LC yang garang sekaligus menjadi entri paling hangit kat blog ni.  Haha..  Terima kasih tak terhingga kepada pembaca semua samada yang memberikan komen mahupun sekadar silent reader.  Kalau tak kerana korang takdela entri tu jadi hangit.   Sampai dah jadi macam forum pulak bincang pasal LC ni.  Sory ada soalan tak berjawab  sebab saya bukan pengguna LC tapi Modenas CT!  So, ada yang saya kurang pasti.

Berdasarkan UV dan bilangan komen artikel tersebut, memang tak dapat disangkal lagi ramai yang tertunggu-tunggu akan keluarnya Yamaha LC model terbaru di pasaran selepas kejayaan model LC yang terdahulu.  Akhirnya model baru ini selamat dilancarkan lebih kurang dua bulan yang lepas.  Tapi dengan spec yang berlainan dari apa yang dilancarkan untuk pasaran Indonesia.  Rekabentuk jela yang sama dan ianya cukup menghancurkan harapan pengguna kapcai di Malaysia yang mengidam kapcai 5 kelajuan dan brake disc depan belakang.  Untuk spesifikasi penuh, sila rujuk entri sebelum ini.

Tapi dek kerana branding Yamaha yang cukup kuat di Malaysia, ramai je yang membelinya dan kalau kena gaya mungkin akan menjadi lebih popular daripada model LC sedia ada.  Samada betul atau tak hanya masa dan sentimen pengguna yang akan menentukan.

Disebalik keghairahan ribuan peminat Yamaha, ada benda tak best pasal LC 2011.  LC baru ni dikatakan tak berkuasa seperti model yang lepas.  Banyak cut off hingga kelajuan maksima hanya setakat 120 kmj berbanding LC lama yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160 kmj.  Ada jugak yang komen LC baru ni setakat nak melawa je (kalau lawa) boleh la.  Mungkin ada jugak keluhan yang lain.  Tunggu je bila dah ramai pakai nanti.  Sebelum tu, kita usya sket apa kata otai-otai kat bawah:

Untitled

Untitled1

Untitled2klik gamba untuk tumbesaran…

Entah la ye.  Lain orang lain pandangan dan ianya sangat subjektif terutamanya kalau sentuh bab design.  Mungkin lawa pada kita tapi tak pada orang lain.  Mungkin dah sedap pada orang lain tapi tak pada kita.  Kalau ada pengguna LC 2011 yang baca entri boleh la share testimoni pasal motor anda tu kat sini ok.  Kalau ada cara nak atasi masalah ni pun lagi baik.

Kalau saya senang je.  Laju atau tak tu bukan masalah yang besar sebab kat atas highway paling laju pun 110 kmj jugak tanpa mengira jenis motor dan kereta yang kita gunakan.  Mahal dan laju macam mana pun setakat tu jela boleh pegi kat Malaysia ni selagi Autobahn macam kat Jerman tu belum dibina di sini.  Lainlah kalau ada pengecualian betul tak?  Lagi satu betul jugak kata orang biar lambat asal selamat.  Jalanraya sekarang bukan macam dulu.  Sibuk, banyak kereta dan bahaya hingga menjadi tempat menempah maut.  Ingat-ingat la sket orang yang menunggu kita di penghujung destinasi.  So, slow-slow je la ok!

p/s: LC barang panas.  Sila jaga baik-baik.

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com

Latest posts by fitri johari (see all)

277 thoughts on “Yamaha 135 LC 2011 ‘Bermasalah’ ?

  1. max

    Aku ada LC 130 TAPI yang lame mmm ahh okay ini adalah cerita aku tentang dua motor satu motor no 1 aku
    LC 130 YANG KEDUA MOTOR NO DUA BMW S1000RR . Beze nye superbike aku ni top speed 345 kalau kat atas ujian kelajuan kalau kat atas highway pulak 340 beze sikit je itu sebab berat motor lah top speed asal untuk lc 130 . Adalah 140 jadi aku tak puas hati dengan motor lc aku ni kelajuan nye macam tadi jadi aku pergi kat
    Kedai motor yang ada kat KL ni tapi semua nye hangat hangat tahi ayam sebab semua nye mahal gile . ada yang aku tanya
    Nak tukar engine ni kepada engine racing yang top speed macam 220 tapi bila dia cakap pulak takda dah habis la
    Salah lah mahal lah itu lah dia sebab dia pandang motor aku ni kakcai aku dah geram jadi pergi cari kedai motor
    Lagi aku jumpe la satu kedei ni nanpak macam boleh tahan je ramai orang pulak tu aku pun masuk pehhh aku terus terkejuk ape yang aku adalah lc yang dah di ubah suai banyak tu lc ada yang macam rupa superbike macam macam la dan kelajuan pulak cukup hebat ada speed 190 ada speed 210 ada yang sampai top speed 290 macam tak pecaya aku. aku pun ubah lah motor aku kat kedai tu 3 hari aku tungun dah masa nye aku angkat motor aku
    Peh cantik sial motor aku pasai harga tu tak jadi masalah tak lah mahal sangat harga ubah suai lc harga nye RM1889 pelik tak sebab kalau ubah suai mesti mahal kan ini tak sebab aku mintak kurang kita kalau nak ubah suai motor yang kita sayang jangan satu kedai je mesti kena cari dulu kalau dah jumpe dah rasa macam okay ubah la sesuka hati tapi harga ke mintak kurang nanti tak pasai pasai ubah punya ubah harga gile mahal itu ke
    Hati hati sebab kedai motor ni lain jenis brand lain jenis barang dia faham dan lain harga ada murah ada mahal ada yang terlanpau mahal kedai jual motor biasa tapi barang motor dia macam barang superbike
    Jadi aku dah ada dua koleksi motor berlainan asal satu dari barat s1000rr satu lagi dari Asian lc 130
    Jadi dua dua motor ni sangat puas hati laju pulak tu aku pakai lc 130 aku cuba kejar motor supebike kawasaki aku lepas dia jauh ke kebelankang sebab aku ubah gear 4 kepada gear 6 jadi best aku dah tulis banyak sangat ni jadi kawan kawan bile atau dimane pun kita sekali jangan lupe pada nyawa kita dan keluarga walau pun motor tu best untuk di bawak kemane mane keselamatan tu penting okay la kalau mau komen sila kan dari max race S1000RR

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: