Berblogging lagi di petang Isnin. Curi masa kejap semetara nak siapkan assignment dengan report yang menimbun. Kerja oh kerja. Kau memang tak pernah habis selagi tak tutup mata. Tapi teringat pulak satu ayat yang saya pernah baca kat buku dulu. Tak ingat dah apa tajuk buku tu. Dia kata untuk orang Islam, masa hidup bukannya masa untuk berehat kerana kita akan berehat selama-lamanya selepas kita mati nanti.
Kerja berlambak macam mana pun kita redha jela. Kata khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan Bumi Allah ye tak? Ada hikmahnya bila kita sibuk dengan sesuatu. Sekurang-kurangnya takdela kita membazir masa tak tentu hala dan sudah pasti masa 24 jam sehari yang kita ada telah digunakan sebaik-baiknya.
Ok, entri hari ni ringkas (lepas entri panjang pasal laptop Asus sampai lenguh nak taip) dan santai je iaitu pasal kahwin. Tahun 2011 ni agak meriah dengan berita sahabat-sahabat daripada SMKA JB dan UiTM yang akan menamatkan zaman bujang mereka dalam usia yang begitu muda (22 tahun) dan masih lagi bergelar penuntut universiti. Setakat ni empat jemputan menghadiri walimah dah dapat dan mungkin bertambah lagi. Yang paling bestnya semuanya mengejut. Tetibe je dapat jemputan. Pandai betul diorang cover eh.hehehe
Nampaknya trend kahwin awal semakin popular zaman sekarang ni. Ada juga sahabat saya yang dah kahwin masa sekolah lagi. Apa pun ianya sesuatu yang bagus sebab dengan melaksanakan salah satu daripada sunnah Rasullullah SAW ini akan menutup segala pintu kemaksiatan. Dengan perkahwinan juga apa yang haram sebelumnya telah menjadi halal untuk kita. Sukati la nak dating kat mana-mana lepas ni tanpa gosip yang ntah pape. Jiwa tenang, fikiran pun jadi lebih matang sebab kehidupan akan lebih terurus selepas lafaz nikah disambut.
Tapi membuat keputusan untuk berkahwin bukan sesuatu yang mudah sebab ianya perlu digalas bersama dengan tanggungjawab. Tanggungjawab seorang bapa kepada anak perempuannya akan berpindah pula kepada bakal suaminya. Belum masuk lagi tanggungjawab memberikan nafkah oleh si suami kepada si isteri dan macam-macam lagi.
Apa pun, jika kita membantu agama Allah dengan menghidupkan syiar agamanya, Allah juga akan membantu kita dalam menghadapi setiap kesulitan yang ada dalam alam rumah tangga. Mesti bersyukur gile rasanya sebab jodohnya dah dipermudahkan.
Walimah Anas Arshad…Maklumat lanjut kat sini..
Tahniah dan selamat pengantin baru kepada member-member yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi (yang terdekat hujung minggu depan). Moga berbahagia dengan jodoh pilihan masing-masing dan moga dikurniakan dengan zuriat yang ramai serta dimurahkan rezeki. Lagipun Rasulullah sangat berbangga dengan bilangan umatnya yang ramai di akhirat nanti. Nanti aku boleh cubit pipi anak-anak korang. hehehe..
Barakaallahulakuma
Wa Baraka ‘Alaikuma
Wa Jama’a Bainakuma
Fil Khair!
p/s: Mana yang dah ada kekasih hati tu cepat-cepatlah kawen ok! Jangan tergesa-gesa jangan bertangguh tangguh…
p/s/s: Budak-budak Ex-SMKA JB jom pegi ramai-ramai!
- Riba: Soal Halal Haram Yang Sering Dibakulsampahkan (21)
- Jangan Main-main Dengan Button Dislike Facebook (8)
- Ada apa dengan 10.10.2010? (15)
- teringat masa pmr dulu… (9)
- aku dah ada burung..yeay! (14)

cik fitri bla pulak nk kahwin??hehe..tak sabaq aku nk trima kad jmputan hg nie.hehe
budak kampung´s last [entry] ..Boleh saya pegang awak tak
lambat lagi mehh..balaja pon tak abes lagi…
kejar cita-cita sebelum kejar cinta..cewaahh..haha
fitri´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
takper kalau kejar cinta pada masa yang sama kalau tak tangkap cintan hehehe
dnoBiz´s last [entry] ..Tokoh Islam – Ilmuan terhebat yang makin dilupakan “Miqdad Ibn al-Aswad al-Kindi”
kalau dekat boleh la aku pergi..hehe..next?ko la agaknya..
aizuddin´s last [entry] ..Undilah Kak Limah – Calon Umum Kampung Pisang
wah..haha..btol jugak eh.ko kat johor..wish kat FB ajela..
aku ley pegi..weee~
fitri´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
huh! x sabar pulak rasanya nk kawen nie, hehehe. nnt kt kahwin jgn lupe ajak aku pulak yer..
sampai masa..calon ada cukup ilmu di dada..duit dah ade..kawen ajela..hehehe
entah bile turn aku ..
fitri´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
Musim kawin? ye kot.. jai bulan 3 ni.. Jemputlah..he3
decrewz´s last [entry] ..Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire miming
wah..jai nak kawen!! tahniah! hehe
buat kat mane tu?
fitri´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
Kat Raub bro.. Jemputlah dtg nnt..
decrewz´s last [entry] ..Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire miming
“Jangan tergesa-gesa jangan bertangguh tangguh…”
mcm ayat dlm ‘aku terima nikahnya’
cik fitri bile lagi? t jemput2 la ye..
haish..amek kat mane lagi ye tak..hehe
rasa nak bace seround lagi je
fitri´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
setau aku, takde lagi member sebaya aku yang dah kahwin.
tapi yang bertunang ada gak dengar cite.
ps: terbau nasi minyak dari penulis blog ni. skg tgh tunggu kad jemputan je
Affan´s last [entry] ..Tips berblog bagi blogger yang sibuk
lambat lagi wei..hahaha..calon belum ado..
fitri´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
umur dah mauk 20++ ni la umur yang sesuai untuk kahwin.. kan kan haha
Fitrihadi´s last [entry] ..Gambar Bila Budak-Budak Dan Gajah Sama-Sama Gatal Dekat Perempuan
macam dah tak lama lagi je ko fit..ahakz..hahaha
fitri´s last [entry] ..Tahun 2011- Musim Member Kahwin!
~u make me wanna lala~´s last [entry] ..JET JONAH
dak2 utm ramai turun..huhuhu
bile lah turn cik fitri pulakkk…
lagi 2 3 tahun kot..hehehe
Salam bro,banyak faedahnya kahwin muda ni.Macam ibu ayah saya kahwin di usia muda.Anak dah besar-besar mereka masih mampu lagi untuk bekerja.
betul tu tapi kena pastikan sebelum jadi ketua rumah tangga tu Ilmu agama biar cukup, jangn pula nanti kerana kurang Ilmu keluarga kita pincang
dnoBiz´s last [entry] ..Tokoh Islam – Ilmuan terhebat yang makin dilupakan “Ibn al-Nadim”
Oh,ilmu tu dah semestinya tak kiralah tua atau muda.Dan lebih penting ilmu itu diamalkan.
menuntut ilmu tak kan pernah habis sampai keliang lahad =)
kalo dah cukup serba-serbi kawen ajela…
tak payah tunggu lama-lama…hehehe
Wah syoklah selalu dpt makan nasi minyak dan menambah pelaburan.. hi hi. Ni cerita pasal member kawin ni, ada apa2 ke? Mcm ada bunga2 je.
ANAS + MARYAM = ?
fikryn´s last [entry] ..Mark Zuckerberg Facebook dan Comic Book
takde manenye bunga-bunga..hehehe
lambat lagi..hehehe..nak habis belajar dulu..
assalam..ehem2..amboiiii…bukan main lg ye angah posting psl khwin….
..suka kak chik membacanya..kahwin awal,prnh jgk dlu,pegi satu forum berkaitan hal yg sama..ada pro dan kontra nya khwin awal nie..klu dh rasa x bole lwn hawa nfsu,cthnya mcm kluar g dating ke dll tuh,mmg patut pun nikah..sekurang2 nya dh jd halal nk buat apa pun silalah..tp,mslh nya kbnykn yg nk khwin ni..deorg x matang lg dlm bab2 rumah tangga ni..terutamnya kaum adam..ilmu munakaht perlu didalami dgn sebaik yg mungkin(bnyk hal perceraian sbb x fhm konsep sbnr &tujuan utama prkhwinan)..mungkin yg lelaki inginkn kesempurnaan pd prmpuan cth pndai memasak ,mnjahit,mngemas dsb,tp,lelaki pun kne ada ilmu yg die pelerlu pelajari jgk..jgn nk berat sblh okey..dlm hal nie,pd kak chik,dua2 pihak kne amik peranan..nk bina kluarga yg mawaddah wa rahmah bknnya mudah,tp apa yg pnting mudah2an segala urusan Allah swt beri klncaran.. 
p/s angah klu khwin jgn lupe jmput kami geng2 Famili Unic ni yer…huhu
ade orang kate kawen bukan untuk seronok2 tapi kawen amat menyeronokkan..hehe
kalo dah mampu serba-serbi calon pun da ade eloklah jalan je..tak payah nak tunggu lama-lama
fitri´s last [entry] ..Jom Kenali Buah Pinggang Kita!
Salam Bro.
Aku suka tajuk artikel ini. Sebab aku juga mengalaminya. Hehe
Seorang demi seorang rakan2ku yang sudah melangkah ke gerbang perkahwinan.
p.s: masa kita akan tiba juga. Fewwit.
Hadi Rofiee´s last [entry] ..Dia tidak salah- kita yang salah
wah..yeke..tahniah!
moga cepat bertemu dengan jodohnya ^^
fitri´s last [entry] ..Muziumkan Keputusan SPM Mu Itu!
Tidak sabar nak berkhawin.. EEEeeeee