Hari ni sibuk menyiapkan assignment yang ditinggalkan sekian lama kerana cuti raya. Lepak kejap baca berita online. Tengah sedap meng Google, terbaca twitter beautifulnara yang mengatakan pelakon drama veteran terkenal, M. Rajoli telah meninggal dunia. Sehingga posting ini ditulis, tak dapat dipastikan kesahihan twitter tersebut kerana belum ada kenyataan rasmi yang keluar di akhbar untuk dijadikan rujukan.
Sebelumnya, MStar melaporkan pelakon veteran ini dimasukkan ke Hospital Ampang Indah pada hari Khamis selepas ahli keluarganya mendapati keadaannya semakin uzur. Tak mampu membuka mata dan juga bergerak. Beliau dalam keadaan nazak dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke hospital tersebut kerana tidak boleh bernafas secara normal lagi.
Seluruh ahli keluarga beliau pun sudah berkumpul dan menjaganya di hospital dan bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Tiga tahun lepas, M. Rajoli menghidapi kanser kalenjar otak atau lymphoma dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.
Banyak drama dan filem yang dilakonkan oleh pelakon veteran ini. Tak ingat apa tajuknya. Daripada watak sebagai seorang yang rugged penampilannya hinggalah kepada watak seorang ustaz. Setiap watak yang dipegang pula sarat dengan mesej yang tersendiri. Cuma kita perasan atau hanya sekadar menonton sahaja.
Jika benar apa yang di’tweet’kan, al-fatihah dan takziah saya ucapkan untuk kepada keluarga Allahyarham M. Rajoli. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini dan meredhai pemergian beliau. Jika sudah tiba saat ajal bertamu, takkan dapat ditangguhkan atau dicepatkan walau sedetik.
Untuk yang masih hidup, kehidupan perlu diteruskan dan harus sentiasa mencari bekalan sebelum ajal menjemput kita pula nanti.
Moga rohnya dicucuri rahmat…al-fatihah
- Adun galas meninggal dunia..maknanya… (8)
- Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Amalan Syiah? (9)
- UNICnya Ramadhan 3 Gempak! (5)
- Hack Website Kerajaan: Fikir Sebelum Sokong (10)
- Yamaha 135 LC 2011 ‘Bermasalah’ ? (210)

al fatihah utk arwah…pada dia kt dtg kpda dia kt kembali…ngah wat asgnmnt ak td br hbs beraye..pnat lorh thun nie beraya sakan…rse tkot plak nk naik cti nie..asgmnt oh asgnmnt!!!
moga kita pun amek iktibar…haah…baru nak buat..bwk blk uma buat sket je..dugaan banyak…
tu la..aku tgk meriah je gambar korg beraye..jeles aku xdapat g ngan dak2 ni…ble blk puncak?
cuti ni kompem bz..test berlambak…
fitri´s last [entry] ..M Rajoli meninggal dunia
tue la ajal bila2 bole smpai….dh lme die sakit..ak blk sok pg dlm kol 7 stgh..tumpng mmber..die nk tolak awl tkot jam..tue la xsngke ramai nk join..trserempak ngan dak2 laki kat umh cikgu latifah..diorg lg ramai kot…tau xpe..pe2 pn good luck la utk test ko..
oo..lmbt gak tu…xpela bertolak awal x jem sgt kot..kalo sok ptg komfem jem gile…xde rezeki nak jumpe..aku pn xde kat joho…dr putrajaya, kamis ari2 dak blk SA…
insyaAllah..same goes to u ^^
fitri´s last [entry] ..M Rajoli meninggal dunia
al-fatihah..semoga keuarganya diberi kekuatan dan redha di atas pemergian beliau..insyALLAH, semua kesengsaraan beliau dah berakhir..
adlina naim´s last [entry] ..MRajoli Meninggal – al-Fatihah
kalo dilihat dari sudut yg lain, itulah yg terbaik utk arwah..sakit selama tiga tahun yg ditanggung hanya Allah yg tahu…Allah dah tak nak bagi dia rasa sakit lagi…
fitri´s last [entry] ..M Rajoli meninggal dunia