Nama Isteri-Isteri Rasulullah SAW

Share if you love this!

Nabi Muhammad SAW adalah junjungan besar kita dan kita adalah umat kepada rasul yang terakhir ini yang juga pemberi syafaat kepada kita semua di hari Akhirat nanti. Tapi sejauh mana kita mengenali personaliti yang menduduki ranking pertama dalam 100 orang berpengaruh di dunia sepanjang zaman ini? Jadi hari ini saya kongsikan dengan anda semua mengenai para isteri Rasulullah dan sedikit latar belakang mereka yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan sepanjang hayat baginda. Ada 12 orang kesemuanya.

1) Khadijah Binti Khuwailid

Seorang saudagar kaya yang berkahwin dengan Rasulullah ketika berumur 40 tahun. Merupakan isteri pertama baginda.

2) Sawdah Binti Zam’ah

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal tahun ke-10 kenabian.

3) Sawdah

Adalah isteri sepupu sebelah bapanya yang bernama al-sakran bin amru. Sawdah bercerai mati dengan suaminya.

4) Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq r.a

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syawal pada tahun ke-11 kenabian setahun selepas perkahwinan Rasulullah dengan Sawdah

5) Hafsah Binti Umar Al-Khattab r.a

Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-3 Hijrah. Menjadi janda selepas kematian suaminya Khunays Bin Hudhafah antara Perang Badar dan Uhud.

6) Zainab Binti Khuzaymah

Berkahwin dengan Rasulullah pada tahun ke-4 Hijrah. Bekas isteri Abdullah Bin Jahsy yang gugur syahid dalam Perang Uhud. Digelar Ummu al-Masakin (ibu orang miskin) sebab sifat pemurah dan penyanyangnya kepada yang miskin. Namun meninggal dunia dua atau tiga bulan selepas berkahwin dengan Rasulullah.

7) Ummu Salamah Hindun Binti Abu Umayyah

Berkahwin dengan Rasulullah pada Syawal 4-Hijrah. Balu kepada Abu Salamah.

8 ) Zainab Binti Jahsy Bin Riyab

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah 5-Hijrah. Anak mak saudara sebelah bapa.

9) Juwayriyyah Binti al-Harith

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Syaaban 6 Hijrah.

10) Ummu Habibah Ramlah Binti Abu Sufiyan

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Muharam tahun ke-7 Hijrah. Bekas isteri kepada Ubaydullah Bin Jahsy yang bercerai dengan suaminya atas sebab suaminya telah murtad dan memeluk agama Nasrani.

11) Safiyyah Binti Huyai Bin Akhtab

Merupakan tawanan perang Khaybar. Rasulullah memerdekakannya serta mengahwininya setelah berjaya menakluk Khaybar.

12) Maymunah Binti al-Harith

Berkahwin dengan Rasulullah pada bulan Zulkaedah tahun ke-7 Hijrah. Saudara perempuan Ummu al-Fadl Lubabah Binti al-Harith.

Sedikit fakta:

Sembilan orang masih hidup selepas kewafatan baginda. Dua orang pula meninggal dunia ketika baginda masih hidup.

Tidak mengingati nama para isteri Nabi bukanlah satu kesalahan dan jika kita mengetahuinya pun sudah memadai. Mungkin kita mengaku cintakan Nabi tapi banyak lagi sebenarnya yang kita tak tahu (barangkali lupa) akan sirahnya. Saya juga seperti anda juga sebenarnya yang lebih banyak tak tahu daripada yang tahu. Takpelah, kita hanya manusia biasa yang memang banyak kelemahan tapi meh sama-sama kita perbaiki pengetahuan kita mengenai Islam dan Sirah nabi-nabi kita dari semasa ke semasa.

*Adaptasi daripada majalah Solusi yang merujuk kepada kitab Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, bab rumah tangga Nabi SAW.

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com

Latest posts by fitri johari (see all)

21 thoughts on “Nama Isteri-Isteri Rasulullah SAW

    1. fitri

      kalau kite tgk hanya 2 org je yang memang wanita bujang..yang lain 2 semuanya janda dan balu kepada suami yg merupakan pejuang Islam yg syahid..

      nabi nikah pun atas sebab nak menolong..tmbh2 pulak nabi rasul kan..memang mcm bulan jatuh ke riba la bila nabi meminang…

      apa pun kenyataan tadi tu memang boleh dipertikaikan semula..
      fitri´s last [entry] ..Nama Isteri-Isteri Rasulullah SAW

      Reply
  1. Rahsia Buah Pinggang Sihat

    Ini juga diantara hujuah-hujah yang digunakan oleh musuh-musuh Islam terutamanya golongan anti hadis untuk mereka menolak hadis.

    Kata mereka mengapa hendak ikut Nabi sedangkan Nabi kahwin lebih dari empat sedangkan al-Quran mengatakan kahwin hanya empat sahaja yang dibenarkan.

    Sebenranya ini adalah kelebihan yang diberikan khusus kepada Nabi sahaja dan ianya ada sebab untuk menegakkan Islam.
    Rahsia Buah Pinggang Sihat´s last [entry] ..Air kencing anda berdarahWajib baca ini!

    Reply
    1. fitri

      hahaha…kan nabi dah kata 2 benda yg ditinggalkan utk kita dan jika kira berpegang padanya nescaya selamat dunia akhirat iaitu alquran dan hadith..suke2 je nak tolak hadis…

      ye kelebihan pd nabi..kite xdapat sebab 4 tu pun belum tentu mampu serba serbi
      fitri´s last [entry] ..Nama Isteri-Isteri Rasulullah SAW

      Reply
      1. lazaac

        takpe bro… asalkan nama tu ada maksud yang baik2 belaka…

        lazaac tgk zaman skrg ni ramai org yg guna @ bagi nama anak yg pelik2… yg takde maksud pun ada… terpengaruh dengan nama2 org bukan Muslim…

        nama yang baik jika diulang-ulang kembali akan menjadi doa empunya badan.. :) lazaac´s last [entry] ..Fast Update 2

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: