Selamat hari Khamis!
Alhamdulillah syukurnya masih hidup lagi hari ini meneruskan kehidupan yang sibuk tak berhenti. Tak sabar nak tunggu hujung minggu. Boleh lepak-lepak sikit sambil siapkan assignment yang menimbun tu sekali.
Ok, seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ni pasal laptop Asus, saya akan cerita pulak kenapa jenama Asus menjadi pilihan berbanding jenama lain untuk menggantikan HP Compaq V3000 yang dah kong tu. Pilihan yang saya buat ni mungkin agak berbeza dengan majoriti pengguna terutamanya pelajar yang kebanyakannya memilih jenama Acer dan Compaq.
Saya buat dalam bentuk point dengan sedikit huraian berdasarkan ‘ simple research’ yang saya buat dalam tempoh dua minggu pencarian. Jom kita usya kat skang!
1. Pengeluar motherboard terbesar dan no 1 di dunia
Satu daripada tiga desktop adalah dikuasakan oleh motherboard Asus dengan penguasaan pasaran motherboard dunia sebanyak 40 peratus. Asus juga diiktiraf sebagai pengeluar motherboard terbaik selama enam tahun berturut-turut dan ramai gamers yang pakai jenama ni kat desktop masing-masing. Motherboard memang benda yang sangat penting sebab kos pembaikannya adalah tinggi jika mengalami sebarang kerosakan (kebiasaannya kena tukar baru terus). Jadi, memang kena cari motherboard yang reliable la sebab laptop sebelum ni kong pun adalah berpunca daripada kerosakan motherboard. Malas den nak pegi service center selalu walaupun dekat gile dengan rumah.
Dari segi ranking pengeluar, Asus menduduki tempat ketiga selepas Acer dan HP. Ranking ni berdasarkan bilangan unit yang dieksport ke negara-negara yang menjadi pasaran mereka pada suku ke-3 2010.
2. 2 Years Global Warranty (default)
Warranty memang benda yang sangat penting sebab benda yang korang beli tu bukannya murah kan? Tambah pulak laptop sekarang tak semuanya tahan bertahun-tahun macam laptop zaman dulu. So, warranty la yang boleh menyelamatkan duit korang.
Semua laptop Asus didatangkan sekali dengan 2 tahun jaminan (kecuali netbook) jika berlaku kerosakan dan korang boleh claim warranty kat mana-mana service center Asus di seluruh dunia. Sesuai sangatlah untuk yang selalu travel.
Kebanyakan pengeluar laptop lain hanya letak setahun jaminan sahaja. Kalau nak extend korang kena bayar sket (lebih kurang RM100- RM200, bergantung pada model) dan tak semua model yang boleh dilanjutkan tempoh jaminannya. Bila dah dapat 2 tahun tak payah nak pening-pening kepala dah. Malangnya laptop suka rosak lepas tamat tempoh jaminan. Macam tau-tau je diorang ni.
Lagi satu service centernye dekat dengan rumah (Skudai Parade, Johor Bahru). Kalau dia buat hal tak payah nak pergi jauh-jauh.
3. Telah Teruji Dalam Keadaan Ekstrem
Laptop Asus pernah dibawa dan digunakan di kawasan ekstrem antaranya Gunung Everest, 600 hari beroperasi tanpa gagal dalam misi di angkasa lepas, off-road car race, digunakan dalam helikopter unit penyelamat dan macam-macam lagi.
Takdela pulak nak angkut benda alah ni ke tempat-tempat macam tu. Tapi contoh kat atas tadi menunjukkan yang laptop Asus telah teruji dengan persekitaran ekstrem dan bukan sesuatu yang mustahil untuk teknologi yang sama digunapakai dalam pengeluaran model laptopnya untuk kegunaan orang biasa macam saya.
Laptop Asus juga telah menjalani beberapa ujian ketahanan antaranya vibration test, hinge test, shock test, pressure test, drop test dan twist test. Mungkin ada yang tak faham dan korang boleh tengok kat sini untuk pencerahan.
Tapi kalau korang pegi hempas laptop tu memang komfem rosak punya. Hahaha… Jadi sila jaga dengan baik!
4. Kebarangkalian Untuk Cepat Rosak Adalah Rendah
Graf kat atas tu dikeluarkan oleh Rescuecom (untuk tahun 2010 tak silap) iaitu syarikat membaiki komputer terkenal kat US. Dalam unjuran 3 tahun, laptop Asus 40 peratus lebih reliable daripada HP dan encik Acer. Kalau tengok jenama HP, satu daripada empat laptop keluarannya mungkin akan buat hal. Sekarang mungkin dah improve kot sebab logiknya tak kan diorang goyang kaki je bila tengok graf ni betul tak?
Data untuk graf tu diorang dapat berdasarkan daripada bilangan call pasal kerosakan yang dibuat oleh pelanggan kepada mereka. Lagi rendah grafnya lagi baik.
Apa pun itu hanya kajian sahaja dan mungkin agak berbeza dari tahun ke tahun. Biase la benda buat dalam mod mass production (buat dalam kuantiti yang banyak), mesti ada defect punya untuk sebahagian model yang dikeluarkan tanpa mengira jenama apa sekalipun dan kerana itulah warranty disediakan untuk melindungi pembeli macam kita semua.
Mana Yang Bagus?
Soalan ni sangat subjektif sebab semuanya bagus tapi nak cari yang paling best dan kena pulak dengan bajet yang kita sanggup keluarkan. Kalau memang tak bagus dah lama dah syarikat tu bankrap. Dari segi spec pulak lebih kurang sama je untuk semua jenama. CPU masih lagi dikeluarkan oleh Intel/AMD, kad grafik oleh AMD/NVidia, ram oleh Kingston/Corsair dan lain-lain.
Cuma dari segi kualiti bahan buatan (terutamanya body laptop tu), craftmanship dan rekabentuk je yang membezakan syarikat-syarikat tu semua.
Ok itu saje untuk kali ini. Ada lagi yang lain tapi saya hanya highlightkan yang penting-penting je. Tapi korang tak dipaksa nak percaya bulat-bulat sebab apa yang saya tulis pun hanya pandangan peribadi semata-mata berdasarkan apa yang saya cari kat alam maya ni dan juga lepas pegi usya beberapa kedai komputer kat KL. Saya cadangkan korang tanya kat forum Lowyat. Berlambak otai-otai komputer dalam tu dan diorang memang tak lokek ilmu.
Pada saya harga tak penting dah buat masa sekarang. Reliabiliti yang harus menjadi keutamaan. Nak pakai lame kan. Kalau murah tapi selalu rosak pun boleh bikin panas jugak. Buatlah pilihan yang bijak supaya berbaloi dengan duit yang korang keluarkan nanti.
Kalau ade pape nak tanya boleh diajukan kat ruangan komen ye. Harap-harap entri ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada mereka yang nak usya laptop baru.
Nota Kasut New Balance: Mintak maaf, banyak guna perkataan bahasa inggeris untuk entri ni. Nak translate bahasa Malaysia kang pelik pulak bunyinya. Lepas ni saya buat review pulak eh. Tunggu~
- Jom Ketahui Umur Sebenar Anda! (23)
- FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan? (27)
- Jangan Main-main Dengan Button Dislike Facebook (8)
- Facebook Atau Facecrook? (46)
- Masihkah Ada Lagi Rasa Selamat Ketika Ini? (2)
bella pakai lenovo..ok x?
bella´s last [entry] ..nak orang komen – tapi banyak bunyi !
saya suka design die..nampak stylish..harga pun murah dah skang ni..
saya tak pernah pakai..tapi baca komen otai komputer kat forum kate lenovo punye performance boleh tahan la..
bella pakai yang mane? baru beli ke?
aku pun rasa nak angkat asus je.harap2 laptop aku ni tahan la smpi abis grad..bole save skit
aizuddin´s last [entry] ..Senarai Peserta Contest Facebook Aizuddincom
kalau dah kong esok boleh la try nanti..huhu
asik ramai pakai acer je..kite tuka trend lak..
fitri´s last [entry] ..Kenapa Saya Memilih Laptop Asus
wah laptop bru..mai nak pnjam sehari~hehe
budak kampung´s last [entry] ..Minggu Yang Kejam
hang pinjam cikun punya..hak3
fitri´s last [entry] ..Kenapa Saya Memilih Laptop Asus
Harga ok tak compare dgn brand lain?
untuk A sesries harga lebih kurang sama dengan brand lain…saya pun pelik kenapa ramai yang tak pakai nrand ni
Rupanya Apple danb Sony tidak segarang yang aku sangka.
naseb bek brand diorang terkenal..kalau tak boleh jatuh jugak tu…
spek biase je tapi mahal
aku tau Asus tu jenama paling top dalam industri motherboard.. tapi kalau tak pandai jaga tetap rosak.. aku punya motherboard PC ni dulu baru beli dah kena shock kilat.. now aku beli AVR selamat sket..dah takde shock karan ni hehe
.
Fitrihadi´s last [entry] ..Tips dan Guideline Nak Buat Contest Yang Berjaya Di Blog!
tapi kualiti pembuatan daripada awal tu pun penting juga..cuma lepas beli tu tugas kite pulak lah untuk jage..
avr penting tu..kalau kena petir rugi woo..duit hangus gitu je..
eh bro..adapter laptop ade surge protector tak?
fitri´s last [entry] ..Kenapa Saya Memilih Laptop Asus
ntah la bro..aku pun tak pasti ada surge protector ke tak.. sepanjang aku guna laptop tak pernah aku guna avr tu.. avr tu aku guna kat pc je sebab aritu pc aku kena kilat..sbulan kena hantar servis waranti..adeh..
kalau laptop tu aku off time hujan sebab takut kena kilat.. pastu aku selalu guna cooler pad..memang tahan lama ar laptop tu..
.
laptop kalau panas sangat nanti dia off sendiri.. bahaya tu..takut rosak kat dalam kang naya..
Fitrihadi´s last [entry] ..Video Mengamuk Sakan Pasal Anwar Hadi
fitri cik compaq tu dah bape taun umo die?
mynn´s last [entry] ..Alhamdulillah- Rezeki Maulidur Rasul -
3 tahun sebulan…tapi kire ok juga la sebab walaupun ade overheating problem tapi mampu bertahan untuk 3 tahun..
mynn pakai brand ape?
compaq jugak…V3000 laa…
so far org cakap asus okay, my lecturer pun suggest beli asus sbb takde panas panas neh kalau pakai lama pun…
wah..haha..satu family~
compaq and hp are heat prone lappy..
bape lame da pakai tu?kalau boleh tahan sampai 5 tahun memang hebat la..huhu
kalau takat buat keje biase2 memang tak panas..tak pakai cooling pad pun
fitri´s last [entry] ..Kenapa Saya Memilih Laptop Asus
asus the best..aku dah hadapi beberapa ketul HP yg asyik rosak motherboard je..acer pun kadang2 lagi bagus dari hp…
fendidahada´s last [entry] ..Download Wallpaper Menarik Part 1
jauh kan diri anda daripada v3000..hahaha
rock solid, hard touching~
fitrijohari´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
panjang penerangan ko tentang asus nie, heheh. aku pakai asus dah lama, ok la, tp aku nyer tmpt tutut buka screen dah patah sebab terlalu ganas tp still boleh guna lg cuma x bole tutup screen jer
Anip´s last [entry] ..Kartun Animasi Superhero Tempatan BoboiBoy- Best Sangat Ke
buat research sket..tu yang panjang..hehe
nasib bek ok lagi..takde bende len yang rosak..
harap2 tahan lama la…
Salam.
Laptop aku juga berjenama Asus.
Sebelum pembelian dahulu, pelbagai maklumat aku cari & di antara yang sangat memberi kesan adalah kajian itu. Sehinggakan aku menjadi berbelah bahagi di antara Asus & Toshiba. Namun akhirnya Asus yang menjadi pilihan.
Setuju bahawa jawapan mana yang lebih bagus adalah sangat subjektif. Bergantung kepada individu tersebut apa yang diinginkannya.
Terima kasih kerana ruang & peluang ini.
p.s: tunggu artikel review pula.
Hadi Rofiee´s last [entry] ..Revolusi atau Evolusi
asus model mane tu bro?
memang kadang-kadang ikut nasib..tapi bila beli brand yang lebih reliable mungkin peratusan rosak tu kurang…
yep..sangat subjektif dan bergantung kepada diri sendiri…
insyaAllah..tengah carik masa..sibuk sekarang
Aku pilih A42J
Hadi Rofiee´s last [entry] ..Revolusi atau Evolusi
ouwh..a42jc ke?hehehe..
aku a42jy je..nak sebat a42jp i7 tak mampu~
fitri´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
Tak A42JE. i3 sahaja. Tak sampai RM2000 pun.
Alhamdulillah.
Hadi Rofiee´s last [entry] ..Revolusi atau Evolusi
Pingback: Tahun 2011: Musim Member Kahwin! | myfitri
salam….best entri ni dan entri sebelum…aku pun x lame g berhajat angkat satu laptop ASUS…dan citarasa kite xjauh beze…hehe..laptop skang ni pun sebijik laptop ko.. v3000..pasal bertahan sampai skang pun sebab aku slalu servis..kalau x servis mmg dah kong skang ni..n alasan nak pilih asus pun same mcm ko, acer, hp/compaq aku xbape nak caye sgt dah, dsbbkan pengalaman aku sebelum ni..
wsalam.terima kasih…saje nak share dengan potential buyer lepas ni..mane la tau ada yang tercarik carik pasal asus ni…
aku nye dah selamat dah..tak leh nak buat pe..memang tak mau idop…
tapi acer timelineX macam gempak je daripada model sebelum tu..cuma keyboard die je tak berubah..over flex.. =_=
fitri´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
hmm…degar cite SB processor nak kuar…n byk g model asus nak kuar…gile pening kepale nak pilih..nak tunggu laptop baru keluar, dh x sabar, nak brli skang, rase rugi lak
nak beli sb tunggu bulan 3 bulan 4…skang cip ni tgh ada problem..so diorang recall blk..katenye cip ni lg bagus daripada yang sebelum ni…
fitri´s last [entry] ..Jom Kenali Buah Pinggang Kita!
aku ade toshiba~~
muhahaha
tp aku nk beli asus~
(T_T)
beli je dua-dua
papan induk dan jaminan aku selalu
titik beratkan.jaminan selalu aku jumpa
setahun jagung je.
premprosesan guna intel la.nak tunggu
keluaran islam.sampai bila kita nak tunggu.
komputer riba aku guna AMD
Ali ridha´s last [entry] ..Perhimpunan Haram hindraf
jaminan pun penting skang ni sebab laptop macam cepat kong je skang..
aku dah pnah pakai amd..so nak try intel pulak..pape pun cip baru amd (APU) agak mantap jugak
fitri´s last [entry] ..Jom Kenali Buah Pinggang Kita!
tq bro utk information pasal malfunction rate tue..
tak tau lak ader ranking gitu yek..
Asus mmg terbaik ar gitu.
sazuwi´s last [entry] ..Hari Terbuka Tentera Darat 2011 Di Dataran Merdeka
rate acer tinggi mungkin juga sebab ramai gile yang pakai..so tak mustahil malfunction rate die tinggi
akhirnya pembelian ak brbaloi gak…msa 1st ak bli asus ni sume member ak kate laptop ak ckai pnye la..smpai ak rse nyesal lak amik brand ni… ap pon lpas ko bwat topic ni bru la ak rsa puas ati ckit….tq der..
tapi kite pilih lain dari yang lain..payah nak jumpa orang pakai asus..sebab tu aku nak ubah angin..mana lah tau brand tak popular pun lagi bagus…
ok bro…xde hal!
fitri´s last [entry] ..Jom Kenali Buah Pinggang Kita!
dell yang aku pakai ni kira ok lah.. sedang-sedang jer
Mus´s last [entry] ..Nama-Nama Profile Facebook Yang Luar Biasa
ade terfikir nak amek dell..kalo rosak call je..die datang rumah..tapi tula rege die mahal T_T
fitri´s last [entry] ..Jom Kenali Buah Pinggang Kita!
No no no. Jangan beli Dell. Saya beli Dell XPS M1530 dengan harga RM2800. Beli masa PC Fair USM tahun 2009.Beli dari booth kedai Ezytronic(Bukit Mertajam/Subang Jaya).Waktu nak beli, Cina yang jual kata servis repair 1 Malaysia,call aja depa mai rumah.Penipu.
Tak sampai berapa minggu speaker rosak, 3 bulan kemudian 400 gb HDD rosak,bateri failed,habis saja waranti period motherboard rosak.Sebelum tu pun model XPS M1530 ni cepat panas.
Bila mobo dah rosak, call Dell Malaysia,depa minta service tag. Saya check takda service tag even dalam BIOS pun takdak.
Call Ezytronic dibuat macam bola.Contact Dell USA, depa treat saya macam saya pencuri laptop,bukan pembeli laptop.
Saya Google,rupa-rupanya masalah model Dell ni memang 1 dunia.Hantu betul.
Last-last repair sendiri ditempat saya,RM450.Masalah tak selesai.Skrin bermasalah.Wujud line-line hitam keliling skrin dan terus hang. Kena restart balik, screen jadi putih kemudian perlahan-lahan jadi hitam.Stuck. Cabut kabel dan restart semula. Pun masalah sama lagi. Cabut lagi kabel dan restart lagi.
Ulang-ulang.Kalau tukar mobo baru pun masalah over heating model ni tetap berulang.Entahlah.
Taubat la nak beli Dell lagi.Saya larang ahli keluarga daripada beli Dell.Adik saya nak cari laptop ni pun saya minta cari brand lain selain Dell.Dalam pertimbangan ialah HP,Compaq dan Asus.
Terima kasih untuk artikel ni, mungkin Asus yang akan dibeli.
Dell?
Jangan sesiapa terfikir nak beli.Harga mahal dan masalah disertakan sekali.
Model Dell yang lama memang bagus,saya ada Dell Latitude C640, itu ok la.Itu yang saya yakin nak beli model Dell yang lebih baru.
Tapi satu masa nanti memang kena tukar pun laptop lama ni.Bila dah terkena dengan model Dell yang saya beli tu,cukuplah. Kena cari brand lain lepas ni.
Terima kasih.
kesal membacanya..memang ramai penjual yang sangat friendly bila tyme nak membeli..semata-mata kerana duit lepas tu menjadi sangat annoying bila tyme nak mintak tolong repair..
agak teruk juga rosaknya tu sebab lepas satu-satu masalah berlaku..thkz for sharing pengalaman ni..mungkin boleh membantu yang lain..
tp sebab utama tak beli dell ni dulu sebab harga dia yang saya tak mampu nak bayar..terima kasih Allah atas petunjuk
http://dellxpsm1530hell.blogspot.com/
Link blog diatas tempat saya dokumentasikan secara berperingkat kenangan ‘manis’ saya dengan Dell XPS M1530.
Biar 1 dunia tahu.
salam…sy nak cr lptop br..hp ke compaq tu dh x caye dh..
dh survey bmgu2, sy decide nak pakai asus. cuma pening nk pilih yg mana..apa yg ok utk pakai hr2..
boley saya tahu berapa bajetnya dan kegunaan utama utk ape? (internet, game, office etc…)
acer baru kuar model baru..ramai gak la puji
fitri´s last [entry] ..Benda Menarik Dalam Pilihanraya Sarawak
bajet bawah 3k. guna office hr2 esp access, intenet n gaming kdgkala..
oh..kalau macam tu boley amek brand asus a42jy mcm sy pakai skang..kalau untuk kegunaan biasa dengan light gaming bajet RM 3000 tu memang dah lebih daripada cukup..boleh pakai i7 lagik
tapi lagi bagus pegi survey kat kedai sebab model baru ade je kuar tiap bulan..tengok kat website lowyat pun bagus gak..senang nak tgk update model baru
link ni mungkin membantu
http://forum.lowyat.net/MobileComputing
oo….ok sy kena survey lbh mndalam lg…
tq byk2 eh…nti sy share resultnya.
mudah2an diprmudahkan..
lptop hp sy dh 3 kali msuk icu x kuar2. mobo problem.
nec ok tp skrin pulak buat hal, msuk wad biasa je pun x kuar2 gak.
hrpkan asus la ni…
rasenye hp pavilion lagi ok daripada hp compaq..ramai cuba elakkan brand ni..kena tukar motherboard ke?
yg sy pki hp pavilion, masa br kuar hrga dia 3k lbh. sjak beli pun x brp best. tukar motherboard. pki smgu rosak lg smpi ni dh bbulan x siap2.. lptop tu jarang guna, pun blh rosak.
Sy dahpun dapat asus 1…a43sv. ok sgt mcm konfiden je gune dia. anyway thanx 4 sharing all the info. sypun dh mngkaji gak smua mklumat asus, rasa truja nak beli. dh beli lg truja nk guna…ok tq3..
alhamdulillah..asus juga pilihan hati..boley tahan rupa die..
spec pun best…berape ek rege die?bli kat mane?
fitri´s last [entry] ..Kematian Osama- Berita Gembira Atau Duka
beli kat muor…kat area sy ni kdai jual acer je. x byk brand lain. rega dia 26++. stakat ni puas atila…tp kwn2 mmg xpenah dengo asus ni…diorg kate x glamer…xpelah jnji sy bhgia..
alamak… camano ni, dah compius lak den… nak beli yg maner satu… asus tu ada bahasa melayu tak? sbb apple mac book tak de bahasa melayu lah… nanti org kampung den tak paham lak…
bahasa melayu?tu bukan disebabkan brand tapi sebab OS..rasanya microsoft ada support bahasa melayu
fitri´s last [entry] ..Sayonara Facebook But Say Hi To Twitter!
sy baru plan nak beli macbook pro lepas acer (aspire 4535) rosak; dia kata mobo problem. pelik jugak sebab actually sy terlupa password log in – so hanta kedai gi baiki, then dia cakap mobo problem. -.-
haha..baik-baik..takut die yang menipu kite..padahal setakat lupa password login je
fitrijohari´s last [entry] ..Jom Cuba Linux Mint 12 a.k.a Lisa!
Notebook Asus aku yang dikuasakan processor AMD baru je rosak semalam. Baru 8 bulan pakai. Semalam bila nak on tetiba tak mau hidup pulak. Lampu power menyala skrin langsung tak menyala. Hari ni anta kat kedai tempat aku beli. Dia kata akan dihantar ke service centre kat JB. Tunggu je lah. Orang kata, kalau pakai AMD motherboard cepat rosak. Entahlah..
aku rasa kadang-kadang ikut nasib jugak..sebab tu adanya warranty untuk cover kita..try jela hantar dulu tengok macam mana
terbaik asus…..ana pki a series a43s.bunyi kureng nk best amek n series mesti kaww punyer
yup..memang speaker asus a series ni tak best..slow bukan main
asus da xbogos la…
ak bru beli 4 bulan..da ad rosak sket
1.webcam x funtion
2.cable nternet rosak
3.button “fn” kondem.
last2 sem lak ko bwt hal..
nasib kurang baek…huhu
oh..banyak pulak rosaknya..aku kurang setuju bila cakap tak bagus..
sebab kadang-kadang dalam mass production ni mesti ada problem paling tidak pun satu dua unit..
sebab tu diorang buat warranty untuk kita..manalah tahu kita yang tak bernasib baik..elok hantar warranty dulu..tengok macam mana
yes sy dah bli asus a43sj terbaik !!!
alhamdulillah..nanti boleh post review nanti..hehehe
bro leh tolong tak ??
asus aku ni ade problem overheating..
baru je 10 bulan pakai…haha..
laptop ni aku sebat buat game je
er..laptop tu pakai cooling pad tak?jangan letak atas tempat tak rata dan lembut macam atas bantal atas tilam
fitri´s last [entry] ..Masihkah Ada Lagi Rasa Selamat Ketika Ini?
asus centre kt kelantan ada x? laptop asus bru sy beli xsmpai 7 bulan rosak hard disk ni cmne????
err..setakat ni service centre asus hanya ada di kuala lumpur, pulau pinang dan johor sahaja..boleh rujuk sini..
http://www.servicecenter.com.my/asus-malaysia-service-centre-list
elok jangan hantar kat kedai dulu..hantar pada service center asus sebab masih ada warranty..kalau hantar kedai, jaminan akan terbatal secara automatik
fitri´s last [entry] ..Masihkah Ada Lagi Rasa Selamat Ketika Ini?
Salam.
rightio bro,
sy pkai asus sbb tgok ramai lecterure IT kt kolej tmpt sy bljr yg pakai brand ni….
nk share skit pengalaman (testimoni) gune laptop jenama asus ni. hr tu asus sy nie jatuh gedebak atas lantai simen (dari ketinggian lebih kurang setengah meter) pastu dia pny screen tukar warna pink-kehijau-hijaun *0*. dh alang2 jadi cmtu sy pikir baik bedal repair sendiri ja dr hantar servis kat kedai yg ofkos akn dicaj beratus… then sy pn buka la dia pnya skru2 yg ada kt screen tu tampal-tampal n ketuk-ketuk skit dkt komponen2 yg longgar kt blkg screen tu n pastu sy pasang balik, turn on, Voila! settle! alhamdulillah dia pny screen kembali ke keadaan spt aslnya.
p/s: sy pakai asus model K50IJ-SX2580, screen 15.6′, RM1k (beli kat mudah.my). murahkan..tp still in gud condition.
ohh..alhamdulillah..jangan jatuh banyak kali sangat nanti die pening..hehehe
fitri´s last [entry] ..Masihkah Ada Lagi Rasa Selamat Ketika Ini?