Pergh memang mengancam seyh! Reaksi pertama saya bila melihat gambar Proton Inspira di web automotif popular Malaysia Paultan.org. ‘Soft launching’ model terbaru keluaran Proton ini baru sahaja diadakan dua hari yang lalu di Shah Alam. Menarik juga gimik soft launch nya. Inspira diletakkan di dalam lori serta disebalik kotak kaca dengan hanya mendedahkan sebahagian sahaja bahagian depannya untuk tatapan pengguna. Agaknya nak bawak pusing satu negara kot untuk promosi. Satu kaedah pemasaran yang unik dan tak pernah lagi jumpa orang buat macam tu.
3 varian Inspira yang dikeluarkan untuk dipilih oleh bakal pembeli (enjin kapasiti 1.8L dan 2.0L) serta didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu hitam, merah, silver dan putih. Tempahan telah dibuka dengan rasminya selepas ‘soft launch’ tersebut dengan bayaran sebanyak RM 1000. Menariknya, tempahan yang dibuat sebelum 15 November 2010 layak untuk mendapat pakej servis percuma selama dua tahun (atau 50 000 km) bernilai RM 1658. Tempahan batch pertama dijangka akan menemui pemiliknya pada bulan Disember ini. Harga sebenar kereta ini masih belum diumumkan tetapi price range antara RM 79 888 hingga RM 95 000. Murah jugak la daripada nak beli original Lancer yang regenya lebih RM 100k.
Nampak macam mahal tapi sangat berbaloi untuk enjin yang mempunyai cc yang besar. Untuk spec penuh Proton Inspira sila rujuk kat sini.
Apa beza Lancer dengan Inspira?
Secara kasar rupa asasnya masih lagi sama dengan Lancer tapi dibuat sedikit pengubahsuian pada front grill serta bumper depannya oleh jurutera Proton. Nampak lagi elegan daripada front grill Lancer. Dari segi gearbox, kalau amik spec yang paling rendah, gearbox manual yang ditawarkan oleh proton. Kalau nak merasa pedal shift (tukar gear kat tangan) macam yang digunakan oleh kereta Formula 1 berserta teknologi CVT, silalah amik yang paling mahal. Barang baik mestilah mahal ye tak?hehe..
Enjin 1.8L dan 2.0L yang dibekalkan oleh Mitsubishi adalah sama seperti yang digunakan oleh Lancer dan pihak Mitsubisihi tidak membenarkan jurutera proton untuk usik enjin dan ECU nya. So, kira guna jela apa yang dah diberi. Tapi berdasarkan review yang saya baca, Inspira punya handling lagi best dan lagi selesa daripada Lancer sebab dipengaruhi oleh setting sistem suspensi dan penggunaan tayar yang berbeza daripada Lancer.
Rebadge Mitsubishi….kita bergerak ke belakang?
Ketika Proton bercadang mengeluarkan model ini, saya agak pesimis dengan tindakan Proton. Sebab sebagai pengeluar kereta yang semakin matang usianya, tindakan rebadge kereta sedia (dalam kes ni daripada Lancer ke Inspira) ada seperti ketika awal kemunculan Proton adalah tidak wajar dan dilihat seperti kita tak mampu nak buat sendiri kereta kita sepenuhnya. Macam melangkah ke belakang. Dah boleh buat enjin Campro dan CPS sendiri pun nak buat rebadge lagi ke macam Naza (yang rebadge kereta Kia dan Peugeot)?
Tapi lepas membaca preview Inspira, baru saya tahu langkah yang diambil oleh Proton memang ada asasnya terutamanya daripada aspek bisnes. Korang boleh baca sepenuhnya pada link yang saya bagi tadi untuk maklumat yang lebih detail dan yang pasti alasan yang diberi memang tak masuk dalam TV! Tapi secara umumnya Proton tak nak rugi lagi seperti yang berlaku pada model-model sebelum ini (Savvy mungkin salah satu daripadanya). Dah berjuta duit dilaburkan untuk R&D tapi balik modal pun belum lagi. Sebab permintaan pengguna yang sangat rendah. Setahu saya model yang balik modal dan siap dapat untung ialah Proton Wira.
Jadi duit yang dijimatkan nanti akan digunakan untuk membangunkan model baru Saga dan Persona. Tak lama lagi dua model ni nak expired dah. Jadi kena keluarkan model baru untuk kekal kompetitif. Untuk pengetahuan semua Proton Perdana sudah pun dihentikan pengeluarannya pada Mac 2010 yang lalu. Tunggu jela model baru nak kuar lagi tahun depan.
Bagi kes Inspira ni, walaupun ianya nampak seperti rebadged, tapi sebenarnya banyak benda yang telah disetting semula oleh jurutera Proton (seperti yang dah ditulis kat atas tadi) supaya menjadi lebih baik daripada Lancer. Jadi lebih layak dipanggil ‘re engineered Lancer’ daripada ‘rebadged Lancer’.
Apa pun, semoga syarikat automotif kebanggaan negara ini akan terus maju dan mampu untuk menyaingi syarikat pembuatan kereta yang lain serta akan mendapat sanjungan semua pengguna dan juga Top Gear suatu hari nanti. Asyik kena kutuk je mane boleh tahan. hehehe…
Ada sape-sape dah booking?


aku tengok memang mengacam..sebijik lancer je..dengar cerita harga dia pun mengancam jugak..hehe
aizuddin´s last [entry] ..1tradezonemy – Tempat Pengiklanan Terbaru Malaysia
haha..mmg sebijik…tapi tak amek bulat2…tuka design sikit dengan setting pun lain sikit…tp mura lagi la dari lancer…harga boley tahan..tp mase pelancaran bln 11 sok baru tau bape rege btol die…
fitri´s last [entry] ..Proton Inspira Memang Mengancam!
Salam bro,
Betul ke lagi baik dari lancer?
Akan datang lancer mungkin digantikan oleh jenama proton dalam sukan pemotoran.
hyprobulksms´s last [entry] ..Mendapatkan program affiliate dengan komisyen yang tinggi
kalau diikutkan daripada review org yg test tu mcm tu la…ade sedikit penambahbaikan dibuat…nmpak mcm bende kecik2 je..tapi bagi impak yang besar pada kereta tu…so kete ni bukan fully rebadged tapi reengineered
fitrijohari´s last [entry] ..Proton Inspira Memang Mengancam!
satu perkara aku menyampah dengan proton bile bab safety lah..kalau nak lebih safety harga lebih mahal..aduhai..aku harap lancer ni kalau sape betul2 nak amik..angkatlah yg full spec punya terus baru best nak pakai..tp hutangpun best nak nak bayar :)
catzer´s last [entry] ..Oh Hujung Tahun
haha..aku rase sbb pe kerajaan x wajibkan kete ade airbag sebab proton pun xde..hehe\
tp xslp aku utk inspira ni ade utk sume model..kan mitsubishi nye..so die ade bubuh al kot..
kalo aku lg bgs angkat full spek..mahal sket..tp lg berbaloi long term…
fitri´s last [entry] ..Proton Inspira Memang Mengancam!
siape kate proton takde airbag
utk yg inspira ni sume ade..tp model2 terdahulu air bag x menjadi komponen standard yg wajib ada pd proton..model premium ade..cme kalo ade pn airbag utk driver shj…
fitri´s last [entry] ..Mati Sudah Paul Si Sotong Kurita
biasalah Proton.. sapa tak kenal kan hehe…
Syafrizal´s last [entry] ..Pengambilan gula berlebihan membawa penyakit kronik
sangat terkenal dengan masalah power window yg cpt rosak..hehehe
fitri´s last [entry] ..Proton Inspira Memang Mengancam!
belum masuk bila time servis kena tipu ngan tempat servis… suruh ganti tu la ini la.. pada hal nak tukar minyak je.. teruk gila.. makan duit haram je
Syafrizal´s last [entry] ..Pengambilan gula berlebihan membawa penyakit kronik
jadi penumpang jela… huhu.. lesen pun takdak lagi…haha
zik´s last [entry] ..Silap target lah pulak!
hahaha..ok la tu..rasa mcm org besar..ddk blkg..hehe :D
Saya berharap Proton akan buat versi rectangle hitam bahagian depan yang nampak elegan
masing-masing ada pendapat sendiri mengenai designnya..mungkin designer proton tak terfikir design yg mcm kita fikir..hehe..apa pun harap2 proton akan improve lg design utk keluaran akan dtg..
fitrijohari´s last [entry] ..Merapi Berapi Mentawai Tsunami
mmg cantek.. mengancam semua… tapi satu adalah harga yang agak rare.. campore dengan kerete2 import yang lain.. kereta proton kita adalah produk dari kita.,.. so mengapa harganya lebih kurang dengan import? lancer mitsubishi around 120k++.. itu termasuk tax.. dan kita pon dah tau tax dia sangat lah tinggi 200%.. so byg kan kalau tiada tax.??? ntahh lerrrr…
kalo xde tax mmg harga mcm jual kat langkawi la..tol jugak tu..sy pun xpasti..ada saya pernah baca harga kereta proton di arab saudi lagi murah daripada malaysia..mcm mana tu?
fitri´s last [entry] ..INFO Tarikh Lihat Anak Bulan Eid Adha
1. Harga kereta kat langkawi masih ada tax. Mana blih tak dak tax langsung.
2. Harga Vios (low spec) without tax is just ~ RM23,000.
3. Cuba survey harga kereta Jepun di Thailand dan Indonesia. Tak yah dok tengok harga di negara maju. Bandingkan dgn harga di Msia.
3. Elok tutup je la proton + perodua + seangkatan.
macam mana la tax boley melambung tinggi macam tu..kereta nasional sendiri pun mahal…pelik2
fitri´s last [entry] ..Bagaimana Nak Jimatkan Ruang Sidebar Blog Anda
Saya setuju dgn awak…
Proton and Produa Highest price…
X yah la nk bli kete import yg mahal gedebak sgt 2…proton pn ckup ape..leh mod evo x snang2 jer…click to riview: http://qifaxerox.blogspot.com/2011/12/proton-inspira-modification.html
Untungla sapa yang dapat first keluaran tu, dahla sebijik.. local pulak tu :). tumpang lalu tuan fitri. :)
zaki´s last [entry] ..Why You Should Never Remove The Cover Of A Computer Hard Drive