Mesej Yang Sentap!

Alhamdulillah..

Hari ni berkesempatan hang out dengan sahabat saya kat Jusco Tebrau City.  Saje jumpa mengeratkan ukhuwah.  Yang sorang setahun tak berjumpa dan sorang lagi tak ketemu sejak habis SPM lagi.  Ade la dekat empat tahun lamanya.  Susah nak jumpa sebab kedua-duanya menuntut kat luar negara.  Nak dapat peluang berjumpa setahun sekali pun payah.

Aktiviti kitorang simple je.  Tengok wayang cite Kungfu Panda 2 sambil balun pop corn dengan ice lemon tea.  Lepas tu makan kat KFC sebelum balik ke ‘sarang’ masing-masing.  Sempat la borak sejam kat situ sambil dengar pengalaman diorang belajar kat tempat masing-masing.  Memang betul la kata orang jauh perjalanan luas pengalaman.

Sebelum tu, siapa yang belum menonton Kungfu Panda 2 sila usya kat pawagam berdekatan dengan korang.  Best jalan ceritanya dan komfem akan membuatkan korang ketawa.  Moral value pun banyak.  Sebab tu la saya lagi suka cerita bergenre animasi daripada genre lain.  Lagi pun bukan senang nak buat cite animasi ni tau.

Kebetulan hari ni saya dari Skudai ke sana dengan bas tambang.  Masa naik bas terpandang satu benda ni yang dilekatkan betul-betul di belakang tempat duduk pemandu bas.  Ingatkan dia nak tunjuk route yang bas ni lalu.  Rupanya benda lain yang dia nak show off dan saya rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan dengan anda semua.  Jom usya gambar yang berjaya disnap kat bawah.

DSC03119

Tak tahula nak kategorikan benda ni sebagai nasihat, peringatan atau pun sindiran.  Yang penting mesejnya memang tajam.  Sentap je bila baca dan difikirkan balik memang ada logiknya dengan kehidupan masyarakat kita sekarang.  Nak jadi terlalu pendiam pun salah, banyak mulut pun salah.

Teringat pada petikan ayat yang pernah saya baca kat buku:

Bila banyak cakapnya, banyaklah salahnya.  Bila banyak salahnya banyaklah dosanya.  Bila banyak dosanya hanya neraka sahaja yang layak untuknya.

Apapun, pada saya biarlah bersederhana dalam semua benda.  Bercakap bila perlu dan tingkatkan mana yang kurang melalui pekerjaan dan perbuatan kita.  Bukan setakat untuk disenangi oleh manusia tapi juga agar diredhai Allah taala.

, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Recent Related Posts

18 thoughts on “Mesej Yang Sentap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: