Semalam saya menonton perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam kat TV1. Tengok lambat sikit sebab sebelum tu kan ade Berita Perdana. Kalau ada Astro boleh la tengok dari awal. Tak rugi pun tengok lambat sebab tiada jaringan dihasilkan sepanjang separuh masa pertama.
Separuh masa kedua permainan bertambah menarik selepas pemain negara berjaya menghasilkan 2 bijon gol melalui penyerang Selangor Safee Sali pada minit ke-60 dan ke-79. Gol pertama terhasil lepas penjaga gol Vietnam tertampan bola yang ditanduk oleh Safee Sali ke gawang sendiri. Gol kedua pulak dijaringkan selepas bola muntah yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Vietnam disudahkan dengan bergaya oleh pemain yang sama. Pemain lain juga patut diberikan pujian semalam terutamanya penjaga gol Khairul Fahmi yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya walaupun ade jugak benda sengal yang dia buat semalam.
Bekalan dua gol semalam memang agak selesa untuk dibawa ke Vietnam hari Sabtu ini bagi perlawanan separuh akhir kedua di sana. Kalau pemain Malaysia main lagi cun, tak mustahil boleh melangkah ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 29 Disember ini seterusnya menjulang Piala Suzuki ini buat kali kedua.
Jadi, tahniah untuk pasukan negara yang berjaya mengatasi pasukan Vietnam semalam. Walaupun ramai pemain tonggak yang takde atas sebab kecederaan, tapi masih mampu memberikan persembahan yang baik. Macam ni la baru best. Tapi adakah bila pasukan negara menang bermakna maruah bola sepak kita telah menjadi lebih baik? Sebab jika kita perasan, bila pasukan kebangsaan menang je mesti paper kata maruah bola sepak kita dah pulih.
Tak payah flashback jauh-jauh. Dalam kejohanan yang sama, Malaysia telah dikalahkan 5-1 oleh pasukan Indonesia di peringkat kumpulan, seri tanpa jaringan menentang Thailand dan kemudian menang semula ketika menentang Laos. Jika dilihat kepada keputusan semua perlawanan, pada saya mutu permainan masih lagi sederhana tapi meningkat sikit bila menentang Laos kerana dalam ranking Fifa mereka lebih baik daripada Malaysia (Laos ke-87 dan Malaysia ke-144). Masih belum ada impak yang betul-betul meyakinkan walaupun menang pingat emas dalam Sukan SEA yang lalu. Konsistensi dalam setiap perlawanan masih belum dapat dilihat.
Menang kalah kira stended la dalam perlawanan. Real Madrid yang digelar Galacticos pun kadang-kadang kalah juga dengan pasukan kerdil dalam La Liga. Tapi biarlah kalah bermaruah selepas berhempas pulas dan bukannya kalah kerana aksi longlai di atas padang. Jersi dengan but dah cun siap ditaja Nike lagi. Main pun kena cun jugak. Rasanya masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi imej bola sepak negara terutamanya melalui permainan pasukan kebangsaan. Bila imej dah naik tak mustahil boleh penuh semula Stadium Bukit Jalil dengan kehadiran dan sorakan peminat untuk memberikan sokongan.
Saya tetap fans Malaysia cuma jersi je tak beli lagi. Hehe.. Selamat berjuang hari Sabtu nanti dan korang mempunyai tanggungjawab besar untuk membuktikan kepada kami yang maruah bola sepak negara boleh pulih semula seperti di zaman 80-an dan 90-an dulu.
Harimau Malaya Tetap Garang! ![]()
- Harimau Malaya Kalah: Kayuh Pelan–Pelan Sudaa (0)
- Ungkapan Tahniah Untuk Kekalahan Yang Bermaruah! (7)
- Bahasa Paling Susah Di Dunia! (9)
- Kat Mana-mana Pun Boleh Mati! (4)
- Wajar Ke Tukar Baucer Buku Dengan Duit? (5)

Kita tunggu dna lihat perkembangan selepas ni.. Kalau setahun asyik menang, maksudnya dah ada peningkatan la tu..
Kalau nak berjaya, kena PENING dulu, baru MENINGKAT.. Barulah namanya PENINGKATAN.. hehe..
Jamal Rafaie´s last [entry] ..NANTIKAN KEMUNCULAN ALBUM HIJRAH HPA
hahaha..pening selalu susah jugak tu nak buat keje..
tgk la beberapa perlawanan lepas ni macam mana
kalau ikut konsistensi…tahun ni, aku rasa paling konsisten..dgn jadi juara sukan sea, kemudian berjaya ke pusingan ke-2 sukan asia dan sekarang layak ke akhir piala suzuki…ada peningkatan dan tahap konsisten dalam tahap permainan skuad kebangsaan….
hafizmd´s last [entry] ..2 kali tapi tiada hasil…
betul tu..mana da pasukn yang menang sselalu.. kengkadang dia menang kengkadang kalah.. biasa ar tu..
Fitrihadi´s last [entry] ..Woah Nikita Willy Dah Mula Nyanyi Nge-tren Gitu! heehee
yup adat pertandingan..penyokong malaysia pun boleh paham hikmah kekalahan walaupun dah main bersungguh-sungguh..
yg pasti laluan ke final makin cerah..prestasi rasenya dah mkn meningkat dr semasa ke semasa..harap lps ni maruah bola sepak kembali mcm dulu2..bkn lg untuk diperlekehkan…hehe
azizan4444´s last [entry] ..Wajah Baru Dan Sebab Malaysia Akan Menang Malam Ini
buat masa ni cerah la…jangan hujan lebat sudah sabtu ni..hek3…
harapan seluruh rakyat Malaysia juga yeah!
tak sangke plak rangking fifa laos cuma lapan puluh lebih..malaysia 144..jauh beza tuu..padahal laos mcm xterkenal langsung dgn bola..lagi2 jarang bersaing di dunia…macam mane leh dapat ranking tinggi2 cm2_
nash´s last [entry] ..Pemenang Haiwan Yang Paling Cantik dan Bergaya Jatuh Kepada
tu la aku pun terkejut…aku rase malaysia lagi tinggi..entahlah…
aku tengok kat fifa ranking tu..
http://www.fifa.com/associations/association=lao/ranking/gender=f/index.html
http://www.fifa.com/associations/association=mas/ranking/gender=m/index.html
betul dah tu rasanya…tapi kalau tgk2..mcam tak logik juga yer…hehe
hafizmd´s last [entry] ..2 kali tapi tiada hasil…
hahaha seronok gila tengok malaysia menang..!
harap2 msia dpt la ke peringkat akhir..
bdw fit, anda telah di tagged. hahahahahahaha senang je!
AzwaZynal´s last [entry] ..Kontest Blog Terkemas
sape tak seronok..boley tahan jugak la diorg main semalam…harap2 dapat masuk final..
ha?kena tag? ok..akan diusya nanti
thkz!
malaysia terbaik semalam.
Ali ridha´s last [entry] ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
yeah..harap2 prestasi konsisten untuk hari sabtu ni
apsal aku tak excited Malaysia menang hah..? aku tgk filipina main lagi gerun rasanya walaupun baru je kalah 1-0 ngan indon…
zul´s last [entry] ..Benarkah Manusia Pernah Ke Bulan
Mereka pun ada pemain tempatan filipina yang bermain diperingkat antarabangsa. Rata-rata pemain Malaysia adalah yang mewakili pasukan kebangsaan adalah pemain liga tempatan
akubiomed´s last [entry] ..Syyh Aslah nak tidur
ouwh yeke? tak tau pulak..but one person doesnt make a team..sebab tu kalah kot smalam..
haha..tak excited?aku excited kot…tak tengok pun indon lawan filipina..takde estrol
boley tahan la match semalam..
aku pun xde astro… layan kat kedai mamak je ni. aku sorg je kot yg x bersorak smlm. Maybe sebab aku x impress dgn gameplay malaysia. Aku expect better.
haha..yeke…kalau rtm tak tunjuk smalam memang tak tengok la..
pada pendapat aku..xdela impress sangat permainan semalam..kalau tgk game midfield dikuasai vietnam..tapi kita lebih bernasib baik…
Harap pasukan Malaysia dapat mengekalkan rentak kemenangan biarpun tak main cantik asal menang ketika bertandang tempat lawan nanti
akubiomed´s last [entry] ..Syyh Aslah nak tidur
aku rase pon buat mase ni tu la yang penting..da ok sket baru perbaiki permainan..ranking teruk sangat..
Apa yang pasti Malaysia tidak akan melangkah dengan mudah ketika main di Hanoi nanti sebab star-star Vietnam yang injured semuanya dijangka pulih khabarnya. Saya dapat bayangkan battle memang sengit. Harapan saya tetap sama agar pasukan Malaysia dapat melangkah ke Final nanti
akubiomed´s last [entry] ..Syyh Aslah nak tidur
wah..tugas berat tu..biase la kan persaingan…kalau nak jadi bagus kena la lawan ngan team yang lagi hebat baru boleh maju…kalau the best in south east asia pun dah kire bagus..
insyaAllah..tak sabar nak tengok match esok!
beri tepuk kan gemuruh
atas soya.
Ali ridha´s last [entry] ..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
walaupun sedang leading 2 gol.. tapi masih legi perlu berhati-hati buat malaysia… jangan alpa di bahagian pertahanan…. takut jugak nie… wagghh
zik´s last [entry] ..Bayang-bayang tangan yang menarik
btol tu..apa2 boleh berlaku malam ni..
gud luck Malaysia!
fitri´s last [entry] ..Pilihanraya Kecil Ke-14 Bakal Bertandang
alhamdulillah…akhirnya malaysia ke final…harapnya, malaysia dapat bawak bekalan selesa dalam gama ahad ini untuk ke perlawnan timbal balik di indonesia….
pertahanan kekalkan tahap yg ada….tengah lebih kreatif…
striker lebih berani dan tak sia2kan peluang yg ade..
insyaAllah…dendam kalah 5-1 pasti terbalas!!!!
malaysia boleh!!!!!
hafizmd´s last [entry] ..2 kali tapi tiada hasil…