Alhamdulillah hari semalam saya dah selamat mendaftar sebagai pelajar baru UiTM Shah Alam di bangunan Sains dan Teknologi. Dah dua tiga kali datang kampus ni. Tapi tak familiar sangat dengan jalan kat situ yang berbukit-bukau. Student barulah katakan. Menariknya, pertama kali jumpa lif yang butangnya ada kat luar. Kat dalam ada butang bukak tutup pintu lif je. Kalau nak naik tingkat mana-mana kena tekan kat luar. Unik!
S&T Building UiTM Shah Alam…
Macam biasa sesi isi borang yang banyak tak hengat dan macam-macam dokumen yang nak diperiksa staf UiTM tu. Macam-macam kerenah ada. Salah isi borang, tak bawak dokumen dan berlambak lagi masalah. Nasib baik laju je turn saya kat kaunter tu. Rasanya pendaftaran kat sini lagi sempoi dari kat UiTM Penang. Pakai T-Shirt berkolar dengan berkasut pun dah cukup untuk mendaftar. Kalau kat Penang kena pakai kemeja ber ‘tie’ lagi. Memang panas…
jom serang! sila klik banner untuk maklumat lanjut…
Lepas selesai mendaftar saya ke Kompleks PKNS Shah Alam. Kebetulan ada pesta buku Selangor yang sedang berlangsung hingga hari esok. Terperasan saudara Hilal Asyraf, penulis buku Lamgit Ilahi yang sedang saya baca ketika ini di booth Galeri Ilmu. Malangnya tak banyak booth yang nak bagi diskaun untuk buku-buku yang dijual macam jat Pesta Buku Antarabangsa KL. Ada dua tiga je booth yang ada offer. Buku yang berlambak memang tak payah ceritalah. Mana-mana yang duduk area Shah Alam silalah serang ye Pesta Buku Selangor ni esok kerana gefung ilmu sedang menanti anda! Kalau bernasib baik bolehla jumpe maskot Alif dengan Anis yang besar gedabak tu. Tapi maintain kiut-miut.
Misi baru bakal bermula…
Sesi pengajian peringkat Ijazah akan bermula minggu depan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Menyambung semula kursus yang sama masa Diploma dulu. Perjuangan ilmu yang tak pernah berbeda matlamat asalnya cuma tempat sahaja yang tak serupa.
Bersemangat rasanya nak sambung belajar semula lepas membekukan diri kat rumah bila habis Diploma semester lepas.. Seperti enjin yang dihidupkan semula lepas berhibernasi dua bulan. Pastinya target baru yang saya nak letakkan bila belajar kat sini. Apa targetnya hanya saya dengan Allah jela yang tahu.
Moga-moga dapat belajar dengan tekun lagi kat sini dalam usaha mempersiapkan diri sebelum dilepaskan ke dunia realiti lepas habis belajar nanti. Selamat berjuang saya titipkan buat rakan seperjuangan yang lain. Selamat menempuh ranjau berliku dengan penuh kesabaran kerana ia memang sunnah orang berjuang. InsyaAllah sampai ketemu di puncak kejayaan dihujungnya nanti.
Man jadda wa jada! ![]()
- Dah Tuntut Baucer Buku RM200 Ke Belum? (8)
- WikiLeaks Yang Gila Kentang (36)
- Tambah Setahun Umur Kalendar Kurang Setahun Umur Kita (16)
- Debat Khairy-Rafizi: Adakah Malaysia Ke Arah Wawasan 2020 (Video Penuh) (2)
- Tutorial Guna Custom Ringtone Dalam Windows Phone 7 (1)


gud luck lah..macam best je duk study jauh2 ni..hehe
aizuddin´s last [entry] ..Streaming – Tengok Tv3 Media Prima Malaysia Secara Online
trimas! hehe…
best wo…adventure…byk la berdikari sendiri…huhu
fitrijohari´s last [entry] ..Perjuangan Baru Bakal Bermula-
salam. good luck!~
selamat menempuh satu lagi fasa kehidupan yang lebih mencabar ehehi.
semoga kejayaan sentiasa bersama anda.
gud luck juga untuk anda~
insyaAllah moga semuanya dapat dilalui dengan baik tanpa sebarang kesengalan…hehe
ameeN~ dpt ddk kolej x tu?
ehehi kesengalan tu memang dah tak boleh nak dielakkan lah
alhamdulillah dapat kolej mawar. dekat je ngan fkm
akhirnya..dah sambung perjuangan balik…
gud luck!!!
cintahati´s last [entry] ..Sayangi Dia……
haha…begitulah nampaknye…boring plak ddk uma je…mase utk bekerja semula~
thkz…
fitrijohari´s last [entry] ..Perjuangan Baru Bakal Bermula-
Aku pun tak sabar nak sambung kat sana.. Doakan aku..
Jamal Rafaie´s last [entry] ..KEMBARA UNIQUE UTARA SELATAN
insyaAllah secepat mungkin…huhu
fitrijohari´s last [entry] ..Perjuangan Baru Bakal Bermula-
wah… tahniah… study elok2… pastikan berjaya kelak…
Paksu-IT´s last [entry] ..mesti baca 3 Sebab Ubuntu Lebih Selamat Daripada Windows
thkz! yup kene stadi lek lok untuk menuju kejayaan di hadapan…hehe
fitrijohari´s last [entry] ..Perjuangan Baru Bakal Bermula-
semangatnye ko..bgus bangat!
ak xnk nek sem!
neway, break a leg!
~u make me wanna lala~´s last [entry] ..today was a blast-
yeah kene semangat utk sambung degree ni…huhu
mmg susah sikit skang..nak g klas la assignment la…tp insyaAllah di masa depan…
fitrijohari´s last [entry] ..Perjuangan Baru Bakal Bermula-
salam..gud luck n all the best!!huhu.
farhanasuzany´s last [entry] ..jangan suke sangat-nanti menangis
insyaAllah…moga dimudahkan…trimas!
fitrijohari´s last [entry] ..Perjuangan Baru Bakal Bermula-
mantaplah! hehe..=)
uitm puncak alam skg dah riuh rendah..padatttttttttt!!!!!
muka budak2 je belambak! (student asasi)
memang mantep! huhu…
bape org dah msk ari2?
haha…biase mcm mase awl2 kite msk gak..haha
fitrijohari´s last [entry] ..Perjuangan Baru Bakal Bermula-
selamat berjuang lah ye heheh
Syafrizal´s last [entry] ..Buatlah pilihan anda sendiri
insyaAllah…beres bos!huhu…
fitrijohari´s last [entry] ..Perjuangan Baru Bakal Bermula-