Obsesi Pembedahan Plastik Orang Korea

Share if you love this!

Kat sini mungkin ramai yang suka tengok drama korea.   Minat dengan artis Korea atau pun terpegun sampai tahap jatuh hati melihat ketampanan mahupun kecantikan mereka.  Kalau peminat daripada Korea jangan kate la.  Boleh jadi histeria kalau nampak artis diorang ni depan mata.  Mengalahkan fan artis hollywood!

Saya tak minat dengan apa juga benda berkaitan dengan industri hiburan diorang.  Kalau pasal bidang engineering dengan automotif die tu minat jugak la.  Kereta buatan Korea mantap kot sekarang.  So tak kenal sangat artis-artis sana.  Tapi ada satu fakta yang saya belajar hari ni iaitu obsesi orang Korea terhadap kecantikan.  Obsesi yang hampir serupa yang mereka tunjukkan terhadap artis.

Rupa-rupanya majoriti rakyat Korea terutamanya perempuan (of course) sangat obses dengan kecantikan sampai terbawak-bawak dalam semua aktiviti kehidupan diorang samada nak interview kerja, nak kahwin, nak jadi perhatian orang lain, nak cari makan dan macam-macam lagi.  Diorang menganggap cantik paras rupa la benda paling penting untuk berjaya dalam hidup sampaikan pembedahan plastik menjadi satu kemestian di sana.

So dalam entri ni nak share sedikit fakta yang saya dapat berkaitan obsesi orang Korea terhadap kecantikan.

1.  Hampir 30% pendapatan individu dibelanjakan semata-mata untuk nampak cantik.  Nak tak nak kena kahwin dengan orang kaya untuk tampung kos maintenance yang tinggi.

2.   50% wanita Korea dalam usia 20-an dah menjalani pembedahan kosmetik.

3.  70% lelaki Korea rasa diorang pun patut buat pembedahan plastik.

4.  Sangat sensitif bila orang mengata pasal rupa paras diorang.  Kalau ada sape-sape cakap “ko tak cantik”, diorang sanggup carik jalan untuk jadi cantik.  Tak kisahla dengan pembedahan ke ape ke.  Sebab tu pembedahan plastik jadi feymes di Korea.

5.  Pembedahan alis mata adalah prosedur pembedahan paling common kat sana (diorang rasa bengang sebab mata diorang sepet) dan dilakukan seawal umur 14 tahun.  Siap jadi hadiah hari lahir atau pun hadiah tanda tamat zaman persekolahan lagi oleh sesetangah parent.  Itu kira pembedahan plastik pertama la yang diorang akan buat sebelum beralih kepada pembedahan payudara, hidung, dagu, liposuction dan lain-lain.

6.  Sanggup pakai skirt pendek kat luar semata-mata nak jadi perhatian walaupun suhu sekitar kadang-kadang mencecah sub-zero!  Kat Cameron tak pakai sweater pun rasa macam nak beku dah.

7.  Klinik kosmetik jadi sesak terutamanya masa cuti sekolah sebab remaja kat sana berpusu-pusu nak buat pembedahan kosmetik.  Yang bestnya, budak-budak tu pun expert dalam bab-bab ni siap boleh cakap dengan doktor tu lagi prosedur pembedahan macam mana yang diorang nak dengan menggunakan bahasa medikal yang saintifik.

8.  Mak ayah pentingkan anak-anak diorang buat pembedahan plastik sama seperti pentingnya diorang hantar anak-anak untuk belajar kat sekolah.  Untuk mereka kecantikan adalah tiket untuk berjaya.  Mak ayah pun sama naik macam anak masing-masing.  Sebab tu pembedahan plastik jadi hadiah tamat belajar atau pun hadiah hari jadi.

9.  Majoriti yang menjalani pembedahan adalah wanita berusia 20-an.

10.  Dah kurus kering (BMI berada di daerah kurang berat badan) pun masih anggap diri tu gemuk dan nak buat liposuction kat bahagian peha sebab dia rasa peha tu masih lagi besar.

Tapi…

Bila tak bersyukur dengan ciptaan tuhan, cantik tak dapat tapi muka kerepot yang diorang dapat.

surgery

korea_plastic_surgery_3

Nak lawan lagi ciptaan Allah? silakan…

p/s:  Wahai jejaka Malaysia yang berhajat beristerikan orang Korea, sila fikir sekali lagi..

Sumber: BBC News, WeirdAsiaNews dan cerita kawan-kawan yang pernah ke sana.

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com

Latest posts by fitri johari (see all)

17 thoughts on “Obsesi Pembedahan Plastik Orang Korea

      1. sarafina

        Yeah..stuju sangat2 sbb tu kalau nak minat,adalah lebih baik ambil org ngara kita sndri..Tak ada banyak sgt masalahkn. Kalau nak minat pun, cukuplah sekadar tertarik dgn jln cerita dan bakat lakonan diorg. Jangan jd fanatic sgt smpai sgalanya nak ditiru. then,our own beauty jugak yg hilang :)

        Reply
  1. AisyahAsyikin

    :) OOOO, JADI ORNG “KOREA NING X LAH CANTIK SNGT…KALU MCM TUU GADIS MELAYU “MALAYSIA” LAH YG CNTIK DAN AYUUU 2 SEMUA NYA~~~~..

    Reply
  2. lisa

    Gambar yang kedua tu bukannya orang korea tapi orang jepun right? dan ada awak tengok gambar selepas dia buat pembedahan? pembedahan tu berjalan dengan lancar dan dia nampak sangat cantik. Janganlah kutuk terus macam tu. Lagi pulak, memang orang korea sangat pentingkan kesempurnaan. Even diorang punya peratus pelajar2 yang bunuh diri sebab terlalu tertekan sangat tinggi berbanding Malaysia. Saya pernah tengok sendiri macam mana desperate -nye diorang belajar semata-mata sebab diorang nak kene bersaing dengan satu sama lain.

    Reply
  3. fitrijohari Post author

    saya dah check semula daripada sumber yang saya..dapat gambar kedua tu dia adalah orang korea tapi buat pembedahan plastik kat jepun.saya tak pasti samada mukanya berjaya dipulihkan pada rupa asal atau pun tak..kalau awak ada link boleh share kat sini :)

    pada saya terdesak macam mana pun tak membolehkan kita melakukan sesuatu yang salah di sisi agama dan berisiko tinggi untuk memudaratkan diri sendiri..saya perasan orang sana terlalu obses dengan kecantikan dan memang menggambarkan orang sana lebih pentingkan kecantikan rupa daripada kebolehan yang diorang ada.sedangkan kecantikan tu bukan benda yang tahan sampai ke akhir hayat mereka..dan ini kritikan peribadi saya terhadap orang sana walaupun dalam aspek lain diorang lebih baik daripada kita.

    tujuan asal tulisan ni supaya menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia terutamanya yang beragama islam supaya tak tiru untuk buat benda-benda macam ni pada diri sendiri.jangan mencabar hukum tuhan sebab kesannya nanti sangat buruk..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: