Jom Kenali Buah Pinggang Kita!

ebook

Penyakit kronik bukan sesuatu yang asing dalam kehidupan masyarakat sekarang.  Disebalik kemajuan teknologi perubatan dalam merawat sesuatu penyakit yang dianggap mustahil untuk sembuh suatu ketika dahulu, kita dikejutkan pula dengan peningkatan mendadak penghidap penyakit kronik.  Makin ramai rupanya ye rakyat Malaysia yang tak sihat.

Kalau dulu sakit selalu dikaitkan dengan usia yang sudah lanjut tapi jika dilihat realiti sekarang mungkin tanggapan tersebut dah tak relevan lagi.  Kanak-kanak dan remaja pun ramai yang ditimpa dengan penyakit-penyakit berat macam ni.  Antara yang mendahului carta penyakit paling popular abad ini adalah sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan lain-lain lagi.

Untuk entri kali ini saya nak highlight kan sikit pasal penyakit buah pinggang.  Dianggarkan seorang daripada sepuluh orang dewasa di dunia menghidapi penyakit ini.  Setiap tahun lebih 2,500 orang berada pada tahap akhir kegagalan buah pinggang (ESRD), iaitu jumlah yang menyaksikan lebih ramai memerlukan rawatan mesin dialisis untuk meneruskan kehidupan mereka.

Sekitar 1980, hanya 43 orang memerlukan bantuan dialisis tetapi pada 2006 jumlah itu meningkat menjadi 3,152 orang.  Nak pergi dialisis pulak bukannya murah dan memakan masa 4 ke 5 jam lamanya untuk setiap sesi.  Pesakit perlu menghadiri 2 hingga 3 sesi setiap minggu.  Jika pesakit merupakan seorang pekerja komfem terganggu rutin kerjanya.  Itu tak termasuk ubat-ubatan pelbagai jenis yang perlu diambil setiap hari untuk mengekalkan keadaan kesihatan pesakit itu sendiri.

Sumber: Berita Harian

Kalau tak nak bersusah-payah dan menyusahkan orang disekeliling kita di kemudian hari, eloklah kita jaga kesihatan ketika muda lagi.  Sebelum nikmat sihat ini ditarik akibat kesalahan diri sendiri eloklah ianya dipelihara bermula hari ini.

So nak promot satu website yang dibangunkan oleh seorang teman blogger yang sudi berkongsi maklumat berguna mengenai penyakit buah pinggang.  Kebetulan beliau juga salah seorang penghidap penyakit ini.

Dengan tema “Blog Informasi Khusus Mengenai Buah Pinggang Dalam Bahasa Melayu”, blog yang diberi nama BuahPinggangSihat ini juga memuatkan pelbagai artikel yang boleh dijadikan panduan samada untuk para penghidapnya mahupun kepada kita yang masih sihat ni.

Mungkin sukar untuk mengingati segala fakta yang dikongsikan oleh penulis kerana sesetengahnya memerlukan sedikit pengetahuan mengenai istilah ilmu perubatan.  Tapi sekurang-kurangnya ada beberapa input yang boleh diambil untuk dijadikan panduan untuk mencegah penyakit ini daripada menyerang diri kita sendiri.

Terbaru, penulis baru sahaja melancarkan ebook pertama beliau beberapa minggu yang lepas mengenai “Panduan Pengambilan Fosforus Untuk Pesakit Buah Pinggang” dan ianya boleh di download secara percuma kat sini.  Sangat berguna terutamanya sebagai rujukan ketika ketiadaan internet.  InsyaAllah ada lagi ebook yang menyusul nanti.

Jom jalani kehidupan lebih sihat bermula hari ini dan semestinya bermula dengan diri anda sendiri!

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

41 thoughts on “Jom Kenali Buah Pinggang Kita!

  1. haaa… kawan rapat aku juga telah mendapat penyakit buah pinggang ini. 2-2 rosak, kena duat cuci 3 kali seminggu. Sian, muda-muda lagi dah rosak. Insaf aku.. Bukannya dia tak jaga kesihatan, orgnya sihat walafiat, askar lak tuh. Aku ambil iktibar certita kwn aku ni..
    faizul´s last [entry] ..Puzzle Pizza Hut Yang Sengal

  2. aku dah sedut…mmg terbaek..dan emel yg dihantar utk para subscriber pn mmg mantop..byk info yg aku baru tahu..

    p/s: ecover tu aku design..hehe

    • Salam bro haru,

      Terima kasih kerana sudi menyedut artikel-artikel di blog saya.Harap-harapnya memberikan manfaat.Dan saya sangat berterima kasih kerana bro sudi design ecover tu secara percuma.Thanks bro,semoga Allah murahkan rezeki mu.

    • Salam bro affan,

      Salah satu sebab saya membina blog ini adalah bertujuan untuk menambah ilmu untuk diri saya sendiri yang memang mempunyai penyakit buah pinggang.

      Walaupun belum menjalani dialisis,serba sedikit terasa juga kesusahannya apabila buah pinggang sudah bermasalah.

      Nasihat saya,paling penting cara pemakanan kita sangatlah perlu dititik beratkan.Kerana makanan zaman sekarang kebanyakannya sudah terlalu beracun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: