Dah Tuntut Baucer Buku RM200 Ke Belum?

Assalamualaikum…

Untitled-1

Alhamdulillah tamat sudah peperiksaan akhir untuk semester kelima ini.  Daripada 7 subjek hanya 3 je yang ada final.  Tapi susah die kemain.  Rasa nak letih otak tiap kali habis habis satu paper.  Apa pun serahkan sahaja keputusannya nanti kepada Allah.  Kita dah berusaha sebaiknya biarkan Dia yang menentukannya.  Ok cukup setakat itu.  Hari ni nak cerita pasal Baucer Buku 1 Malaysia pulak.

Pemberian baucer buku kepada pelajar yang layak adalah intipati pembentangan bajet 2012 yang telah diumumkan oleh perdana menteri pada tahun lepas.  Ianya merupakan  langkah kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan mahasiswa untuk membeli buku rujukan/teks dan buku ilmiah sebab kebanyakan buku-buku seperti ini harganya agak mahal.  Boleh habis belanja makan seminggu tu.

Purata harga buku teks yang saya beli untuk kegunaan di kelas (kejuruteraan mekanikal) pun antara RM 60.00-RM100 dan bergantung kepada subjek.  Untuk pelajar kursus lain mungkin lebih murah atau pun lebih mahal.  Selain tu, ia juga sebagai langkah pihak kerajaan untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan mahasiswa.  Tau jela kan tabiat membaca kat Malaysia ni agak rendah jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.  So pemberian insentif sebegini adalah langkah yang patut dipuji.

Korang layak sekiranya:

1) Warganegara Malaysia

2) Pelajar yang sedang menuntut di IPTA, IPTS tempatan (Diploma, Ijazah, Master dan Ph.D)

3) Pelajar Matrikulasi dan Tingakatan 6 seluruh Malaysia

Korang pulak tak layak sekiranya:

1) Menuntut di IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebab dah dapat elaun buku RM 600

2) Pelatih KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) kerana pelatih dianggap sebagai pelatih praperkhidmatan dan bukan sebagai pelajar.

Macam mana nak tuntut?

Untuk mahasiswa di UiTM Shah Alam, korang boleh tuntut baucer RM 200 tersebut di unit kewangan (zon mana-mana takde hal punya. Saya tuntut kat unit kewangan di fakulti).  Tapi jangan lupa bawak kad pengenalan dan juga kad matrik masing-masing sekali ketika berurusan di kaunter.  Nak wakilkan member untuk tolong amek adalah tidak dibenarkan.  Senang je nak amek benda alah tu.  Tak sampai seminit.  Cuma kena pastikan setiap helai baucer tu telah dicop oleh unit kewangan terlebih dulu sebelum beredar.

Tuntutan baucer di UiTM Shah Alam adalah dari 10 Januari 2012-15 Mac 2012.  Baucer hanya sah sehingga 31 Mac 2012.  Kalau kawan-kawan di kampus lain korang rujuk pada pejabat HEP untuk keterangan lanjut.  Lain universiti mungkin lain cara pengagihannya.

Macam mana nak guna ni?

1) Pergi kedai buku, beli apa yang korang nak samada buku bacaan, alatulis, jurnal, majalah ilmiah dan yang sewatu dengannya.

2) Tunjuk baucer tu pada cashier (pastikan korang tulis nama dan no IC atas baucer)

3) Kalau nilai barang yang korang beli kurang RM 200 bakinya akan hangus dan tak boleh dituntut.  Kalau lebih RM 200 sila top up dengan duit sendiri.

4) Jangan gatal nak tukar baucer kepada duit ok!

Harap-harap kita semua dapat memanfaatkan insentif ini sebaik-baiknya.  Untuk siapa lagi kalau bukan untuk kebaikan kita kan?

p/s:  Lagi best kalau dapat baucer macam ni setiap tahun Smile

Kredit: Kementerian Pengajian Tinggi

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

8 thoughts on “Dah Tuntut Baucer Buku RM200 Ke Belum?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: