Alhamdulillah selamat sampai kat sini daripada Skudai petang tadi. Singgah jap sebelum bertolak ke Pulau Pinang esok. Mulai hujung minggu ni sampai hujung bulan akan agak sibuk ke sana ke mari termasuk ke Pekan Baru, Indonesia untuk program khidmat masyarakat kat sana. Lepak lama-lama lepak kat rumah pun boring jugak kan?
Masa naik lif sebelum nak sampai rumah tu ada perasan satu notis yang agak menyeramkan ditampal dalam lif. Bukan seram sebab hantu ye tapi seram sebab keadaan keselamatan yang semakin tergugat beberapa waktu kebelakangan kat sini. Boleh baca sendiri kat bawah ok.
24 Januari 2012? Yep masih baru dan tak sampai sebulan pun lagi. Tapi status mangsa samada masih hidup atau pun meninggal dunia akibat kecederaan tak dimaklumkan. Samun bersenjata bukan benda main-main. Silap-silap takut nyawa yang melayang pergi. Tikam belakang badan sebelum dikelar di leher adalah sesuatu yang tak kelakar langsung!
Ohh..mungkin ada yang dah biasa baca benda-benda macam ni di tempat masing-masing (kalau ada). Jenayah memang benda biasa kat Malaysia ni dan juga negara lain-lain. Pendek kata berlaku di mana-mana. Buktinya tiap kali berita mesti ada je berita pasal jenayah. Tu belum masuk macam dalam cite 999 kat Tv3 tu lagi. Err..cuma jarang berlaku kat kawasan sekitar yang saya tinggal atau yang selalu saya pergi.
Bila berlaku kat sini ia memang amat mengejutkan dan merisaukan. Nak keluar malam-malam buta lepak kat mamak bawak tu untuk supper mungkin terpaksa fikir dua kali lepas ni.
So, sesiapa yang tinggal kat area ni atau di kawasan berdekatan kena lebih berhati-hati lepas ni terutamanya pada waktu malam. Kunci pintu rumah setiap masa dan ia bukan pilihan tapi satu kemestian demi keselamatan.
p/s: When I was kid i can play anywhere, anytime without worrying my parent. Janji kena balik sebelum azan maghrib. But now, it might not happen to growing kids today and also my own kids later ![]()
- Kenapa Saya Memilih Laptop Asus? (78)
- Iklan Raya Terbaik Dari Ladang (12)
- Unlimited Mobile Internet: Pelan Alternatif Daripada U Mobile (18)
- Apa Syarat Bertudung Dengan Sempurna? (7)
- Sambutan Tahun Baru 2012 @ Dataran Kemerdekaan Shah Alam (14)

kaaaann.. even skrag da besar pun, pesanan emak lagi berjela panjangnye daripada waktu kecik dulu sbb terlalu bimbang dgn keadaan skrg..
yup..itulah realiti keadaan di malaysia sekarang ni..kuar rumah bukan lagi sesuatu yang biasa sebab kadangkala menjadi sesuatu yang menakutkan
fitri´s last [entry] ..Masihkah Ada Lagi Rasa Selamat Ketika Ini?
memang kite berasa takut walaupun sebenarnya x de pun penjenayah..tp apabila kuar je rumah mesti berjaga2..kate orng penjenayah tidak kira tua muda laki or pempuan…sama2 kite berjaga2..baca doa keluar rumah..
Kemalangan berlaku dimana sahaja,mohon perlindungan daripada allah s.w.t
Ingrown Toenail´s last [entry] ..What Actually Causes Ingrown Toenail?
Seramla plak nak kuar rumah.sentiasa kena berhati2.jangan bawa brg berharga secara tebuka
kena lebih berhati-hati la lepas ni…
lazaac´s last [entry] ..Kemaskini WP Self-Hosted Dengan WP-Cli
Salam. bagi pendapat saya, buat masa sekarang ni. 50/50. jenayah sekarang makin menjadi2. sangat dasyat. dunia akhir zaman. banyak kan berdoa. amin
soal kes jenayah pecah rumah atau rompak ni memang sering berlaku. tapi kita tak boleh jangka bila ia akan berlaku. yg penting kita mesti bersikap berhati-hati dan jgn buat benda2 yg beri peluang kepada penjenayah utk merompak atau meragut spt jgn pakai brg kemas tahap menunjuk-nunjuk atau cara beg tangan dibawa yg memudahkan ianya diragut….