Pakej Aksesori Xiaomi Redmi 1S Semurah Seringgit!

Rabu lepas saje je bukak website Xiaomi Malaysia.  Kot laa ada promosi sebab Xiaomi ni kadang-kadang penuh dengan kejutan. Ikutkan takde ape dah nak beli dah sebab model Redmi 1S yang menjadi idaman dah selamat berada di tangan dua bulan yang lalu.  Redmi Note yang adik mintak tolong belikan pun dah selamat sampai minggu lepas.

10653566_301955683341866_973646293612748368_n

Sangkaan memang tak meleset sebab Xiaomi tengah buat promosi Accessories Bundle untuk model Redmi 1S.  Dalam bundle ni ada softcase, screen protector (clear + matte), back cover, charger, extra battery.  Apa yang mengejutkan semua ini hanya dijual pada harga seringgit sahaja!  Sangat murah!  Kalau ikutkan harga sebenar satu set bundle ni RM 115 sementara stok masih ada.

Capture

Alhamdulillah seempat sambar dua set.  Kenapa dua?  Sebab nak sambar back cover tu je sebenarnya.hahaha.  Orang dah jual murah maka elok la diambil kesempatan.  Malas nak beli banyak-banyak.  Bukan saya nak buat berniaga pun.  Hanya untuk kegunaan sendiri.

So dalam bundle ni korang boleh pilih warna soft case dan back cover yang berkenan di hati. Nanti boleh la tukar back cover dengan soft case tu ikut mood masing-masing.  Takde la asek warna hitam tu je manjang kan?

Capture2
Warna pilihan di hati: Cherry red and Blue

Untuk pembelian bawah RM70 caj kurier sebanyak RM 15 (bergantung kepada alamat korang). Total dalam RM 16 la kena bayar tapi masih dikira berbaloi jika dibanding dengan harga sebenar aksesori tadi.  Order yang saya buat akan dihantar oleh pihak FedEx nanti.

10696288_301534586717309_6111725732360997322_n

Dalam masa yang sama sempat sambar Mi In-ear Headphone Basic dengan harga RM 25.  Tatau la apa beza dengan Mi In-ear Headphone Gold V2.1 tu (yang ni RM 50).  Tapi harga yang lebih murah mungkin kualiti bunyinya agak rendah.  Memandangkan barang belum sampai so tak sempat nak cuba lagi.

Sila terjah website Xiaomi Malaysia sekarang kot la kalau ada lagi promo ni dan sesiapa yang rasa-rasa nak angkat Redmi 1S yang berbaloi-baloi mungkin boleh tengok gambar bukak kotak kat sini.

Link promo Accessories Bundle Redmi 1S

fitri johari

fitri johari

Masih bergelar mahasiswa di kala rakan seperjuangan ramai dah bekerja.Sangat meminati kapal terbang, kereta dan Linux.Tak berhasrat menanam anggur di tepi rumah selepas tamat pengajian.
Hubungi melalui email: fitri2251@gmail.com
fitri johari

Latest posts by fitri johari (see all)

10 Replies to “Pakej Aksesori Xiaomi Redmi 1S Semurah Seringgit!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: