Assalamualaikum…
Alhamdulillah semester baru dah pun bermula. Tapi baru berapa lecturer je yang dah bertandang ke kelas. Biasa la kan minggu pertama ni banyak urusan berkaitan pendaftaran kursus dan kumpulan yang belum diselesaikan. Masih berlaku pertukaran kelas, clash subjek sana sini termasuk nak menyesuaikan diri semula lepas bercuti semester selama empat bulan. Hehe.. Dasyat juga penangan cuti ni sampai lupa nama member dengan staf. Hahaha..
Korang antara salah seorang daripada pengguna Twitter? Saya juga adalah sebahagian daripada penggunanya dan pada masa yang sama adalah pengguna Facebook (walaupun dah tak berapa aktif kebelakangan ni..nape entah). Hari semalam dengan rasminya saya dah mengaktifkan Celcom Twitter Via SMS beberapa jam selepas menghentikan subscription Celcom Facebook SMS.
Macam rugi jugak la kalau nak on kan Facebook SMS sebab hampir 5 bulan tak menggunakannya samada untuk update status, baca private message dan lain-lain. So dekat RM20 jugak duit topap selamat disedekahkan begitu saja kepada pihak Celcom. Saya pun dah tak aktif sangat dengan Facebook lepas sign up burung biru ni. Tapi akaunnya masih ada dan takde plan lagi untuk deactivate sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ni. Cuma rasa macam hilang momentum seketika untuk nak manfaatkan FB.
Macam mana pun FB masih lagi menjadi medium penting untuk saya keep in touch dengan member-member lama yang lain. Cuma semenjak ada Twitter rasa macam lagi best pulak daripada FB. Mungkin sebab lagi simple kot daripada laman sosial sedia ada. Hanya update status and done! Tak payah pening kepala. Klik link di bawah untuk cara-cara mengaktifkannya dan caj hanyalah RM1 setiap minggu dan sila tweet sampai lebam ok!
AKTIFKAN TWITTER Via SMS DI SINI!
Tips Penggunaan Twitter Via SMS
Penggunaan service ni tak memerlukan sebarang henset canggih bertaraf smartfon. Kalau ada henset Nokia 3310 pun dah boleh guna dah InsyaAllah korang akan mendapat experience yang hampir sama macam guna Twitter kat desktop. Ikut je tips kat bawah untuk menggunakan Twitter SMS dengan optimum dan aman sentosa.
to follow someone type FOLL send to 29800
cth : FOLL <space> fitrijoharito stop follow type UNFOLL send to 29800
ex : UNFOLL <space> fitrijoharito tweet just type msg and send to 29800 ( 140 characters only )
ex: tengah mengantuk dalam kelas design then send to 29800to check own account status (number of follower, following and last tweet)
type STATS sent to 29800to reply tweet : @username msg and send to 29800
ex: @unicrecords bila nak datang UiTM Shah Alam?to send direct msg: type D username msg and send to 29800
ex D Avinash Jom lepak kedai mamak!to twit with MMS : just take photo add msg and send to 29800
note: You will be charged RM0.50 per mmsto stop Twitter via SMS: STOP ALL send to 29800
Jom kita rapatkan ukhuwah dengan komuniti burung biru sekarang. Your social network is simplified!
p/s: Baru guna 2 hari inbox message dah menimbun gara-gara banyak tweet..hehe
Kredit: Celcom Channel X dan blog ardzmarn
- Buat Custom Ringtone Dengan Lebih Mudah Untuk #WP7 (4)
- aku dah ada burung..yeay! (14)
- Windows Phone 7 Mango Sedia Untuk Dirembat! (9)
- Riba: Soal Halal Haram Yang Sering Dibakulsampahkan (21)
- Laptop: Terbaik Dan Tersengal 2011 (45)


wah.. sampai sanggup tu subscribe tweet sms..
ni kesan techology sekarang..
gerenti dalam kelas pun dok twitting ni..
kan2?
haha..
selamat berjuang kembali!
chayo!
cik nurussalwa´s last [entry] ..:: LELAKI TAK COOL KALAU.. ::
haha..sampai inbox flooded by tweets..hehe
kat kelas depend la..kalau takde lecturer baru tweet..kang mengamuk tuan lecturer
maat taufiq wan najah untuk kita
fitri´s last [entry] ..Sayonara Facebook But Say Hi To Twitter!
Twitter lebih ringkas dan pantas.. yg penting dia free.
betul tu bro….semue kite bleh kongsi ngan pantas…..
facebook,twitter.. sekarang tengah famous Google+ meh la try