Kelmarin melawat ke web berita bola sepak kegemaran saya dan ada satu headline yang menarik yang nak dishare dengan anda semua mengenai pasukan FC Barcelona. Barca akan menukar design jersinya pada tahun hadapan! Nak diikutkan memang semua pasukan terkenal dunia akan tukar design jersi masing-masing dan peminat memang menantikan rekaan baru setiap tahun. Cuma kelainan yang dibawa oleh jersi baru itu nanti ialah Barcelona akan memasukkan logo penaja pada bahagian hadapan jersi tersebut. Jika berlaku ia, merupakan kali pertama dalam sejarah kelab yang telah diasaskan sejak 111 tahun yang lalu. Tak pernah diorang letak logo penaja pada jersi seperti mana biasa yang dilakukan oleh kelab terkenal dunia lain.
Kalau pembaca perasan, Barca tak pernah meletakkan sebarang logo penaja kat bahagian depan jersinya melainkan logo UNICEF yang diletakkan sejak tahun 2006 dengan perjanjian selama 5 tahun yang berakhir pada tahun depan. Tu pun atas dasar tanggungjawab sosial untuk mempromosikan entiti UNICEF yang membela nasib kana-kanak seluruh dunia. Dalam perjanjian tersebut juga logo UNICEF dipaparkan pada jersi dan Barca akan menderma sebanyak 1.5 juta setahun kepada entiti tebabit sepanjang tempoh perjanjian. Bukan saja bagi letak logo FOC tapi siap bagi derma pulak lagi.
Jersi sekarang…
Dikhabarkan, penaja terbabit ialah Qatar Foundation yang akan memecahkan tradisi kelab ini dengan perjanjian yang dianggarkan sebanyak 30 juta euro setahun untuk tempoh lima tahun. Jadi logo UNICEF berwarna kuning keemasan sekarang akan bertukar kepada logo pokok dengan tulisan Qatar Foundation dibawahnya. Memang tak lawa rasanya..hehe.. Mungkin tak tukar dalam waktu terdekat kot. Tukar masa season baru nanti agaknya. Preview jersi baru itu juga masih belum dikeluarkan.
Tapi katanya langkah ini diambil dalam usaha untuk mengurangkan hutang Barca kepada pihak bank yang dah mencecah 600 juta euro. Komfem ramai peminatnya di Sepanyol mengamuk sebab tradisi yang dipertahankan selama ini akan dihapuskan atas sebab duit. Ramai sangat star kot yang gajinya mahal-mahal. Sebab tu hutang banyak.
Tindakan presiden baru Barca ini menyebabkan dia dikondem oleh pengkritik bola sepak termasuk pemain lagenda Barca, Johann Cryuff. Mereka menyifatkan kelab Barca sudah hilang keunikannya buat selama-lamanya. Ada satu lagi quote best yang mengganggap presiden Barca telah menjual roh kelab kepada syaitan (he sold the club’s soul to the devil). Wah pedas tu.
Apa pun mungkin keputusan yang diambil oleh presiden mungkin ada rasionalnya. Nak memilih antara mempertahankan idealisme kelab atau memikirkan beban kewangan besar yang sedang ditanggung bukan sesuatu yang mudah.
Pada saya kita tak rugi apa-apa pun atas keputusan yang dibuat sebab peminat kat Malaysia hanya melihat perlawanan mereka kat tv secara percuma! Bayar minum limau ais jela kat mamak. hehe… Lagipun hanya sekadar peminat biasa yang nak santai sambil tengok bola dan takde kepentingan apa pun dalam kelab tu kan? Tunggu dan lihat je tahun depan.
p/s: adakah Malaysia mampu buat kejutan di final Piala AFF suzuki nanti? ![]()


aku bukan barca fan.. Hohohoho
aku fan MU..ade la sikit2 minat barca ni..hehhe
Woottt.. MU..!!! Hohohohoho
akublog´s last [entry] ..Melayu Zaman Sekarang
ha… bagus la tu… biar negara islam yg pegang team bola femes2 ni….
zul´s last [entry] ..Pandai Masak Ke Aku
haha..banyak dah team bola yang orang islam pegang..cuma benda-benda dalam team tu je yang belum diislamkan..hehe
wah…jutawan qatar lagi beli…anyway ade kebaikannye…sponsorship dapat la tampung perbelanjaan kelab tu…nak bayar gaji messi pun dah byk…
Fendi´s last [entry] ..Mari Mengimbau Kenangan
orang kaya ngan duit minyak..biasela..huhu
barca tak mampu dah..kena carik sumber lain utk tampung gaji pemain…
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
adoii..mgkin kalau tuka jersi, dorg lebih hebat kot..haha.. :D
eZmALizA´s last [entry] ..Tutorial – macam mana nak besarkan gambar dalam entry
harap-harapnye begitulah..jangan makin sengal sudah..haha :)
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
Eh, peminat Barca ya..
Pernah aku & kawan2 pergi tengok bola di kedai, minta air kosong ja, duduk hampir 2 jam. :)
p.s: Malaysia pasti menang. 8)
Hadi Rofiee´s last [entry] ..Merokok di dalam kawasan masjid
minat la sket2..minat MU lagii..haha
air kosong jimat dan menyehatkan badan :)
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
Bagus gak kalau sesekali ada perubahan :D
dnoBiz´s last [entry] ..Pendedahan Makhluk Hitam – Rahsia terbongkar
perubahan yang mendatangkan duit..sape tak nak ye tak ?hehe 8)
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
jersey diorang tak berubah-ubah pun kan dari dulu lagi. erm tatau pulak diorang banyak berhutang.. eh tapi aku tak minat barca ar haahaa
Fitrihadi´s last [entry] ..Freebies Siapa Nak Sport Sunglasses Yang Cool Dan Gojes Ni
aku rase stripe same je..cume tambah penaja baru tu..huhu
kalau ko nak tau kelab besar2 ni memang sumenye berhutang..haha
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
hutang depa tak langsai lagi.
Ali ridha´s last [entry] ..Tukar tema wordpress ke premium
entah bile nak langsai…
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
alahai! buat pe nk tukar lagi :P
hehe
DarkaceMedia´s last [entry] ..Tengok Youtube Tanpa Internet
duit da masyuk..kene la tuka..haha
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
haha…
aku peminat barca..
aku ada home and away kit mcm pic kat atas tu…
bangga2…
tapi sekali nk stop unicef tu kalo betol mesti da xlawa..
sedih2…huhu..
fared isa´s last [entry] ..Wikileaks – Cui Bono
haha..unicef tukar jadik gambar pokok kale ijau..
buruk weh..hehe..tunggu je la design tu kuar nanti…
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
wah dah tukar baru ker…. malaysia nak tukar ke.. baru tukar jer hari tuh… pasal bola tuh… hopefully kita menang besar ahad nie…
zik´s last [entry] ..Malaysia harus menang- perlawanan akhir pertama menentang indonesia
kalau tgk berita tu macam tu la..
eh takdelah..barca je..malaysia tak tukar..
harap2 kita bawak balik piala tu nanti
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
woot! malaysia boleh malam ni
mesti2
harimau kuar taring..;D
jangan sampai taring tu patah sudah..hahaha
fitri´s last [entry] ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
ahaha. yang aku paling tak suka, bila ada syarikat2 kaya sponsored, logo buruk. tau lah kaya, buat lah logo lawa2 bila nak letak kat baju team tu. contoh, baju man u. aku tak ingat apa nama syarikat yang sponsor tu, tapi baju jadi buruk sbb logo company tu pun dah buruk. hehe
Affan´s last [entry] ..Hukum meletakkan gambar mendedahkan aurat- khas untuk photographer dan blogger
diorang tak kisah..asalkan duit masyuk..haha ape lagi..company AIG tu la.. :)