Virus atau worm memang benda yang paling dibenci oleh pengguna komputer seluruh dunia. Hacker je yang suka sebab diorang akan gelak besar bila virus yang diorang hantar berjaya melumpuhkan sistem rangkaian atau pun menjahanamkan komputer orang lain sampai terpaksa diformat semula. Walaupun ada virus yang tak berapa bahaya, tapi sekurang-kurangnya berkebolehan meng’slow’kan komputer korang bila dah diternak banyak-banyak dalam komputer tu.
Hari ni dunia digemparkan pula worm baru yang diberi nama Stuxnet dan dikatakan antara worm paling ganas setakat ni. Kalau korang ingat lagi virus lagenda yang disebut sebelum ni macam Nimda, Sasser, ILoveU dan lain-lain, rupanya ada lagi yang lagi ganas. Hacker pun sentiasa up-to-date jugak dengan cara terkini untuk mengeksploitasi kelompangan dalam sistem keselamatan komputer sedia ada tau.
Setakat ini sebanyak 30 000 komputer telah diserang dan majoritinya berpusat di negara Iran. Buat masa ni, Stuxnet menyerang komputer sektor-sektor industri di Iran yang menggunakan software Siemens untuk mengoperasikan mesin-mesin kat kilang dan dikatakan target utamanya ialah loji nuklear di Bushehr. Loji nuklear Bushehr yang baru je siap akan memulakan operasinya dalam masa terdekat. Tapi terpaksa ditangguhkan dek kerana makhluk perosak ni yang mula mengganas di sana. Mungkin lepas ni nak serang komputer peribadi pulak kot. Keadaan dikatakan masih lagi terkawal dan Stuxnet belum mampu lagi nak tembus sistem web kerajaan.
Pihak Iran pulak mendakwa Amerika dan Israel yang menjadi dalangnya untuk mensabotaj loji nuklear tadi dan pakar dari Jerman pun mengakuinya. Betul ke tak tak tahulah tapi ia bukan sesuatu yang mustahil memandangkan dua-dua kuasa besar ni memang berdendam dengan Iran. Nak bom kang orang marah. Jadi hantar malware jela sebagai wakilnya.
Nasihat penaja silalah update selalu ye anti-virus yang ada kat dalam komputer tu. Tak guna instal kalau tak update. Serupa je tak payah instal. Jangan menyesal di kemudian hari nanti kalau tiba-tiba korang punya fail penting hilang dimakan malware ni. Manalah tahu lepas ni kita pulak menjadi sasarannya.
- Yamaha 135 LC 2011 ‘Bermasalah’ ? (210)
- Nantikan Kemunculan Laptop Kacukan P1 Wimax! (10)
- Projek Ramadhan: Jom Pulun Cukup-Cukup! (6)
- Ugutan Untuk Si Pembuang Sampah (13)
- Suggestkan Aku Laptop Yang Mana Satu! (82)

Aku pula tertunggu-tunggu serangan balas saintis Iran terhadap saintis Israel.
Dan serangan hacker Indonesia terhadap Israel.
Perperangan antara genius.
Sophon´s last [entry] ..Cara terbaik untuk bersedekah
pada aku la..iran nikire hebat jugak saintis diorg..buat virus pun agaknye kacang je bg diorg..cuma xnak tunjuk je lg buat masa ni..
fitri´s last [entry] ..teringat masa pmr dulu…
tunggu kita pun nak buat bom nuklear la, nanti stuxnet says hello dekat kita pulak huhu
hahaha…aiyoo..kurun ke berapa ntah kite mempu buat..buat mesingan sendiri pun x lepas lagi..huhu
Virus ni dari internet ke? Or dari pendrive2 kawan2 yang selalu pinjam laptop org lain? Hehe..
Jamal Rafaie´s last [entry] ..MENUJU WAWASAN – UNIQ
ni dari internet..stakat ni xde berita lagi virus ni serang komputer org biase..setakat ni die serang yang kat kilang2 je di iran
herm rasanya tak dapat cara kasar cara halus si israel tu buat serangan
ishak´s last [entry] ..Miyabi Maria Ozawa Meninggal Dunia
diorg akan cuba sedaya upaya..mana bley tgk iran naik..nanti jadi ancaman pulak kat israel..nak serang kang takut dunia mara..so serang gne internet jela..
fitri´s last [entry] ..teringat masa pmr dulu…
Betul tu tuan, saya pun yakin israel yang mencipta perkara-perkara buruk ini sama ada virus atau apa sahaja.
hyprobulksms´s last [entry] ..Penerangan Hukum Muamalat HyProBulkSMS
diorang xkan pernah ilang dendam pd negara islam…rasanya pun mcm tu..mesti diorg yg plan bende bi sebab attack kebanyakannya tertumpu di negara iran…