External Hard Disk Palsu Di PC Fair?

Korang selalu beli barang kat PC Fair atau pun hanya sekadar berjalan  melihat-lihat apa barang yang ada kat sana?  Saya agak jarang ke PC Fair melainkan memang ada benda yang nak dibeli.  Kalau setakat nak tengok-tengok je memang baik duduk rumah je la sebab berjalan kat dalam tu (terutamanya jika diadakan di KLCC) memang meletihkan kaki.

Bukan penat berjalan yang nak dibicarakan tapi isu penipuan barang komputer yang hendak dihighlightkan.  Hmm..semakin rakus nampaknya ya manusia hari ini.  Demi duit ada yang sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkannya walaupun dengan cara menipu.

Ok, ceritanya begini.

Ada sorang mamat ni beli external hard disk kat PC Fair.  Di lokasi mana tak dapat nak dipastikan dan ianya ditawarkan pada harga yang sangat murah berbanding harga pasaran.  Ikutkan buat masa ni harga hard disk dah mahal balik.  So mungkin ianya menjadi faktor penarik bagi mangsa untuk membelinya.

20120416191737

1051447

Entah macam mana bila bukak casing je tengok hanya ada sebiji pendrive dengan batang besi dan nat di dalamnya.  Hard disk yang dijanjikan takde.  Pendrive tadi mungkin hanya nak bagi cukup syarat supaya ‘external’ tadi berfungsi macam biasa.  Berapa kapasiti pendrive wallahua’lam.  Besi-besi pulak diletakkan dalam casing (siap gam) supaya nampak macam berat sket.

20120416191801

Bila tengok resit pun macam ada kekurangan dan nampak memang penjual ni nak menipu sebab biasanya nombor siri akan ditulis sekali di atas resit bagi tujuan tuntutan warranty jika berlaku apa-apa dalam tempoh jaminan tersebut.  Malangnya dalam resit ni tak tulis.  Mengikut kata forumer alamat kedai tu pun memang tak wujud.

Mungkin benda ni dah banyak kali berlaku tapi ni baru pertama kali saya melihatnya.  Sebelum ni kalau dengar kena tipu pun selalunya bila membeli melalui internet.  Tak sangka pulak beli kat PC Fair pun boleh kena tipu jugak memandangkan kita membeli di depan penjual itu sendiri secara bersemuka.  Difahamkan hard disk sebegini dah semakin banyak di Malaysia dan dipercayai diimport daripada China.

Nasihat saya lepas ni kalau nak beli barang komputer elok la pegi kedai komputer dan mana yang tinggal area KL tu pegi lowyat la lagi senang.  Ianya lebih dipercayai.  Sekurang-kurangnya kalau kena tipu pun boleh serang kedai dia kan.hehe.  Lagi satu jangan mudah percaya dengan harga yang terlalu murah.  Buat survey dulu sebelum nak beli tu okay?

pikom

Update: Kes ni sudah sampai ke pengetahuan penganjur PC Fair iaitu PIKOM dan sedang dalam siasatan.  Kita tunggu jela hasilnya nanti.  Harap-harap lepas ni pihak penganjur dapat tapis dulu penjual-penjual supaya kes macam ni tak berulang lagi.

Nota:  Rasa kesian ada.  Rasa nak gelak pun ada.  Apa pun berhati-hatilah

Kredit info dan gambar: Forum Lowyat

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

23 thoughts on “External Hard Disk Palsu Di PC Fair?

  1. terima kaih di atas informasi yang sangat berharga. di harap pihak berwajib mengambil tindakan tegas dan memberi kawalan ketat lepada mana-mana kompeni yang mengambil bahagian dalam exspo tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge