SAGA FLX: Spec Yang Memang Mengancam!

Saga-FLX-wallpaper-Copy

Jika korang rasa ini adalah entri bercorak advertorial, sila fikir semula.  Hehe..

Ini takde kena mengena dengan advertorial Proton dan macam biasa hanyalah entri peribadi mengisi ruang blog yang jarang berupdate setiap hari.   Takde masa la Proton nak pegi carik blog ni suruh buat advertorial.  Ramai lagi yang feymes amos dan trafik lebat kat luar sana.  Masa tengah usya blog automotif pilihan iaitu Paultan.org terjumpa dengan  satu artikel mengenai pelancaran Proton Saga varian baru yang dikenali sebagai Saga FLX.

Rasanya Saga FL pun macam baru je lagi dalam pasaran tapi Proton melakukan kejutan sekali lagi dengan terlahirnya model Saga FLX.  Mula-mula rasa biasa je sebab model ini mempunyai facelift yang sama dengan Saga FL.  Tapi bila diusya feature yang ada rupanya ada sesuatu yang menarik untuk model keluaran kali ini.

saga-flx-6

Saga FLX telah dilengkapi dengan sistem brek ABS, EBD dan juga transmisi CVT!  Komfem cair punyalah bila ramai konsumer tahu nanti.  Tapi sebelum tu biar saya terangkan seringkas mungkin pasal ketiga-tiga teknologi tadi.

ABS (Anti-lock Braking System)

Teknologi ABS akan memastikan tayar kereta korang tak akan terkunci bila membrek (terutamanya masa brek mengejut).  Sebab bila tayar terkunci komfem tayar akan terseret atas permukaan jalan dan akan menyebabkan kurang cengkaman.  Stopping distance pun akan bertambah.  So sensor ABS akan detect dan kawal kekuatan brek supaya tayar tak terus terkunci.  Hasilnya, korang akan dapat cengkaman yang lebih baik, kereta lebih stabil masa membrek dan stopping distance lebih pendek.

EBD (Electronic Brake Force Distribution)

Sistem ni pulak akan membahagikan kekuatan brek antara keempat-empat tayar dengan bijaknya bergantung kepada berat bebanan yang ditanggung oleh setiap tayar.  Mungkin 40% kekuatan brek belakang 60% brek depan, 50-50 atau lain-lain konfigurasi mengikut kesukaan sistem tadi.  Dia dah kirakan  untuk kita dah.  Tekan jela brek tu ikut suka..hehe

CVT (Continous Variable Transmission)

Sistem transmisi dia lebih kurang macam gear Auto jugak tapi yang uniknya dia tak pakai gear.  Sistem ni lebih kepada penggunaan takal (pulley) dan belting (macam kat motor skuter tu).  Kalau tak faham boleh usya kat bawah ni.  Panjang lebar dia dah terangkan.  Kat Howstuffworks pun ada.

 

Yang best pasal CVT ni ialah dia lebih menjimatkan minyak (Proton kata jimat 4% kat jalan bandar dan 10% kat highway) berbanding sistem gear biasa.  Speed pun maintain je walaupun tengah tukar kelajuan.  Drop RPM adalah minimum.

Ketiga-tiga ciri tadi takdela baru sangat.  Dah lama dah ada pada jenama kereta import (terutamanya Nissan yang suka pakai CVT).  Cuma macam tak sangka pulak bila Proton letakkan tiga benda best ni pada kereta entry level diorang iaitu model Saga.  Biasanya kalau model entry level ni benda basic je yang ada tanpa diletakkan sekali dengan feature-feature gempak tadi (sebab kereta macam ni biasanya berharga murah).  Mungkin ia akan menjadi kelengkapan standard untuk semua kereta Proton di masa depan.

Harga boleh dikategorikan sebagai murah la untuk kereta sedan + CVT.  RM 41 000++ untuk varian standard dan RM 44 900++ untuk varian Executive .  Myvi pun lagi mahal.  So, apa lagi.  Kepada pencari kereta baru berbajet rendah mungkin kereta ni sesuai untuk korang.  Sambar cepat supaya korang boleh dapat kereta ni sebelum raya ok!

EpicSAGA untuk maklumat lanjut.

p/s:  Syabas Proton.  Semakin maju ke depan.  Saga FLX vs Perodua Myvi sape la yang lagi hot di mata pengguna eh?

, , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

7 thoughts on “SAGA FLX: Spec Yang Memang Mengancam!

  1. Saga FLX ni dapat lifetime warranty utk power window… nampaknya issue yg jadi bahan musuh2 Proton telah dpt ditangani dengan baik oleh management baru ni.

  2. den dah pakai saga flx (A) near to 1 month, yang peliknya, punyalah power iklan sana sini tentang CVT, tapi tersengguk-sengguk jugak…syukurlah dengan kereta tempatan (^^,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: