REVIEW: PRK Galas dan Batu Sapi

Berakhir sudah pilihanraya kecil (PRK) DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah.  PRK di dua kawasan tersebut terpaksa diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut selepas kematian kedua-dua penyandangnya.  Tahniah untuk Barisan Nasional atas kejayaan ‘merampas’ kerusi DUN Galas dan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoroti yang lebih besar.  Untuk Pas dan PKR, banyak lagi yang harus dilakukan untuk memenangi hati pengundi di kawasan luar bandar.

Berikut adalah keputusan rasmi PRK semalam.  Sila klik gambar untuk tumbesaran.

image image

kredit

Keputusan rasmi dah keluar dan takde apa yang dapat diubah.  Cuma ada beberapa perkara yang saya nak ulas berkaitan dengan kedua-dua PRK ini dan hanya pandangan peribadi semata-mata sebagai orang muda.  Lagipun saya  bukannya pengundi kat dua-dua kawasan ni..  Mungkin isu yang sama je dengan 13 PRK pasca PRU 2008 yang lain.

1.  Antara PRK yang aman.

Tak dinafikan PRK kali ni antara yang teraman.  Tak banyak sangat insiden-insiden tumbuk menumbuk, balun membalun dan yang sewaktu dengannya.  Cuma masa hari mengundi pulak dikatakan seorang Puteri Umno dibalun dengan kayu oleh seorang wanita warga emas.  Serangan peribadi tu biasalah.  Dah takde modal, orang pulak yang dicacinya.  Kadang-kadang dua-dua sama.

2.  Terlalu banyak gula-gula.

Kalau terlalu banyak makan benda manis nanti boleh kena diabetis.hehe..  Seperti biasa, masa pilihanraya je komfem projek pembangunan jutaan ringgit akan dijanjikan kepada penduduk kawasan sekitar.  Yang pelik-pelik pun ada.  Pasang wifi kat kampung yang belum tentu ramai yang guna streamyx, jalan yang diturap secara tiba-tiba walaupun jalannya elok lagi. Yang menarik perhatian saya ialah projek 1500 buah perumahan rakyat dengan peruntukan RM 180 juta.  Maknanya rumah untuk keluarga miskin adalah berharga RM 120 000 sebuah.  Harga dah macam rumah kat bandar pulak.  Jangan retak atau runtuh sudah.

Sebab tu ramai berdoa supaya wakil rakyat mati.  Nanti macam-macam boleh dapat.

3.  Parti merasuah pengundi setempat.  Penduduk pun sebat je..

image

Tak di highlight langsung dalam media arus perdana.  Sedih juga kerana semuanya membelakangkan hukum agama semata-mata untuk mendapat habuan ciput yang dah sememangnya haram tu.  Bila tengok video di youtube seakan tak percaya bila duit kopi diagih dan diterima dengan lapang dada tanpa ada rasa bersalah.  Memang patut pun ranking persepsi rasuah di negara ini semakin jatuh dari tahun ke tahun.  Setakat ni SPR belum (atau tak akan bertindak).  Video dah ada gambar pun ada.  Jadi apa tunggu lagi?

Benar bagai dikata ustaz, kemiskinan dan kesempitan hidup (sebab kedua-duanya kawasan luar bandar) akan menyebabkan manusia melakukan apa saja untuk survival kehidupan mereka.

Saya juga tak setuju dengan langkah PAS memberi wang tambang untuk pengundi balik mengundi.  Biar mereka balik atas kerelaan sendiri dan atas dasar tanggungjawab sebagai pengundi.  Pasal wang zakat untuk saudara baru orang asli tu pada saya bukanlah satu kesalahan.  Lagi pun memang saudara baru adalah salah satu daripada asnaf zakat.  Cuma pemberiannya yang tak kena masa.  Bagi tyme PRK memang akan menimbulkan kontroversi.  Bagilah masa lain.

4.  Media berat sebelah

Tak kira pilihanraya atau tidak, memang sentiasa berat sebelah.  Sebagai sebuah negara demokrasi terpimpin , media harus bebas untuk menyiarkan liputan berita  tanpa mengira fahaman politik.  Agak menyedihkan bila ada isu-isu panas, hanya kenyataan pihak kerajaan sahaja disiarkan dan kenyataan daripada pembangkang dibakulsampahkan.  Jika pembangkang dikritik, mereka tak diberikan ruang untuk menjawab kritikan tersebut.  Muncul dalam TV jarang sekali!  Sila bukak TV tengok berita dan nilai sendiri.

Elok jadikan media Indonesia sebagai contoh.  Bila pilihanraya presiden, semua parti bertanding diberi peluang sama rata untuk muncul di TV dan berkempen.  Rakyat diberi peluang sepenuhnya untuk memilih.  Tanpa doktrinisasi tanpa tekanan.  Kalau nak berlawan mestilah atas padang yang sama kan?

Tapi kawalan masih perlu supaya jangan kenyataan mengarut keluar pula daripada mulut ahli politik.

Kesimpulan…

4 point sahaja yang menjadi bebelan untuk kali ini.  Sekali lagi, ia hanyalah pandangan peribadi sepanjang menjadi pemerhati terhormat tak bertauliah.  hehe… Mungkin betul mungkin juga ada salahnya.  Terpulang kepada penilaian masing-masing dan ruang perbincangan masih terbuka.  Kalau ada nak tambah pun takde masalah.  Memandangkan myfitri bukan blog politik,  jadi komen-komen membina sangat dialu-alukan dan jangan terlalu emosional ok!  Bukankah kita warganegara yang prihatin :?:

Hit comment button and express your view!

, , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

30 thoughts on “REVIEW: PRK Galas dan Batu Sapi

  1. asslamualaikum…hehe..^_^ i wanna be the first to comment for this post.Sbnrnya,kalau kita lihat secara kasarnya mmg lah isu terutamanya dlm bermedia misalnya pihak pmbngkang tidak diberikan ruang yg secukupnya malah,seolah2 spt disekat utk bersuara…*meskipun apa yg yg deorg ckp tuh xrealistik@releven tetapi selayaknya diberikan ruang utk mereka..hndak mngharapkn media alternatif apa olah sgt yg ada.lihat saja di Amerika umpamanya antara 2 parti terbesar iaitu demokrat&republikan
    masing 2ketika pilihanraya diberikan liputan yg sama adil dan seimbang..dgn itu ,rakyat dpt menilai dgn teliti
    selayaknya pihak mana yg layak utk mentadbir urus negara..tetapi diMalaysia ,macam berat sblh pun ada.Nak harapkan berita ,100% pn kita x boleh nk percaya sngt seharusnya media diberikan kebebasan penuh utk bersuara dan tidak hny terikat pd peraturan2 tertentu*my cousin &mysister adalah wartawan akhbar*
    jdnya kita sbg rakyat kna sedar.yg paling utama remaja hari ini kena amik peranan sbb nya kita adalah pelapis utk tampuk kepimpinan yg akan dtg.kalau tidak kita siapa lg?..aduhh sowy laa ye angah..kekeke*pnjg benor.sekian coretan gila2 dr ku.wsalm

    • haha…boleh buat entri blog..hehehe

      yup bersetuju dengan semuanya…tapi golongan muda skarang dah pandai carik maklumat sendiri..lepas ada internet ni kita dah boleh dapat yang benar..

      nak harapkan media arus perdana pun xboleh juga..begitu juga internet..cuma kena pandai tapis la setiap apa yang kita baca…xleh main sedut je..
      fitri´s last [entry] ..REVIEW- PRK Galas dan Batu Sapi

      • Kadang2 terlintas dlm kepala ni angah..knp ble time pilihanraya semuanya nampak bgus2 belaka..walhal apa yang rakyat minta kdg2 ada yg kerajaan pusat@negeri lepas pndg..w/pun ada jgk media yg amik berat cth nya rncgn Aduan Rakyat kt tv3 tuh…ada yg tgu berthun2 tp x pnh nya nak dapat..kita nk slh kn pmerintahn pusat pun x boleh..kita kna tgk jgk pihak2 yg da diberkn amanah mcm pihak pbt,majlis bandaran,kna lah jalan kan tamggung jawab,jgn sekadar menagguk di air yg keruh je..@nk tgu dapat duit kopi baru nk jalan..klu mcm tuh baik x payah..nk cari org yg bnr2 jujur dlm berkhidmt mmg ssh nk jmpe zmn skrg..jika difikirkan sec islamik nya kan,ni lah tanda2 dunia akhir zaman..manusia lebih cintakan pangkat dan kemewahan dunia..sampai2 hukum Allah ditolak tepi…

        • klau dicite soal politik mmg xde pnghujungnya…..tetapi segala2nya bergantung pd kita as a voters and a citizen of malaysia..klau kita rasa sygkn nagara ni..nk kan demokrasi ditegakkan sebaik mungkin..maka undilah calon yg anda rasa benar2 berkemampuan melaksanakan tugas dan amanah,bkn pula yg hny reti bg gula2 politik pd msyarakt then after pilihnraya hilang sudah..

  2. Salam fitri,

    Saya orang kedua yang komen.Sememangnya bila diadakan PRK,saya amat setuju memang 4 benda nilah yang akan jadi topik hangat untuk diperkatakan.

    Bila PRK,perkara-perkara di atas seolah-olah menjadi perkara wajib untuk dilakukan(parti mana yang selalunya lakukan?Renung-renungkanlah).Contohnya pemberian gula-gula.Betul kata fitri,kadang-kadang apa yang dijanjikan hanyalah ucapan-ucapan kosong semata-mata,untuk ambil hati pengundi.
    Rahsia Buah Pinggang Sihat´s last [entry] ..Pemeriksaan Batu Karang

  3. Tak boleh nak salahkan media juga.

    TV
    Kita tau Media Prima dan RTM adalah pro-BN, dan sudah tentu berita akan berat pada BN. Tapi ingat, ini kawasan Gua Musang, semua rumah ada Astro. Maksudnya, mereka ada akses ke rangkaian berita bebas.

    Blog
    Blog pro-BN saya respek sebab mampu bagi detail tentang isu. Siap ada salinan surat, statistik, temuramah, graf, carta dan pelbagai bukti. Cuba bandingkan dengan blog pro-PAS. Malu saya tengok. Kebanyakan hujah cuma hujah berasaskan logik akal, berita rungutan rakyat dan berdasarkan pemerhatian mata kasar. Tak ilmiah dan tak memberi inspirasi langsung.

    Secara jujur, kalau kamu baca Harakah, apa pendapat kamu? Harakah ni berkualiti ke? Bagi saya Harakah tak berkualiti. Sekarang jika aku baca harakah, cuma rencana Subky Latif yang aku baca. Yang lain skip.

    Akhbar
    Cuma Utusan dan Bharian je kot yang berat pada BN. Yang lain macam Metro tu tak campur politik, cover sikit sikit je.
    Di Kelantan ada satu akhbar daily yang adil dan bebas, Sinar Harian. Tabloid ni lebih dekat dihati pengguna disini, sebab murah RM1, bebas dan adil kepada semua. Lagipun, PR masih ada Harakah dn Siasah. Ada 8 hari berkempen maknanya sudah ada 3 isu harakah, 3 isu Siasah. Boleh mereka guna kalau mereka mau.

    Kesimpulan, memang padang tak rata tapi nak salahkan padang sepenuhnya tak adil.

    • wah..ulasan yang bernas..boleh jadi satu entri da ni..hehe

      mgkn sebab stesen tv tu adalah milik parti..sebab tu asik backup je..tp saya dah meluat…xlarat asik dengar puji melambung diri sendiri memanjang..macam takde ape yg negatif…bila xde check and balance mcm mana nak jadi kerajaan yang baik.

      skang mmg jarang sangat tengok berita TV..

      nak yang neutral..dua-dua dilaporkan dengan adil dan kita boleh nilai sendiri…sinar harian mgkn contoh terbaik buat masa ni…

      sy kurang baca blog politik..bkn apa..tak berselera nak tengok diorg cemuh lawan mereka..perkataan ntah pape…asik nak kondem je…

      pape pn thkz atas pandangan…
      fitri´s last [entry] ..REVIEW- PRK Galas dan Batu Sapi

  4. Mcm kes Sandakan, Datin Linda bukan satu calon yang popular. She is nobody, orang kenal dia sebab suami dia, plus mungkin dia biasa dengan penduduk.

    KM Sabah Yong Teck Lee dengan Ansari tu jauh lagi popular dari Datin Linda. Tapi KM YTL yang paling rendah dapat undi, padahal bekas KM tu.

    Kesimpulannya, pengundi memilih pati bukan pilih calon.
    asrul´s last [entry] ..Istrinya Kolenel Sander

  5. Pada saya isu rasuah ni tanggungjawab bersama. Oleh itu nak point pada mana-mana pihak tak berapa kena sebab depa semua tu politicians. Mana2 peluang yang ada akan dipergunakan sepenuhnya tak kira govt atau pembangkang.

    Bab pekerja tu janganlah dianggap rasuah.. penat depa kerja tu, tak kan lah FREE aje. Mesti ada gaji bagi tugas yang dibuat. :D

    Yg penting negara aman damai.. Kalau ada yg tak suka wakil rakyat masing2, usahlah korang undi dia…

    • rakyat biasa pun ramai makan rasuah..cuma ahli politik ni public figure…so ramai yang kenal..mmg iatanggungjawab bersama..tp masih ramai yang belum sedar betapa besar kesan pakai duit haram tu dalam kehidupan…

      hehe yang video tu ntah le..xde ditempat kejadian..mcm2 intrepretasi yang kuar kat fikiran

      harap2 begitulah..keputusan di tgn kita…

      thkz atas respon!
      fitri´s last [entry] ..Aku Sudah uBUNTU!

  6. Pembangkang di Malaysia masih boleh bersyukur untuk bersuara.. Kalau di Singapura, pembangkang cakap saja akan masuk lokap, orang Melayu di Singapura senyap tak berkata apa..

    Bagi aku, sama2 je sape2 jadi pemerintah. Lihatlah nanti.. Masa BN memerintah Selangor, diorang kata BN bagi projek kat kroni, tapi bila diorang memerintah pun bagi kat kroni.. Sama je.. Kontraktor kena daftar jadi ahli PR kalau nak projek, ramai dah aku dengar kontraktor cakap “kena masuk PAS la, kalau tak susah nak dapat projek”..

    Dulu katanya BN tak bagi ruang nak berkempen, sama je sekarang, Banner bapak aku tak dibagi permit sebab BN punya..

    Pembnagkang di Malaysia ni masih tak matang, membangkang bukan untuk mengubah, tapi nak berkuasa je.. Bila berkuasa, mereka buat apa yang mereka bangkangkan..

    Tak mustahil kalau PR memerintah, media akan berat ke PR sebab mereka memerintah.. Akhirnya politik Malaysia tak aman2 sampai kiamat..

    Orang Melayu kita tak faham apa itu perjuangan bangsa dan agama.. Perjuangan agama untuk tegakkan Islam dalam kehidupan kita, perjuangan bangsa untuk survival hidup, kalau tak diperjuangakan ramai la tak dapat masuk UiTM, dapat biasiswa JPA.. Tengok la sekarang, bangsa kita lemah, biasiswa yang layak untuk orng Melayu pun dah kena kongsi dengan Cina India.. Cuma kita yang tak bersyukur..

    Bila kita dah kerja nanti baru kita rasa, aku dah dapat rasa dah, orang Cina akan amik kesempatan dengan orang melayu ni.. Macam Cina tak nak bekalkan botol kat HPA, sebab orang Melayu punya.. Kalau kita tak kuat, Islam pun terkubur nanti..

    Memang banyak yang buruk dalam kerajaan, tapi kalau kerajaan yang nak amik alih pun sama 2×5, tak ke mana-lah Malaysia ni..

    Aku baca Utusan, Malaysiakini, Harakah, Malaysian Insider.. Boleh check and balance.. Kalau baca portal alternatif je, boleh jugak dikira berat sebelah.. ^_^

    Sama je bagi aku, sebenarnya kita terlebih kepartian daripada perjuangan..

    • 1. yup sebab tu ranking kebebasan bersuara diorg jauh lg truk drpd malaysia…padahal maju lg tu dr kita..kita lebih baik..

      2. fakta yg kedua ni pn aku ade dgr2 gak…diorg cam kira nak balas balik la mcm apa yg diorg pnah kena dulu..sangat tak profesional…kenapa perlu membalas (jika kerajaan sblmnya buat)…xblh bkk buku baru ke?sengal T_T..

      3. benda ni mmg aku perasan sejak masa diorg x menang p/raya lagi…susah untuk mereka memuji apa juga dasar baik drpd kerajaan semasa…bangkang dah jadi satu kemestian..serangan peribadi jgn cakaplah..

      4. aku rasa elok ptptn sekarang ni di convert jadi biasiswa utk org melayu..kata hak melayu ni memang terjaga..so pelaksanaannya perlu ada..bg pada yg dpt abes 3 pointer pun da kire bagus..

      5. pasal x nak jual botol ni fest time dgr…diorg takut produk halal bakal tenggelamkan produk haram di rak kedai nanti…secara tak langsung akan menghambat diorang untuk jual makanan halal..walaupun terpaksa..bagus la tu..

      6. MI dah jatuh sikit integritinya..ada wartawan yang aku rasa dia ada unsur favouritism dalam pemberitaan..apa pun sumber makin banyak..kena pandai pilih..sekarang cuba beralih ke sinar harian…terbaik setakat ni pada aku..2 2 coverage ada..

      kesimpulan ade rasa cam malas mengundi pulak..haha..mmg tanggungjawab..abis kalau dua dua kelihatan sama mcm mana tu..haish..moga ada perubahan..sebab tu la xske politik kepartian..sbb nnti kita suka sanggah kalau kritikan tak selari dengan kita…

      aku nmpk org muda skrg tak suka politik kepartian..tp politik nilai..mana yg btol disokong..mana yg salah disanggah.. perkembangan yang bagus!!

      thkz jamal atas komen..membuka ruang fikiran..bagus pulak rasa diskas benda mcm ni…nnti ade isu lagi aku tulis…

      p/s: komen da ley buat entri da tu..hehehe :p fitri´s last [entry] ..REVIEW- PRK Galas dan Batu Sapi

  7. Pingback: Pendapatan Terumpuk Nuffnang | myfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: