Album H I J R A H UNIC-HPA Dilancarkan Hari Ini!

Selamat melepak di hari Sabtu!

Masih lagi dalam mood bercuti.  Tapi dah mula usaha nak menyiapkan assignment dan lab report yang lama tertangguh.  Kena stadi pulak lagi untuk test Isnin ni.

Ok seperti tajuk entri, kumpulan nasyid UNIC akan melancarkan album terbarunya pada hari ini bersempena dengan KONVEK HPA 2010 yang sedang berlangsung ketika ini di PICC Putrajaya.  Album yang diberi nama Hijrah adalah album sulung usahasama antara UNIC-HPA dan merupakan album ketujuh buat UNIC.

Album Hijrah adalah projek khas Tuan Haji Ismail Bin Ahmad (Pengarah Urusan/Founder) dan lirik lagu di dalam album ini juga adalah hasil daripada nukilan beliau sendiri.  Harga seunit RM 25.90 dengan 5 nilai mata (untuk ahli HPA). Harga stended je macam album lain.  Maklumat daripada sumber yang dipercayai, sebanyak 4 000 ribu unit telah dicetak untuk cetakan pertama dan boleh didapati kat kedai HPA selepas ni (tu pun kalau tak habis tyme pelancaran di KONVEK 2010).

Senarai Lagu Album Hijrah

1) Hijrah

2) As-Syafi

3) Menuju Wawasan

4) Sajak Usahawan

5) Ubatan Hakiki

6) Sangkar Hati

7) Doa Dhuha

8 ) Doa Rabitah

9) Solatlah Wahai Permata Hatiku

Sebelum nak beli mesti nak test power dulu kan? So UNIC dah sediakan sedikit preview album untuk tatapan semua.

Saya dah dengar hampir semua lagu dalam album ni masa menghadiri ‘talk’ oleh Tuan Haji Ismail di HPAic 3 minggu lepas.  Adunan vokal dan muzik memang mantap macam album-album sebelum ini dan tak rugi jika dibeli untuk koleksi peribadi.

Jangan lupa untuk dapatkan album ini di kedai HPA / agen / stokis berhampiran anda sebelum kehabisan! :)

Terus UNIK Bersama UNIC

p/s: Dengar khabarnya sejarah dunia akan dicatat hari ini.  Jam berpusing melawan arah jam buat pertama kalinya di KONVEK HPA 2010! 8)

Blog Famili UNIC (FU)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

22 thoughts on “Album H I J R A H UNIC-HPA Dilancarkan Hari Ini!

  1. Dah tengok jam tu. memang cun. Ape pun, kenapa dia tak jual secara download? Pakai CD ni macam tak berapa sedap dah. Untuk peminat tegar/collector memang dia nak wat collection, tapi kalu pendengar biasa bagus download je.

  2. allhamdulillah, setelah berpenat lelah, HPA dan UNIC ahkirnya dapat menerbitkan Album UNIC-HIJRAH. tahniah buat Pengarah Urusan HPA Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad yang telah menyumbangkan bait-bait lirik sebahagian lagu dalam album ini. inilah hadiah buat penggemar-penggemar nasyid untuk halwa telinga dan paling penting menjadi pembakar semangat buat ahli-ahli HPA yang sentiasa menyokong perjuangan memartabatkan Ekonomi Ummah……….. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: