Mabruk ‘alaikum kepada semua lepasan SPM yang baru je amek keputusan masing-masing semalam. Pasti lega rasanya kerana debaran yang tersimpan sekian lama terlerai juga akhirnya. Debaran menunggu keputusan peperiksaan PMR dan SPM menang tak sama dengan di universiti. Lain macam je rasanya. Mungkin sebab SPM ni peperiksaan umum kot dan lebih menumpukan kepada gred berbanding sistem pointer yang diamalkan di universiti.
banner malas..hehe
Tahniah kepada yang berjaya dan jangan berputus asa untuk yang kurang berjaya. Ada masa lagi nak perbaiki apa yang patut dan pertingkatkan lagi apa yang kurang. Biasanya kebanyakan orang yang hebat memang akan merasai kepahitan terlebih dahulu sebelum berada kat puncak kejayaan. Contoh berlambak dah ada antaranya Syed Mokhtar Bukhary, Steve Jobs, Tan Sri Lim Goh Tong dan ramai lagi. Semuanya bermula daripada sebuah kegagalan. So don’t be sad. Life goes on..
Kejayaan bukan pengakhiran kerana ianya adalah penangguhan sebuah kejayaan.
Kepada yang dapat result meletup-letup pulak kena juga beringat sebab langit memang tak selalu cerah. Sebab hujan juga boleh datang menjengah. Kebarangkalian untuk jatuh tergolek-golek pun tinggi jika terlalu asyik dibuai kejayaan. Ucap syukur Alhamdulillah sebab diberi kejayaan kemudian teruskan kehidupan seperti biasa.
Keputusan dah boleh masuk muzium…
Lepas ni korang sebagai lepasan SPM akan melangkah ke alam universiti dan alam ni memang sangat berbeza dengan alam persekolahan yang pernah korang lalui dulu. Bila dah masuk U semuanya bermula dari kosong dan semua akan berada di level yang sama tanpa mengira gred apa yang korang dapat dalam slip tu. Dengan kata lain keputusan SPM dah boleh masuk muzium atau jadi bahan pameran je. Semuanya atas usaha diri sendiri dan korang diberi pilihan samada nak berjaya atau sebaliknya
Tapi percayalah alam universiti ni sangat best kalau korang pandai menggunakannya dengan baik. Macam-macam pengalaman yang akan kita rasa dan semuanya akan membentuk karektor kita. Bersedialah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru tu nanti ok. Jangan kena kejutan budaya sudey…hehe
Selamat tinggal zaman sekolah…selamat datang IPT!
- Selamat Hari Raya Aidil Adha! (2)
- Ungkapan Tahniah Untuk Kekalahan Yang Bermaruah! (7)
- Ini Kubur Ke Rumah? (67)
- Unlimited Mobile Internet: Pelan Alternatif Daripada U Mobile (15)
- Masihkah Ada Lagi Rasa Selamat Ketika Ini? (8)

IPT serious best. percayalah.
mynn´s last [entry] ..Hipokrit Ke
Life paling best, kat matrikulasi kot. stressful, tapi enjoy. Biasalah budak baru nak ‘naik’
Satu lagi, kalau ada saudara yang keputusan SPM dia tak bagus tu, dekati lah dia. Dia tengah down tu. Bagi semamngat, nasihat, yang penting jadilah pendengar yang baik. Dengar semua rungutan dia. Kemudian, bimbing dia.
Saya rasa zaman down masa SPM. Memang hilang punca masa tu. Sekarang tak mahu adik-adik jalani benda sama.
selalunya orang yang pernah jatuh dalam hidup die lagi berjaya daripada orang lain.
rezeki Allah tak boleh diduga
fitri´s last [entry] ..Muziumkan Keputusan SPM Mu Itu!
yeah..hehe…kite sokong!
fitri´s last [entry] ..Muziumkan Keputusan SPM Mu Itu!
zaman sekolah dengan ipt memang lain..betul la cakap cikgu dulu2..kat sekolah semuanya diberi..tu pun dah malas nak buat.hehe
aizuddin´s last [entry] ..Lepasan SPM – Matrikulasi Atau Diploma
masuk u takde sape nak kesah..lantak lah ko nak buat ape..tapi kalau pandai bawak diri takde hal la..huhu
fitri´s last [entry] ..Muziumkan Keputusan SPM Mu Itu!
Makin lama makin ramai yang stret A.. Haha.. Selamat masuk U..
makin ramai yang pandai kot
fitri´s last [entry] ..Muziumkan Keputusan SPM Mu Itu!
tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang, kepada yang kurang memuaskan boleh cuba di U nanti. dan kepada yang gagal, bukan bermakna jalan sudah tiada untuk berjaya.. InsyaAllah, semua yang terbaik.
rezeki Allah ada di mana-mana…boleh improve lebih lagi bila dah masuk universiti
fitri´s last [entry] ..Muziumkan Keputusan SPM Mu Itu!
tahniah buat adik2 famili unic..anis amalina dan nurul aini zharfan,dgn keputusan spm kalian…:)..jgn kecewa dgn keputusan yg dh kalian raih.kakak ngn abg2 f.u tahu kalian dh berusaha bersungguh2..spm bukan penamat segalanya…perjalanan kalian masih jauh….teruskan perjuangan….:)
cik izah@kak chik´s last [entry] ..Luahan Hati Sang Puteri
tahniah untuk semua..yep perjalanan masih jauh…teruskan berusaha..moga berjaya dipenghujungnya
fitri´s last [entry] ..Muziumkan Keputusan SPM Mu Itu!
Tahniah kepada semua yang berjaya, yang kurang berjaya teruskan usaha anda di IPT.Ada juga tak percaya keputusan dapat agak tidak baik selepas berusaha.Itu semua takdir..
peluang masih terbuka..gunakan sebaik-baiknya kat universiti
fitri´s last [entry] ..Muziumkan Keputusan SPM Mu Itu!