CD Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat Sudah Mari!

Wah..makin best nampaknya saya menggunakan sistem pengoperasian (OS) komputer berasaskan sumber terbuka yang dipanggil Ubuntu.  Minggu ni masuklah minggu yang ketiga saya menggunakan Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat dan masih lagi mengeksplorasi fungsi-fungsi yang cam best di dalamnya .  Klik sini untuk entri lepas berkaitan OS Open Source.  Tak sabar nak tunggu distro 11.04 Natty Narwahl yang akan release tak lama lagi.

Simple. stylish dan ringan.  Memang sesuai sangatlah dengan saya yang secara majoritinya hanya menggunakan software berasaskan internet bila mengadap laptop ni.  Paling kuat pun pakai Adobe Photoshop untuk belajar kerja-kerja graphic editing.  Main game dah tak minat dah.  Tak tahu kenapa.  Mungkin sebab game baru-baru dah tak dapat disapot oleh hardware laptop ni yang semakin berumur agaknya.  Kalau setakat Command & Conquer 3 tu boleh la.

Masih lagi menggunakan sistem dual boot (ubuntu ada, windows 7 pun ada dalam satu laptop yang sama) dan bukan Ubuntu standalone semata sebab sem depan nak kena pakai software AutoCad.  Takut Ubuntu tak support pulak.  Pernah cuba pakai Wine tapi tak berapa menjadi untuk kebanyakan software berplatform Windows.  Kenapa ye?  Ade sape-sape boleh tolong?

CD Dah Sampai! Weee~

CD Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat yang saya pesan beberapa minggu lalu telah tiba dengan selamatnya kat post box pada hari Sabtu yang lepas.  Kalau tengok dekat website tu katanya CD akan sampai dalam tempoh 6 minggu atas sebab semakin ramai yang order.  Tapi tak sampai 3 minggu dah sampai dah.  Efisien sungguh diorang ni.

CD ini telah diposkan daripada Holland melalui syarikat kurier TNT.  Layanlah gambar yang ade ye.  Klik untuk paparan lebih jelas dan mantap.

DSC02134

kalau perasan, alamatnya (atas kiri sekali) daripada Holland

DSC02135

delivery slip daripada TNT dan cop kastam

DSC02137

cover memang cun.  10.10 Desktop Edition

DSC02139

CD dan sedikit intro…

Untuk makluman semua, CD ini adalah percuma!  Tak payah bayar sesen walaupun dipos daripada luar negara.  Korang order je la kalau nak.  Program CD percuma ini dipanggil Ship It dan bertujuan untuk mempromote software Linux ke serata dunia.  Sesiapa yang tengah belajar kat oversea pun akan diposkan ke kediaman mereka di sana tanpa mengira di mana lokasinya.  Isi alamat aje bukannya susah macam jawab SPM.  Ikutkan boleh je download kat internet tanpa perlu menunggu CD sampai ke rumah.  Tapi saje nak test power program Ship It ni.  Orang dah bagi free tu rembat je la ye tak?

Kepada pengguna Windows yang nak test power OS Ubuntu, CD ni amatlah membantu.  Korang boleh try Ubuntu tanpa perlu menginstallnya dalam PC masing-masing kerana CD ini berperanan sebagai Live CD.  Hanya bertujuan untuk tunjuk kat pengguna baru akan interface Ubuntu berserta dengan software yang ada tanpa mengubah apa-apa setting PC korang. Lepas CD ni dieject daripada komputer, Windows sedia ada akan beroperasi seperti biasa.  Gunakan tanpa was-was.

Kalau berminat boleh order kat sini beramai-ramai dan kemudian tunggulah dengan penuh kesabaran..hehe.  Selamat menggunakan OS ori lagi free dan selamat berUbuntu! Hot smile

, , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

14 thoughts on “CD Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat Sudah Mari!

  1. weeee…cayalah bro..
    ni nak dapat tunjuk ajar apa lagi lepak jam forum.jomlinux.com
    sana aku mungkin ada..haha
    autocad benda tu boleh, kena pandai main winetrick aje la..
    cun lah..keep it up bro.
    THUMBS UP!!1

  2. Salam bro, leh tolong order satu tak, sebab bila signup password dia tak dapat la ..asyik error jer…dekat dua jam sign up tak lepas2..huhu..nak juga dari diorang percuma… =(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: