Kebelakangan ini isu halal haram dalam makanan menjadi topik utama kat dunia internet ni. Ada perkhabaran yang boleh dipercayai tapi kebanyakannya tidak. Sebabnya ramai pulak tukang sampai berita yang tak periksa betul-betul khabar angin yang diorang dapat sebelum disebarkan kepada orang lain. Tak kira la guna blog, Facebook dan benda yang sama waktu dengannya. Keadaan menjadi bertambah buruk bila pihak kerajaan berteka-teki pulak pasal bir halal yang dikatakan haram tapi pada masa yang sama tak memaklumkan kepada umum jenama bir tersebut dan ia membutkan pengguna semakin keliru.
Kesian tengok company yang tak bersalah tapi terpaksa buat sidang akhbar untuk membetulkan fakta. Yang halal jadi haram dan haram jadi halal. Tapi dari sudut positif jelas membuktikan yang rakyat Malaysia sekarang semakin peka dengan apa yang diorang makan. Hanya makanan yang halal sahaja dibenarkan masuk dalam badan. Kredit untuk korang semua.
Tapi ada satu benda yang yang kurang diambil berat dan selalu diabaikan oleh umat Islam iaitu soal riba dalam kewangan. Jangan diremehkan soal ini kerana dosanya lebih besar daripada termakan sosej bercampur babi! Tak percaya? Sila saksikan video di bawah dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Riba kat mana-mana pun ada. Contoh paling mudah ialah akaun simpanan kita di bank. Adakah kita menyimpan di dalam akaun konvensional atau pun akaun Islam? Sedarkah kita bahawa riba tetap berlaku walaupun kita hanya sekadar menyimpan? Emm..itu baru soal duit simpanan. Belum lagi cerita bab pinjaman perumahan, kenderaan dan insuran.
Pendek kata bila sistemnya bukan berasaskan Islam, hampir pasti ianya akan terkait dengan unsur riba. Entri ni bukan nak terangkan mengenai hukum urusan kewangan tadi sebab saya sendiri pun berapa pandai. Cuma ada beberapa link dan buku yang saya gunakan untuk dijadikan rujukan. Kalau korang ada rezeki lebih, tak rugi rasanya korang beli buku karya Ustaz Zaharuddin. Antaranya buku Wang, Anda dan Islam. Sangat bagus buku ni untuk bacaan orang awam macam kita. Sekurang-kurangnya boleh memandu korang bila nak membuat urusan berkaitan perbankan dan kewangan nanti.
Atas kesedaran diri sendiri, saya mengambil keputusan untuk menukar semua akaun bank saya kepada sistem Islam pada minggu lepas. Masih di bank yang sama (tapi bukan Bank Islam ok) cuma switch ke perbankan Islam sahaja. Proses hampir serupa dengan membuka akaun yang baru. Agak melecehkan tapi takpela demi nak menjauhi dosa riba ku turutkan jua..hehe.. Insurans buah hati CT ku juga dah nak habis hujung bulan depan. InsyaAllah nak bertukar ke sistem takaful pulak.
Emm..saya dah tukar..anda bila lagi? Jangan sampai mengisytiharkan perang kepada Allah pulak ok.
- Facebook Atau Facecrook? (46)
- Sayonara Facebook But Say Hi To Twitter! (5)
- Polis pun nak ada facebook jugak! (6)
- Harga Petrol dan Gula Naik Esok! (8)
- Tutorial Guna Custom Ringtone Dalam Windows Phone 7 (1)
Saoal riba lagi berat jika dibandingkan dengan perkara halal/haram dalam makanan.Kos sara hidup semangkin tinggi menyebabkan ramai orang islam tidak lagi ambil peduli soal wang yang disimpan di dalam bank halal atau haram…
tapi bila ada duit bercampur riba keberkatan harta akan kurang..sebab tu rasa macam tak cukup je dengan duit yang ada
sumer bank dah banyak yang gunakan nama islam untuk simpanan contoh public bank untuk simpanan
saya tak tahu pasal public bank..tapi kalau maybank default account adalah konvensional..sebab tu saya swith ke maybank islamic.itu pun lepas saya tanya status akaun saya pada pusat khidmat pelanggan.kene tutup akaun lama lepas tu bukak akaun baru
Ramai yang sibuk menyimpan untuk pelaburan sampai terlupa soal riba ni. Terutama yang join public mutual (main saham) dan yang serupa dengannya.
kene berhati-hati dengan apa yang kita join..kene tahu dulu skim tu boleh ke tidak..insurans pun sama
habis tu kena tukar la ke perbankan islam.
itulah sebaik-baiknya..baik susah sekarang daripada susah kemudian hari nanti
stuju ngan entry ni. ramai yg masih xsedar yg kebanyakan bank2 conventional tak mengamalkan pelaburan cara islam. namun, ada jgak bank yg mengamalkan cra islam tp msih melabur dengan syarikat yg menjual brngan xhalal, e.g:arak, etc.bergantung pda peratusan pelaburan meraka. So, sebagai pengguna kita kena bijak memilih
yang penting kita berhijrah..sebab pelaburan tu pulak adalah tanggungjawab pihak bank..diorang yang berdosa jika melabur dalam sektor yang tak sah di sisi syarak
Riba mungkin bukan persoalan pokok.. tapi keimanan.. tanpa keimanan, yang halal pon sodap
mengamalkan riba boleh memcerminkan keperibadian kita
Pilihan ditangan kita… tiada paksaan atau tekanan,
kita sendiri yang menentukannya
elok kita sama2 pindah ke sistem islam
jom!
Wahai orang-orang yang beriman, Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu (jangan tuntut riba yang masih ada pada orang yang berhutang) , jika benar kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak melakukan (masih menuntut riba) maka ketahuilah, kamu mengishtiharkan perang dengan Allah dan Rasulnya, dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu (harta yang boleh dituntut dari hutang) . (dengan demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Lembu – 278-279)
bab halal atau haram ini..kekadang kita tak sedar..sampai satu tahap..dah jadi macam kebiasaanya sahaja dalam kehidupan kita.
bila jadi satu kebiasaan dah takde yang nak menegurnya dah
fitri´s last [entry] ..Sayonara Facebook But Say Hi To Twitter!
Dalam sistem perbankan Islam sebenarnya wujud keraguan tentang riba ni. Macam Bank Islam, sekiranya mereka mengenakan kadar interest bagi pinjaman, perkara tentang riba ini akan muncul. Ianya tak akan diketengahkan, kerana ini melibatkan urusan mendapatkan keuntungan.
Haldy´s last [entry] ..Kerajaan Barisan Nasional yang Penipu?
bab-bab macam ni memang saya tak mahir..tapi ustaz cakap bila ada penasihat syariah dah luluskan apa yg bank islam buat tanggungjawab kita sebagai orang awam dah terlepas.dah tak berdosa.diorang yang lebih alim dalam bidang ilmu masing-masing..diorang yang dipertanggungjawabkan nanti jika diorang menipu dan sebagainya
fitri´s last [entry] ..Sayonara Facebook But Say Hi To Twitter!