Jangan Main-main Dengan Button Dislike Facebook

Salah satu feature yang ada dalam Facebook ialah pengguna boleh menulis status terbaru di wall masing-masing.  Pada masa yang sama kawan-kawan lain boleh baca status tersebut dan boleh menekan button like tanpa mengomen status tersebut.  Banyak lagi aplikasi penggunaan like button ni.  Boleh like group, causes, gambar dan macam-macam lagi.

image

Tapi adakah korang pernah melihat dislike button di profile sendiri atau orang lain?  Atau pun pernah menginstall apps dislike button di FB masing-masing?  Kalau belum jangan gatal-gatal nak install.  Penggunaan FB yang meluas dan menjadi fenomena di seluruh dunia telah menyebabkan para hacker cuba mengeksploitasi kemudahan apps yang disediakan oleh pihak FB.  Salah satu scam yang berjaya dikesan melalui FB ialah dislike button.  Menurut penganalisis sekuriti Sophos, dislike button ini semakin tersebar luas di FB.  Buat masa ni dah berterabur kat US.  Mungkin tak lama lagi berjangkit pulak kat Malaysia.

Apa yang buruknya pasal button ni?

Jika apps ini dibenarkan untuk diinstall pada FB masing-masing, ia akan mengupdate status korang secara senyap-senyap untuk mempromot button ni kepada kawan-kawan yang lain.  Status tersebut disertakan sekali dengan link dan bila link itu di klik, kita akan dibawa ke web apps palsu.  Jadi sila berhati-hati dengan status yang ditulis begini:

“I just got the Dislike button, so now I can dislike all of your dumb posts lol!!

Lepas ni jangan main klik je ye link yang berterabur kat FB atau kat mana-mana website terutamanya link iklan.  Takut-takut lain pulak yang jadi nanti.  Saya agak pelik dengan pengguna FB ni.  Semua benda nak klik sesuka hati tanpa rasa ragu-ragu.  Nanti dah kena virus atau maklumat peribadi dah kena curi nanti baru nak bising.

Antara scam lain ialah ‘’Justin Bieber trying to flirt,’ ‘Student attacked his teacher and nearly killed him,’ ‘the biggest and scariest snake’,  the ‘world’s worst McDonald’s customer dan macam-macam lagi.  Tengok ayat macam gempak je tapi tak lain tak bukan hanyalah untuk menarik perhatian supaya kita klik link tersebut.  Masih lagi dalam bahasa inggeris tapi tak mustahil status-status yang guna ayat gempak ni akan muncul dalam bahasa Melayu pulak nanti.

Kalau dah install apa nak buat?

Senang je, pergi ke bahagian application setting dan disable dislike button.  Jika apps tadi dah post status yang saya dah bagitau sebelum ni, sila ke wall post dan delete posting-posting yang berkenaan untuk menghentikannya.  Nasib baik boleh disable.  Kalau tak boleh disable macam virus dalam komputer tu tak tahulah.  Kena buat profile lain agaknye.

Pihak FB juga sedang berusaha keras untuk mengesan mana-mana apps palsu serta yang menimbulkan kebahayaan terhadap keselamatan identiti penggunanya dan jangan lupa FB memang tak pernah langsung buat dislike button ok!

Guna Facebook berpada-pada,

moga sentiasa selamat daripada dieksploitasi scammers  :cool:

, , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

8 thoughts on “Jangan Main-main Dengan Button Dislike Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: