siap kelip-kelip lagi….
Jumaat lepas keputusan permohonan UPU selamat diumumkan. Saya salah seorang pemohon yang mohon UPU tu. Macam biasa server agak penuh pada tengah harinya. Biasalah keputusan baru keluar. Jadi semua berhimpit-himpit dan bertolakan sampai nak tergolek kat ‘pintu’ yang tak berapa nak besar tu. Kali ni bagus sikit daripada sebelumnya sebab server dah ditambah kepada empat. Jadi tak teruk sangat sampai tak boleh bukak. Lepas nombor IC di key in, “Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda ke IPTA TIDAK BERJAYA” keluar menampakkan dirinya. Siap berkelip-kelip lagi macam lampu raya.
Perasaan masih lagi biasa. Mungkin tak layak agaknya nak masuk universiti lain yang lagi hebat daripada tempat sekarang. Lagipun mintak UPU sekadar suka-suka. Kalau dapat Alhamdulillah sebab adalah banyak pilihan nanti. Kalau tak dapat pun takpe sebab masih ada permohonan ke UiTM yang tinggal.
Hari Sabtu, keputusan penerapan pelajar tahun akhir Diploma UiTM ke program Ijazah UiTM pulak keluar. Memang mengharapkan dapat tawaran sambung Ijazah ke UiTM selepas permohonan ke UPU gagal. Bila butang “Log Masuk” ditekan, sekali lagi ujian datang bila ayat “Harap Maaf. Permohonan Anda Tidak Berjaya” pulak yang keluar. Di luar dari jangkaan kerana apa yang pensyarah pernah cakap kelayakan sambung Ijazah untuk pelajar Diploma UiTM adalah automatik sekiranya melepasi cutting point (untuk semester ni 3.0).
Sangat down selepas tu. Yelah, kalau dua-dua tak dapat memang tak dapat sambung la jawabnya. Tapi emosi masih bawah kawalan. Sebab apa-apa perasaan negatif yang datang akan menyebabkan otak ni tak dapat berfikir dan susah nak plan step seterusnya untuk menyelesaikan masalah ni.
Masalah teknikal yang menghanginkan hati…
Rupanya ada ramai lagi yang mengalami masalah yang serupa walaupun berjaya melepasi kelayakan yang disyaratkan! Punca kami kena reject yang saya dengar ialah nama pelajar UiTM yang memohon UPU diasingkan daripada pelajar yang tak isi UPU, pelajar yang rasa nak sambung kat UiTM tak sepatutnya isi UPU, senarai nama pemohon clash antara UiTM dan UPU dan 1001 satu masalah lagi. Semuanya berkaitan dengan masalah teknikal yang takde kena mengena dengan pencapaian Diploma kami. Samada alasan ni benar atau pun tidak Allah sahaja yang tahu. Khabar anginlah katakan. Peliknya, yang tak mohon UPU pun sangkut jugak! Macam mana tu?
Saya rasa pelajar harus diberikan pilihan sewajarnya samada untuk mengisi UPU atau pun tidak dan harus juga ditawarkan sekiranya layak untuk kedua-duanya. Kalau tak nak bagi isi pun eloklah dimaklumkan lebih awal supaya takde masalah di kemudian hari. Masalah tadi (jika benar seperti yang sampai kat telinga ni) sepatutnya tak timbul sebab UiTM dah buat sistem permohonannya sendiri dan berasingan dengan sistem permohonan UPU. Tambah pulak nak isi UPU tu berbayar. Bukannya percuma. Jika ada masalah dengan sistem komputer, ianya wajib dibetulkan kerana telah mengelirukan pemohon. Tak senang duduk dibuatnya dan inilah kali pertama saya berdepan dengan situasi macam ni. Masa mohon UPU dan Matrikulasi lepas SPM dulu smooth and silky je macam shampoo. Semuanya beres tanpa sebarang kesulitan.
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga…
Syukur sangat pada Allah kerana permintaan kami dimakbulkan selepas beberapa hari menunggu. Akhirnya hari semalam di waktu maghrib, ayat “Maaf Permohonan Anda Tidak Berjaya” bertukar pula menjadi Surat Tawaran! (pernah ke berlaku sebelum ni? Keputusan boleh tukar-tukar pulak?) Alhamdulillah syukur yang teramat sangat. Keputusan yang amat diharapkan selepas beberapa kali abah dan ayah sahabat saya menghubungi Unit Pengambilan Pelajar UiTM Shah Alam untuk mencari penyelesaian. Terima kasih kepada yang sudi membantu. Allah sajalah yang dapat membalasnya.
Saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) di UiTM Shah Alam dan tarikh pendaftaran ialah pada 3 Julai (Sabtu) depan. InsyaAllah akan belajar dengan lebih gigih lagi untuk menggapai cita-cita yang belum sampai. hehe…
Memang benar penantian itu satu penyiksaan. Setiap hari mengharapkan sesuatu yang belum pasti adalah sangat memeritkan apatah lagi bila melibatkan masa depan kita sendiri. Mungkin ianya ujian kecil yang Allah berikan untuk menguji tahap kesabaran kita dan sejauh mana redha kita terhadap setiap ketentuan yang ditetapkan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga dipermudahkan segalanya di Shah Alam nanti. Jumpa di sana nanti kawan-kawan!
- Tutorial Guna Custom Ringtone Dalam Windows Phone 7 (1)
- Windows Phone 7 Mango Sedia Untuk Dirembat! (9)
- Suggestkan Aku Laptop Yang Mana Satu! (82)
- [Tips] Penyelesaian Google Chrome Yang Selalu Crash (41)
- Bahasa Paling Susah Di Dunia! (9)

huhu..cuaknya! tapi memang pernah berlaku pun sebelum ni, keputusan berubah2..politeknik pun pernah jadi camtu
papepun, congratz!!
yup…pertama kena macam tu…sampai terfikir diorg ni nak 4 flat jeke…huhu
wah…poli pon cm2 gak?tp mmg bahaya la..sebab kalo org yang xbuat pape pas2 trus pasrah kan dah rugi tu….tawaran sekali je…
fitrijohari´s last [entry] ..Penantian Suatu Penyiksaan!
salam, waa..seriously cuak jugak baca ni.apetah lagi org y berada dlm situasi…
Allah nak uji suh sabar sikit kn!
moge dipermudahkanNya atas segala urusan.
all the best!
1st) maybe ley report kat admin U. or sape2 yg bertanggungjawb kan
2nd) report kat paper ke so that orang lbih aware.seriously, cam pelik je kes ni.hoho
just cadangan..
rase nye nak buat gitu lah…nnti nak email….sebab masalah ni mmg dah berjaya mengubah perasaan org lain…haru dibuatnya…
tolong lah bgtau kalo x bg mohon..apa2 pun itu hak pelajar utk mengisinya sebab ianya berbayar….
thkz atas cadangan…
fitrijohari´s last [entry] ..Penantian Suatu Penyiksaan!
wslm..
sblm ni dengar je…skang ni kena pada diri sendiri! mungkin tu ujian dari Allah..memule mmg sgt susah nak percaya…sampai terdetik result yg mcm mana lg yang diorg nak??huhu
insyaAllah..ameen~
syukran jaziilan ^^
fitrijohari´s last [entry] ..Penantian Suatu Penyiksaan!
alhamdulillah..sumenyer dh selesai ngn selamat…
all da best 4 future undertking…
alhamdulillah..syukur…identiti individu yg menolong dirahsiakan atas faktor privasi..hehe..tau la sape kan..
insyaAllah and gud luck to you too~
fitrijohari´s last [entry] ..Penantian Suatu Penyiksaan!
alhamdulillah…congrate!!! akhir nye kes anda ditutup semalam….pe2 pn slamat menyambung status sbgai pelajar UiTM…
alhamdulillah…trimas!
tu la…lega aku…insyaAllah UiTM di hatiku..hehe
fitrijohari´s last [entry] ..Penantian Suatu Penyiksaan!
salam.
congratesssssssss!!~ hehe
AzwaZynal´s last [entry] ..Review: Hari Jalinan Kasih Hen-Zai, Mayangsari Resort, PD (Day 2 – Games)!~
wslm…
trimas!!
penantian mmg satu penyiksaan…hehe
fitrijohari´s last [entry] ..Penantian Suatu Penyiksaan!
well done bro!!hehe, boleh tahan kuang asam gak dyorang ni ek! suke-suke je nak wat mcm tu..kalu ak y kne, mmg da merah telinga org-org kt sane!haha..whatever it is, tahniah ye encik fitri johari!! sgt kagum dgn pencapaianmu!
trimas! hehe…ntah la…aku pon xphm…kalo tak lepas syarat2 tu xpe la gak…ramai tepon sane mae isnin ari2..tnye pasal bende ni..sbb rmi lg yg xdpt…sampai line uitm bz..alhamdulilah everything is over..
syukran jaziilan!!
fitrijohari´s last [entry] ..Penantian Suatu Penyiksaan!
hehe..dah klu rezeki, takkan kemana..=)
allah itu kan maha kaya..^-^
tahniah7x..
pepun, still uitm dihatiku eh??
slmt dtg ke shah alam..ade mase meh lah puncak alam..ok?
insyaallah next sem byk sgt program..
hehe..=))
oh ye, adik sy pulak rezeki dia dpt kat utm..huhu.bpisah ngn sy lah jawabnya..hmmmph.
electrical engineering.
nur solehah´s last [entry] ..itu dia, jatuh cinta dah!
what a relief~ huhu….yup..die menentukan segalanya…
trimas!!
insyaallah ke sanalah gamaknye..dah utm tak dapat…
ha..yang tu xley janji…ku xde transport sendiri…buat program pe?
wa…bgus….xpe..perpisahan mencari ilmu..nnti ley jumpe..
moge sukses selalu ok!
fitrijohari´s last [entry] ..UPSR & PMR: Patut Dimansuhkan?
taniah!
penyeksaan ko m’buahkn hasil…
cuak x cuak je ek tngu rezat..
ko mek mechy pure la kire?
~u make me wanna lala~´s last [entry] ..~ saje jah ~
trimas! hehe…
lepas letih memikirkan pasal bende ni akhirnya dapat juga
haah…aku mekanikal pure~