Takziah Untuk #MH17

10641233_10152403927659998_2434337272500069863_n

22 Ogos 2014 menandakan hari perkabungan rasmi bagi seluruh rakyat Malaysia seperti yang dah dimaklumkan oleh kerajaan bagi menghormati jenazah tragedi MH17 yang tiba di tanah air hari ini.  

Semua jenazah diterbangkan dengan pesawat khas kargo Malaysia Airlines daripada lapangan terbang Schiphol, Belanda ke KLIA.  Setakat ni hanya 20 jenazah yang dapat dibawa pulang selepas semua urusan selesai di sana.  Baca kat berita khabarnya jenazah yang lain akan dibawa pulang kemudian secara berperingkat.  Itu pun sekiranya segala urusan siasatan dan pengecaman selesai.

Pagi tadi pun sempat tengok majlis menyambut jenazah yang disiarkan secara langsung kat TV3.  Rasanya stesen tv lain pun mesti ada buat liputan memandangkan ni adalah majlis rasmi diperingkat negara.

Sedih dan sayu pulak bila tengok majlis tu yang memakan masa hampir sejam.  Tengok kat tv pun dah sedih apatah lagi perasaan ahli keluarga dan warga MAS yang terpaksa menempuh dugaan ini.  Lagipun ia bukan kemalangan biasa tapi ditembak jatuh oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Still ingat lagi masa hari kejadian.  Memula saje je nak tengok berita kat website CNN sebelum tidur.  Lepas tu terkejut bila pesawat MH17 dikhabarkan terhempas di Ukraine! Siap feature kat breaking news lagi.  Daripada nak tidur terus tak jadi.

Apa pun salam takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat dan juga kepada semua warga MAS di atas kejadian ini.  Be strong and stay strong.  Moga semua yang terkorban dicucuri rahmat oleh Allah.

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sudah berusaha sedaya mungkin untuk membawa pulang semua mangsa yang terlibat.  Siap dengan penghormatan tertinggi negara lagi mengikut istiadat tentera.

Mungkin ucapan tabah dan sabar tak cukup untuk menenangkan kalian semua tapi percayalah kematian itu adalah pasti.  Cuma bila dan di mana tu je yang Allah tak bagitau. Kita yang hidup ni pun kena bersedia sebab kita juga tak tau macam mana pengakhiran kita nanti.

Moga rohmu tenang di sana nanti.  Al-fatihah…

p/s: Apa cerita laa agaknya kotak hitam tu.  Harap-harap siapa tukang tembak tu dapat dibuktikan bersalah.

fitri johari

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com
fitri johari

Latest posts by fitri johari (see all)

11 Replies to “Takziah Untuk #MH17”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: