Penggunaan telefon pintar semakin menjadi trend pada masa sekarang. Jika dulu evolusi telefon bimbit daripada telefon yang besar gedabak yang melekat atas meja kat rumah tu menjadi fenomena sehingga menjadikan telefon bimbit itu bukan suatu gajet untuk orang kaya sebaliknya menjadi keperluan dan kemestian bagi setiap manusia.
Kini telefon bimbit pulak berevolusi menjadi telefon pintar (lebih senang dipanggil smartfon) dengan gabungan bermacam-macam fungsi di dalamnya yang sebelum ni hanya boleh dilakukan bila ada komputer atau pun netbook.
Tapi macam tak lengkap pulak rasanya bila takde sambungan internet kerana kebanyakan apps yang ada memerlukan internet untuk beroperasi sepenuhnya contohnya macam RSS Feed, laman sosial, sync calendar dan lain-lain.
Bukan takde pelan data yang ditawarkan syarikat telekomunikasi. Tapi kebanyakannya mahal dan di luar kemampuan. Kalau ada pun hanyalah BIS (Blackberry Internet Service) dan terhad untuk pengguna Blackberry sahaja.
Akhirnya terjumpa dengan pelan Mobile Internet Service yang ditawarkan oleh U Mobile. Setakat ni pelan termurah la yang saya jumpa selepas BIS dan sangat sesuai untuk mereka yang nak menggunakan internet pada smartfon masing-masing pada harga mampu milik. Ia adalah pelan prabayar. So senang sikit nak maintain.
Jom kita usya pelan yang ditawarkan:
Apa yang best?
- Internet mudah alih tanpa had
- 100 minit panggilan percuma ke seluruh negara
- 30 SMS percuma
- Pembaharuan pelan secara automatik (tapi kredit kena cukup la eh)
- Takde kontrak dan komitmen sebab prabayar. Nak pakai sila bayar takmo pakai sudah.
- Baki panggilan dan SMS percuma akan dibawa ke bulan hadapan jika tidak habis digunakan (maksimum 100 minit dan 30 sms)
Perbandingan dengan penyedia telekomunikasi yang lain:
Daripada warna je pun mesti korang dah sedia maklum syarikat apa yang terlibatkan. Rasanya dengan penggunaan biasa 500MB yang diperuntukkan adalah lebih daripada cukup dengan syarat jangan layan youtube banyak sangat. Nak tengok youtube pegi balik rumah bukak kat laptop.
Jika penggunaan melebihi had yang ditetapkan, kelajuan internet akan dikurangkan kepada 64kbps dan tiada caj tambahan dikenakan. Tak tau la macam mana rasanya dengan kelajuan macam tu. So sila gunakan bandwidth secara berhemah ok.
Dek kerana pelan inilah saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke U Mobile untuk mencubanya selepas bersama Maxis selama 8 tahun. So Maxis sila buat data plan yang best sket eh lepas ni.hehe
Setakat seminggu penggunaan ni coverage bagus memandangkan saya tinggal di bandar (Skudai dan Shah Alam). Laju je load. Untuk kawasan lain korang boleh cuba check kat sini.
Mungkin ada yang ragu-ragu dengan coverage U Mobile ni memandangkan syarikat tersebut masih baru lagi jika nak dibandingkan dengan yang lain. Tapi U Mobile ada memeterai perjanjian dengan Celcom di mana kita akan ‘domestic roaming’ menggunakan line Celcom sekiranya takde coverage U Mobile di situ. Dengan kata lain InsyaAllah ada line je memanjang memandangkan coverage Celcom adalah yang terluas setakat ni di Malaysia.
Bagaimana nak melanggan?
- 1 – Dial *118#
- 2 – Pilih 3 untuk ‘Mobile Services’
- 3 – Pilih 1 untuk ‘Unlimited Mobile Internet’
- 4 – Pilih 1 untuk ‘Subscribe / Langgan’
Korang jugak boleh sentiasa menyemak baki panggilan dan SMS percuma termasuk data yang dah digunakan dengan langkah berikut:
- 1 – Dial *118#
- 2 – Pilih 3 untuk ‘Mobile Services’
- 3 – Pilih 1 untuk ‘Unlimited Mobile Internet’
- 4 – Pilih 2 untuk ‘Check Usage/ Semak baki’
Untuk pengetahuan saya tak membeli nombor yang baru untuk menggunakan perkhidmatan U Mobile tapi hanya tukar line sahaja daripada Maxis ke U Mobile dengan mengekalkan nombor yang lama. Ia dipanggil MNP ( mobile number portability).
Untuk mengelakkan entri ini lebih panjang, proses penukaran tersebut akan saya kongsikan pada entri yang lain. Selamat mencuba! Happy surfing!


info yang sangat-sangat berguna..tengah berkira2 nak tukar hp lepas tuh ambil pakej dari umobile nih..kebanyakan pakej umobile memang terbaik!!kalah provider2 lain yang ade dalam malaysia nih.hehehe
peysal´s last [entry] ..LG Optimus Vu Specification
dari segi pilihan pakej umobile antara yang bagus..sebab dia buat pakej yang kebanyakannya mampu nak langgan..terutamanya dari segi data plan..
cuma masalah besar mungkin tang coverage. So kena check coverage 3G tu dulu samada ok tak kat area tu.kalau tak agak sia-sia jugak nak langgan..
dari segi pilihan pakej umobile antara yang bagus..sebab dia buat pakej yang kebanyakannya mampu nak langgan..terutamanya dari segi data plan..
cuma masalah besar mungkin tang coverage. So kena check coverage 3G tu dulu samada ok tak kat area tu.kalau tak agak sia-sia jugak nak langgan
fitri´s last [entry] ..Unlimited Mobile Internet: Pelan Alternatif Daripada U Mobile
Hopefully, umobile maintain plan dan harga ni lama skit sebab setengah mobile provider ade mengenakan hidden cas dan kite terpaksa menukar plan dan tambah duit pulak.
mudah-mudahan macam tu la.mana la tau bila pelanggan yang menaruh kepercayaan dah makin ramai dia buat hal pulak kan..huhu
Umobile ni bagus, internet connection laju terutama di kawasan lembah klang, kedua digi. Yang lain – lain tu dah mula lembab dan ada yang caj tak berapa nak munasabah.
Mr Blast´s last [entry] ..The Galaxy SIII
alhamdulillah..setakat ni kat lembah klang dengan johor bahru memuaskan..tapi perlu luaskan lagi coverage untuk 3G di tempat tempat lain..
fitri´s last [entry] ..Unlimited Mobile Internet: Pelan Alternatif Daripada U Mobile
Terbaik juga U mobile ni..
Tapi coverage tak berapa luas lagi.
Agaknya susah nak compete dgn operator lain kot sebab perlu byk kos lain2..
Terbaik juga U-Mobile ni..
Tapi masih kurang dari segi coverage..
Bila laa agaknya nak memperluaskan network mereka..
hmm.entah.tapi nak luas coverage memang mengambil masa.tunggu jela.
fitri´s last [entry] ..Unlimited Mobile Internet: Pelan Alternatif Daripada U Mobile
info yang sangat menarik, boleh la berkira-kira nak try nnt..wat masa ni aku guna celcom skmm, tapi network speed boleh tahan slow..ahaha..terpaksa guna vpn
oh okay..boleh try nanti.hehe..err tapi ni internet untuk handset eh.bukan broadband cucuk kat komputer tu.huhu
satu perkembangan yang baik dari u-mobile, tapi rasanya buat masa ni, masih susah nak compare dengan operator lain untuk kawasan luar bandar.. :)
haah betul..tapi setakat pakai ni ade je line kat luar bandar,,cuma tak stabil..kejap ade tetibe ilang sebab dia tukar2 dengan line celcom
fitri´s last [entry] ..Unlimited Mobile Internet: Pelan Alternatif Daripada U Mobile
Umobile satu lagi alternatif utk pengguna cz maxis n celco ni makin slow plak rasenye service die
mungkin pelanggan dia makin ramai..so servis pulak semakin jatuh..tapi customer service umobile setakat ni nak kata bagus sangat tu tak la
fitri´s last [entry] ..Unlimited Mobile Internet: Pelan Alternatif Daripada U Mobile
Ok jgk pelan Umobile ni… Tp coverage blum smpai dkt kawasan sy…
Boleh juga dipertimbangkan klau dah ada nnt… Thanks..
Cadz´s last [entry] ..Best Windows 7 Optimizer That Can Stabilize and Improve Your Computer Performance
okay je.hehe.tinggal kat area mane eh?
fitrijohari´s last [entry] ..Sebulan Bersama UMobile
masih kecewa dgn umobile. sudah bertahun sy tnggu, msih tiada coverage di kawasan sy (xdala kg sgt, celcom, digi, maxis ok je ada)
kat area manae tu eh?
kat area mana tu eh?
terbaik juga umobile nie tapi perkhidmatan x meluas lglah..nak tips shopping yg menjimatkan duit tak
yup..dari segi harga sangat menarik.cuma masalah sekarang adalah coverage
mcm mne nak switch maxis to u mobile
ade borang yang perlu diisi..saya buat secara online maksudnya saya isi borang, scan borang tadi kemudian email pada agen tu.bayaran pulak saya buat dengan internet banking kepada pihak agen.
kalau nak lebih mudah pegi je mana-mana kiosk u mobile yang berdekatan.diorang pun boleh buat
Pingback: Bajet 2013: Pemberian RM 200 Rebet Smartfon.Wajar ke? | myfitri
Pingback: Liputan U Mobile Dah Makin Luas! | myfitri
salam, nak tanya bro. kalau unlimited mobile internet boleh ke kita guna macam kita guna bis. maksudnya macam boleh bbm, email & lain2.??
terima kasih :)
untuk bbm saya tak pasti.takut nak kena ade bis gak baru boleh guna..sorry tak sure
tapi rasanya boleh je asalkan ade internet
fitri´s last [entry] ..Jom Usya Karnival Karangkraf 2013 Sekarang!
Unlimited apa bro kalau unlimited Takkan kelajuan diturunkan sebanyak 64 kps.baik tak payah pakai itu bukan unlimited namanya.sekurangnya umobile patut naik kan kelajuan sebanyak 290 kps ka lepas habis quoata barula berbaloi munggunakannya
hahaha.maaf.saya tak kerja dengan umobile..saya tulis apa yang die letak dalam web.maksud unlimited tu pada diorang ialah internet masih boleh digunakan walaupun kuota dah habis.maksudnya connection tak akan dipotong..cuma speed je diperlahankan.
rasanya kebanyakan telco akan manage speed bila kuota dah abes.elok la pegi buat complain pada umobile sendiri :)
fitri´s last [entry] ..Jom Usya Karnival Karangkraf 2013 Sekarang!
Sy baru je sbulan guna umi 28. Klajuan tenet 2 laju la jgak kira ok la. Tpi prob nye baki kredit hilang sedang kn sy xbuat apa2 pggilan pn.bila sy topup bln yg sterusnye100 mnit free cal n 30 free msg yg sbelum ni xdguna kn pn xdi bwa ke bln yg sterusnye.knp ek?harap awk dpt jwb soalan ni. ^^)
eh alamak..macam mana boleh jadi macam tu..saya tak pernah dengar pulak kes macam ni..ingatkan maxis je yang selalu macam tu.saya rasa kena call customer service atau datang terus ke kedai umobile..
vpn untuk umobile..tak ada ke..?hehe
sky8men´s last [entry] ..ACE 115 terbaru dari MODENAS,CUN!
vpn rasanya macam takde untuk umobile..tau ade untuk maxis dengan celcom je..tak silap la
hai nk tnye…mane better lnggan umobile prepaid or postpaid ek?msih ragu2 nk plih yg mNE…
erm..pada saya baik amek yang prepaid..sok kalau xnak subscribe internet tu boleh je unsubscribe atau tak payah topap bila internet tu expire.huhu
Salam,
Saya nk tanya kalau saya dah guna 30 sms free (UMI28 prepaid) dan saya masih perlu menghantar sms lagi adakah perlu saya topup Rm28 untuk membolehkan saya menghantar sms seterusnya atau bolehkah saya hanya reload apa2 jumlah pun sebagai contoh RM5 dan harga sms tersebut akan ditolak dari jumlah Rm5 itu? Terima kasih.